Kerap kali juga sebenarnya saya perasan akan soalan soalan tentang Google Adsense berkenaan isu bahasa melayu (Malaysia). Mereka bertanyakan samada untung atau tidak untuk untuk menjana pendapatan melalui program iklan Adsense menggunakan blog atau website berbahasa melayu. Kepada anda yang masih baru dalam dunia blogging mungkin ini adalah salah satu pertanyaan yang anda hendak tahu betul? Sebenarnya ada banyak faktor yang mendorong kepada jumlah income pendapatan (earning) yang boleh anda melalui blog anda. Bahasa memang menjadi salah satu faktor utama dalam menentukan jumlah earning yang boleh anda jana ketika anda buat duit Adsense. Saya tidak menafikannya!!!
Kali ini saya hanya berminat untuk fokus tentang topik bahasa melayu sahaja. Apakah bahasa melayu kurang best untuk buat duit dengan program pengiklanan Google Adsense. Jawapannya 50/50. Tetapi kalau banding dengan blog atau website yang menulis dalam perkataan english memang jauh bezalah jumlah earning yang boleh anda dapatkan. Namun perbezaan itu tidaklah membuatkan anda boleh patah semangat untuk buat duit Adsense dengan blog anda yang anda tulis dalam bahasa melayu itu. Anda kenalah pandai gunakan teknik yang lain. Mari saya kongsikan sedikit tips.

Jumlah klik adalah satu faktor penting untuk buat duit Adsense Malaysia
Berbaloi Buat Duit Adsense Dengan Blog Bahasa Melayu?
Sedikit info pendahuluan buat anda. Tahukah anda bagaimana anda boleh dapat duit dari pengiklanan Adsense ini? Google menyediakan servis penyebaran iklan melalui servis yang bernama Google Adwords. Dan para pengiklan ini membayar Google untuk membantu mereka mengiklankan produk mereka melalui internet. Biasanya bayaran berdasarkan cost per click (cpc) dan juga cost per miles (cpm). Katakan pihak pengiklan memilih membelanjakan kos iklan mereka berdasarkan cpc, maka bayaran adalah dalam bentuk per klik. Katakan mereka sanggup membayar 10 sen untuk 1 klik. Dan katakan Google mahu ambil untung 50%. Maka setiap kali iklan di klik, maka Google akan dapat 5 sen dan ANDA AKAN DAPAT 5 SEN untuk setiap kali iklan di klik oleh pengguna internet.
Macam mana anda dapat duit pula kalau orang lain yang klik iklan tersebut? Ini kerana anda telah mendaftar program yang bernama Google Adsense. Dan dari pendaftaran itu anda boleh mengambil kod iklan Adsense dan meletakkan di dalam blog website anda. Dengan kata lain, iklan tersebut telah anda pasang, masukkan dan letakkan pada blog website anda. Jadi apabila iklan para pengiklan terpapar pada blog anda, dan pengunjung blog anda klik iklan tersebut, maka anda layak mendapat komisen kos pengiklanan tadi yang dibahagikan antara anda dan juga pihak Google. Itulah dia proses bagaimana anda boleh dapat dan buat duit Adsense. Jelas?

Kebanyakkan jumlah klik blog bahasa melayu datangnya dari pengguna internet Malaysia
Hendak lagi jelas? Begini. Pengiklan meminta tolong Google untuk iklankan produk mereka. Dan Google sediakan servis untuk memudahkan pengiklan mengiklankan produk mereka di bawah kendalian Google. Dan anda sebagai blogger pula, daftar dengan Google melalui Adsense program untuk membantu mengiklankan produk dari para pengiklan tadi. Jadi sudah tentulah kos modal pengiklan yang telah dikeluarkan tadi akan dikongsikan antara anda dengan Google. Jelas. Itulah dia proses untuk buat duit Adsense. Mudah bukan?
Kita balik kepada persoalan kita yang pertama tadi iaitu bolehkah dapat duit dan untung dari program pengiklanan Adsense jika kita mempunyai blog berbahasa melayu. Anda kena faham begini. Pengiklan dari Amerika atau luar negara mempunyai bajet wang yang besar. Jadi mereka boleh mengeluarkan kos iklan yang besar. Jadi, jika anda mempunyai blog dalam bahasa english, sudah tentu iklan yang terpapar adalah iklan dari pengiklan english. Jika ada orang klik iklan tersebut, maka sudah tentu anda pun dapat earning yang agak tinggi juga. Ini bukan sesuatu yang pelik.

Rata rata nilai cost per click CPC blog bahasa melayu memang rendah
Para pengiklan dari Malaysia umumnya mahukan iklan mereka terpapar pada bakal pelanggan (pembeli dari Malaysia) supaya mudah terjual. Dan sudah tentulah iklan mereka akan terpapar pada blog website anda yang dituliskan dalam bahasa melayu. Setuju? Oleh kerana anda pun tahu pengiklan mereka bukannya ada wang bajet yang besar. Maka sudah tentulah kos pelaburan iklan mereka agak rendah juga. Jadi apabila kos pengiklanan yang dilaburkan itu rendah, maka potensi kita dapat klik setip iklan juga rendah.
Jadi apa yang anda dapat faham dari perkongsikan ini? Potensi anda jana earning dari setiap klik iklan untuk pasaran Malaysia sememangnya rendah. Anda memang tidak boleh berbuat apa apa dalam masalah ini kecuali pengiklan Malaysia sanggup bayar mahal untuk kos pengiklanan mereka. Katakan setiap klik anda hanya dapat USD0.05 sen sahaja. Maka untuk dapat USD10 dalam sehari, mahu tidak mahu anda kena pastikan blog berbahasa melayu anda berjaya menjana klik sebanyak 200 klik sehari (USD10 / 0.05). Faham?
Jadi anda sudah nampak macam mana kiraan dibuat bukan? Tiada jalan lain melainkan anda kena tingkatkan jumlah klik yang anda dapat dalam sehari kalau anda mahu buat duit Adsense dengan blog bahasa melayu anda dengan best. Jadi macam mana nak tingkatkan klik? Jawapannya mudah. Anda kena perbanyakkan artikel, pastikan trafik harian 2000uv ke atas dan letakkan kod iklan di tempat yang betul dan juga strategik. Untuk tips tips lebih lanjut ini, sila buat carian dalam blog ini untuk membaca lebih lanjut berkenaan potensi buat duit dengan “Adsense” ini.
Nak tulis blog dalam Bahasa inggeris, rasa blur pulak tak tau nak tulis apa haha
Kalau nak main adsense kat blog melayu kena tengok niche juga secara asasnya, tapi faktor utama kekuatan trafik… contoh dekat page siakap keli