Suka kalau saya ingatkan, penulisan ini adalah berkenaan pengalaman rakan saya sendiri yang berjaya dalam bidang rumah sewa homestay. Dan ianya bukan tentang pengalaman saya. Harap anda maklum ya. Jadi perkongsian ini adalah ringkasan terhadap kemampuan menjana pendapatan kepada anda yang mempunyai rumah sewa yang boleh dijadikan homestay sesuai dengan kawasan anda. Adakah anda berminat untuk buat duit homestay cara mudah dan mampu menarik ramai bakal penyewa homestay anda. Ketahui cara atau teknik terkini yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan pendapatan anda melalui rumah homestay anda.
Begini ceritanya, pada beberapa minggu lalu. Saudara jauh sebelah mertua beliau ada berjumpa dengan rakan saya. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan pandangan tentang macam mana hendak menarik ramai bakal penyewa supaya menyewa rumah homestay mereka. Oleh kerana mereka adalah pakcik dan makcik, maka mereka secara asasnya kurang tahu tentang teknik marketing pemasaran melalui internet ini. Mereka katakan yang rumah homestay mereka setiap bulan hanya mendapat seorang penyewa sahaja. Sedih kan?
Bagaimana Buat Duit Homestay Dengan AirBnB
Kalau dalam sebulan hanya mendapat seorang pelanggan sahaja, berapalah hasil wang yang mereka dapatkan. Kalau mereka kenakan cas RM150 sehari semalam, itulah pendapatan hasil homestay mereka dalam sebulan. Masalah pakcik dan makcik sebelah mertua beliau ini adalah mereka tidak mengiklankan perniagaan homestay mereka secara online. Sedangkan zaman sekarang semua orang mahu cari sesuatu melalui internet. Jadi kalau tidak iklankan di internet, bagaimana untuk merapatkan jurang antara peniaga dengan pelanggan? Sudah tentu sukar bukan?
Rakan saya pun menceritakan panjang lebar berkenaan marketing pemasaran online itu dan ini. Tahukah anda, kalau anda mahu mencari hotel penginapan, biasanya anda akan buka website Agoda. Kalau anda hendak naik kapal terbang, anda mungkin akan membuka website Airpaz betul? Bagaimana pula kalau ada orang hendak mencari rumah homestay? Mereka perlu buka website apa? Inilah dia punca masalah yang terjadi. Masalah pemilik homestay tidak tahu bagaimana dan dimana mereka perlu iklankan perniagaan homestay mereka.
Jadi rakan saya pun perkenalkan pakcik dan makcik ini akan laman website yang bernama AirBnB. Website AirBnB adalah website di mana pemilik homestay mengiklankan rumah homestay mereka dan para pencari homestay akan menemukan homestay yang mereka mahukan dengan mudah. Selepas siap daftar dan iklankan homestay pakcik makcik ini, apa yang terjadi? Ke esokkan harinya pakcik makcik menelefon rakan saya kerana mereka telah mendapat booking homestay mereka yang pertama dari AirBnB. Syukur.
Persediaan Untuk Menjadi Usahawan Homestay
- AirBnB – sila klik dan daftar untuk anda iklankan homestay anda di Malaysia
- Ebook Homestay – dapatkan panduan/rujukan bagaimana jalankan bisnes homestay
Adakah rakan saya ini seorang yang berjaya buat duit dengan homestay? Jawapannya ya. Beliau sudah berjaya dengan sebuah rumah yang mendatangkan pendapatan paling kurang RM1000 setiap bulan. Kini beliau dalam perancangan mahu menjadikan rumah sewa beliau yang kedua kepada rumah homestay pula pada tahun hadapan. Gambar di atas ini adalah bukti sebenar hasil buat duit homestay yang beliau lakukan melalui AirBnB. Banyak yang beliau telah dapat bukan? Doakan kejayaan beliau. Bye.
Leave a Reply