Semalam saya didatangi oleh seorang rakan di rumah. Saja hendak jumpa sembang makan makan. Ketika rancak berbual bual, beliau membuka cerita tentang beliau kini sedang buat duit dengan Grab sebagai pemandu grab. Saya pun agak terkejut juga. Bukan terkejut kerana berpandangan negatif tetapi kerana ingin tahu dan hendak tahu lebih mendalam lagi. Ini kerana saya memang tercari cari orang yang berpengalaman buat duit sebagai pemandu grab dan ingin bertanya banyak perkara tentang pengalaman beliau selama menjadi pemandu grab.
Rupa rupanya beliau sudahpun membuat grab lebih dari setahun. Kadang kadang buat, kadang kadang tidak buat. Ikut keadaan. Ini kerana kerjaya sebagai pemandu grab adalah kerjaya kedua iaitu part time dan boleh dibuat bila bila masa tanpa ada tekanan masa. Seronok mendengar cerita dan perkongsian beliau tentang beliau berjaya menjana jumlah pendapatan kasar sebanyak RM110 sehari. Selepas ditolak kos keuntungan grab dan juga minyak kereta, maka kos bersih beliau adalah sebanyak RM45. Oklah kan. Jam kerja pun dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang sahaja.
Buat Duit Dengan Grab Sebagai Pemandu Grab
Rakan saya ini adalah seorang Enggineer di sebuah kilang di Perai Pulau Pinang. Orang yang sudah bekerja pun masih cuba untuk mencari dan menambah pendapatan secara sambilan. Beliau cuti pada hari sabtu dan juga ahad. Hari cuti inilah beliau luangkan masa untuk buat duit dengan Grab sebagai pemandu grab. Duduk di rumah tiada buat apa apa pun hanya bazir masa sahaja. Lagi pun jadi pemandu grab agak seronok. Hanya ambil dan hantar orang sahaja. Dah dapat duit. Seronok adalah ketika boleh dapat merasa duit secara terus.
Kenapa beliau ingin menjadi pemandu grab? Kerana kekurangan duit kah? Jawapannya adalah tidak. Ini kerana beliau pernah berjumpa dengan seorang rakan sekerja jawatan yang sama pun buat duit dengan Grab. Rakan sekerja beliau itu berkongsikan pengalaman perit ketika kehilangan kerja. Tidak tahu hendak buat apa. Dan nasib baiklah ketika itu ada Uber dan juga Grab. Pekerjaan sebegitu telah memberikan peluang untuk yakin dan mampu bangkit setelah kehilangan kerja.
Rakan saya ini terfikir, jika suatu hari nanti beliau juga menghadapi perkara yang sama. Apakah beliau mempunyai pengalaman “SEGERA” yang boleh membantu beliau menjana duit untuk kehidupan keluarga sekiranya beliau kehilangan kerja. Oleh sebab itulah beliau mahu buat duit dengan Grab. Beliau mahu mencari pengalaman sambil menjana duit. Dan dari pengalaman ini beliau menjadi lebih yakin jika terjadi apa apa yang tidak diingini di masa hadapan, beliau tahu hendak buat dan cari duit dari mana. Saya setuju dengan pandangan beliau. Teringin juga ingin buat duit sebagai pemandu Grab.
Apa syarat jika ingin buat duit dengan Grab? Yang pertama sekali, umur kereta dengan nama sendiri mestilah tidak lebih dari 10 tahun. Kena ada geran kereta termasuk insurans yang aktif. Bawa 2 dokumen ini termasuk kad pengenalan diri dan mendaftar di cawangan Office Grab yang terdekat dengan kawasan tempat anda. Anda akan menjawab sedikit peperiksaan mudah. Jika semuanya lulus, maka anda akan boleh mula buat duit dengan Grab paling cepat 2 hari selepas itu. Mudah bukan.