Kepada blogger blogger baru newbie pasti sangat sangat zero tentang buat duit online ini. Ada juga yang tahu dan faham dari pembacaan di internet. Kepada yang memang baru didunia blogging ini pasti blurr akan situasi ini. Saya pernah ditanya oleh rakan yang bertanyakan macam mana boleh buat duit dengan iklan. Macam mana iklan diblog boleh bayar kita dan pelbagai lagi soalan. Saya sendiri pernah melalui zaman zero ilmu tentang buat duit dengan iklan dari pihak advertiser.
Sebenarnya ada banyak pengiklan atau disebut sebagai pihak advertiser didalam dunia blogging ini. Di Malaysia umumnya kita ada 3 advertiser yang popular dikalangan blogger iaitu Innity, Nuffnang dan juga Advertlets. Akan tetapi dari ketiga tiga advertiser tersebut pula hanya 2 yang sangat popular dan terpercaya iaitu Innity da juga Nuffnang. Saya sendiri pernah memakai dan menggunakan Nuffnang. Dan pada kali ini saya hanya akan menggunakan Nuffnang sebagai contoh untuk membuat penerangan tentang bagaimana buat duit melalui iklan diblog iaitu Buat Duit Dengan Nuffnang
Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Nuffnang
Saya akan terangkan kepada anda akan bagaimana untuk Buat Duit Dengan Nuffnang dari segi bagaimana duit boleh diperolehi melalui iklan yang dipaparkan diblog. Entry ini saya tegaskan untuk kepada bloger baru iaitu newbie yang sangat hijau tentang ini. Bacaan ini untuk memudahkan dan menerangkan mereka tentang cara buat duit dengan iklan. Ini perkara asas kepada blogger baru untuk memasuki alam buat duit dengan blog. Saya harap kupasan saya ringkas, padat dan mudah difahami.
1) Pendaftaran Publisher Nuffnang – Anda perlu melawat Nuffnang dan sign up disana untuk menjadi “publisher”. Anda sebagai blogger yang akan memaparkan iklan diblog akan dikenali sebagai “publisher”
2) Dapatkan Code Iklan – Dapatkan code iklan Nuffnang di website Nuffnang (perlu cari sendiri)
3) Pasang Code Iklan – Code iklan yang anda dapatkan perlu di “COPY” dan “PASTE” kan diblog anda dibahagian yang anda mahukan iklan tersebut terpapar seperti dibahagian header, bottom, dalam entry mahupun di sidebar widget. Siap.
### Peringatan – anda perlu mendaftar alamat link address anda di Nuffnang supaya Nuffnang boleh mengesan blog anda dan seterusnya barulah iklan boleh muncul dan terpapar diblog anda. Pastikan anda tidak lupa akan perkara iniMaaf, saya tidak berhajat menerangkan tentang bagaimana ingin memasang iklan diblog. Harap blogger newbie boleh search dinternet tentang itu.
Selepas memasang iklan diblog. Blog anda akan mula memaparkan iklan. Soalan disini adalah bagaimana anda boleh dapat duit dari iklan yang dipapaprkan itu. Sebenarnya ada dua cara bagaimana anda boleh generate income dari iklan yang terpapar itu iaitu:
a) Klik Pada Iklan – Tahukah anda jika iklan terpapar diblog anda, dan kemudian ada pelawat (visitor) yang datang dari seach engine Google melawat blog anda dan kemudian tertarik kepada iklan yang terpapar diblog anda dan kemudian telah klik pada iklan tersebut, maka setiap klik pada iklan tersebut menghasilkan nilai dan Nuffnang akan bayar untuk setiap klik pada iklan tersebut. Katalah jika satu klik dibayar sebanayak 0.25 sen, maka jika sehari anda dapat 4 klik maka anda telah dapat (0.25×4) = RM1. Jika banyak klik, maka banyaklah duit yang anda dapat.
### Peringatan – dilarang sama sekali klik iklan sendiri. Jika dapat dikesan maka akaun anda akan diblock dan duit pun tidak akan dibayar (bagi yang muslim, haram menggunakan wang yang didapatkan dengan cara tidak sah)b) Bilangan Trafik – Bagi blogger baru, di Nuffnang ada merekodkan bilangan trafik harian yang masuk kedalam blog anda. Anda akan perasan yang trafik yang masuk kedalam blog anda secara harian mungkin 50, 100, 200, 500, 1000 visitor atau lebih. Katalah (contoh) Nuffnang membayar trafik harian yang masuk kedalam blog anda iaitu setiap 1000 trafik=RM2, maka jika sebulan anda mengumpulkan 30K visitor (contoh), maka didalam bulan itu anda mendapat RM2x30=RM60. Jika banyak trafik maka banyaklah wang yang anda dapat. Trafik yang dikira untuk dibayar adalah trafik yang masuk yang secara kebetulan iklan yang berkaitan juga sedang dipaparkan.
### Peringatan – Untuk kes Nuffnang, anda perlu mendapatkan BE (Buffred Earning) dahulu iaitu seperti “special case” untuk tempoh tertentu. Dan didalam tempoh tertentu itulah bayaran kepada bilangan trafik berjalan. Jika BE tidak dapat, maka pendapatan anda hanya bergantung kepada jumlah klik harian sahaja.Inilah dia dua basic asas akan bagaimana anda boleh mendapat duit dari iklan yang dipaparkan didalam blog anda. Saya harap anda faham dengan apa yang saya cuba sampaikan dan terangkan kepada anda akan bagaimana Buat Duit Dengan Nuffnang ini. Segala pertanyaan boleh anda tanyakan diruangan komen dibawah. Insyaallah saya akan cuba menjawab semampu saya. Ada banyak program buat duit online diblog ini dan salah satunya adalah iklan. Bye
22 Comments
ohh..macam itu rupanya..
hehe, ko buat x tau plak titan, ko dah lah otai blogger… 🙂
Bleh x buat affileate tnpe blog
boleh sahaja, tetapi affiliate ni memang kena dengan blog + email
nak tanya kalau saya pasang iklan affiliate pada blog, dia ganggu tak nuffanng dan adsense?
selamat mencuba dan semoga menghasilkan pendapatan yang lumayan nanti, inysaAllah
aminnnnn
best sungguh heee… kalau dapat ni cam dapat kekasih heee
hehehee
ohh baru puteri tahu..hehe.
Blogger yang memasang iklan nuffnang di blog memang mengharap untuk dapatkan CPUV. Dari CPUV tu je baru boleh lihat dengan jelas pendapatan tu mengalir masuk 🙂
hehe, Puteri lagi “faham” akan benda ni kan.. 🙂
Adehh, kawe dah buang iklan Nuffnang he he.. Tak cukup space ooo..
page ko banyak artikel tu yg penting, hehe
gua buat nuffnang ni sambil-sambilan je
sambilan, good
Salam admin..
I am new in blogger, so many things i don’t understand. And what i want to ask you here is, how to create or change layout the one not inside layout setting..please advice. Thanks.
I’m already answer at your blog
tq… very useful information.
sama sama
Ouhhh baru tahu, macam gitu rupanya. Thanks ye.
Ohhhh….? thanks for sharing!