Baru baru ini heboh diperkatakan tentang penutup ofis pejabat dan laporan polis berkenaan IshareFans yang dikatakan scam dan sebagainya. Sebenarnya benda seperti ini mudah sahaja untuk kesan samada ianya tipu atau betul. Cumanya ramai dari kita terutamanya orang melayu yang tiada asas untuk ketahui bagaimana satu satu program itu boleh kita anggap sebagai bakal tipu, scam, runtuh, tutup kedai, lari dan sebagainya. Benda mudah, tetapi kalau masih belum mahu ambil tahu, selagi itulah mudah kena tipu.
Saya tahu banyak website yang menulis tentang IshareFans scam ada berkongsikan bagaimana hendak membuat semakan iaitu check yang laman website IshareFans boleh dianggap scam dan sebagainya. Tetapi saya tidak mahu menulis tentang hal berkenaan. Bagi saya perkongsian tersebut adalah betul tetapi agak teknikal bagi kebanyakkan orang yang tidak ada asas dalam dunia blogging berkenaan domain, hosting dan umur website. Mudah cerita ramai orang tidak faham bagaimana mahu membuat semakan sendiri.

Program buat duit like share Cybertrooper bukan seperti iShareFans
Cybertrooper Adalah Alternatif IshareFans Yang Bukan SCAM
Sebenarnya satu satu program buat duit itu boleh kita anggap samada betul atau tidak adalah berdasarkan asas logik yang mudah sahaja. Logiknya adalah dari mana duit itu datang. Iaitu macam mana program tersebut mampu memberikan anda wang. Contoh, seorang makcik buat kuih donat dengan kos 30 sen untuk sebiji donut. Kemudian dia jual 50 sen sebiji. Untung dari jualan sebiji donut adalah 20 sen sebiji. Kalau makcik upah orang jual, dia cakap dia kasi komisen sebanyak 10 sen untuk setiap biji donut. Anda rasa logik atau tidak? Sudah tentulah logik betul!!!
Adalah SALAH BESAR kalau anda ingat bila anda dapat duit dari program tertentu seperti IshareFans misalnya, itu bermakna program tersebut tidak menipu atau scam. Inilah kesilapan utama majoriti yang menyertai skim seperti ini. Bila dapat duit sahaja terus cakap yang ianya bukan scam. Adalah silap. Program scam scam seperti ini biasanya memang akan membayar peserta mereka untuk menarik kepercayaan ahli ahli lain yang belum masuk. Jadi dari mana datangnya duit dan anda boleh dapat duit?

Buat dan dapat duit dengan follow instagram
Mudah!! Duit datang dari ahli baharu yang membayar anda. Itu sahaja jawapannya. Ianya adalah sebuah “MONEY GAME”. Ahli baru join, bayar program tersebut dengan harapan akan berpeluang untuk dapat dan buat banyak duit. Dan duit tersebut itulah diberikan kepada ahli lain yang join lebih awal. Jadi macam mana program sebegini boleh tersontot? Mudah!!! Bila kemasukkan ahli baru semakin berkurang, dan jumlah ahli yang layak mendapat duit pun semakin ramai, maka sistem tidak mampu untuk membayar peserta sebab tidak cukup duit.
Jadi apa yang akan terjadi. Program akan tutup kedai dan pemilik program lari dengan wang anda. Dan anda sebagai ahli yang baru akan kerugian. Jelas? Inilah yang berlaku kepada program skim cepat kaya yang ada di Malaysia termasuk program IshareFans ini. Program nampak berbeza akan tetapi konsep bagaimana duit terhasil dan bagaimana duit membayar peserta adalah lebih kurang sama sahaja.
Sebab itulah saya suka tegaskan yang kita kena faham tentang asas dan logik mudah bisnes. Kos modal RM1, jual RM3 dan untung RM2. Dan hasil untung RM2 ini bolehlah membayar pekerja. Logik mudah sahaja. Kalau kos RM1, jual RM3 dan untung RM2 TETAPI bila ambil pekerja menjanjikan membayar gaji sebanyak RM5, di mana logiknya? Jadi di dalam kes IshareFans ini bukanlah isu kerja like dan share itu yang scam akan tetapi bagaimana duit itu terhasil dan membayar peserta itulah yang scam yang membuatkan ianya tidak akan bertahan lama.
Jadi, apakah ada program buat duit like share yang betul diluar sana seperti program IshareFans dan ianya sah, tidak scam dan memang membayar ahli peserta mereka. Jawapannya YA ADA!!!. Nama program ini adalah “Cybertrooper”. Pihak pengiklan akan mengiklankan permintaan mereka samada untuk like, share, subscribe, follow dan sebagainya untuk pelbagai media sosial. Mereka letakkan bajet mereka dan tetapkan berapa upah untuk tugasan yang diberikan. Bila bajet mereka habis membayar kerja tersebut, maka kerja iaitu task tersebut akan berhenti. Jadi tiada istilah menipu atau apa. Semuanya logik dan jelas. Berminat sila klik link di bawah ini ya. BYE!!!
Leave a Reply