Sudah banyak kali saya katakan yang peluang untuk membuat ribuan ringgit secara online adalah banyak. Anda tinggal pilih, kuasai satu satu perkara itu dan cuba menjana pendapatan melaluinya. Yang penting anda berusaha dan melakukannya. Tanpa tidakkan ianya tidak akan ke mana mana. Salah satu bidang yang jarang orang Malaysia lakukan adalah bidang jual beli domain. Tahukah anda yang anda sebenarnya boleh buat duit online dengan hanya menjual domain. Untuk mendapat RIBUAN RINGGIT dengan menjual domain adalah suatu yang tidak mustahil.
Maaf saya tidak ada pengalaman yang khusus dalam dunia jual beli domain ini. Tetapi saya pernah melakukan langkah pertama untuk menjual domain ini. Disebabkan tidak serius dan saya ada tumpuan lain yang harus saya dahulukan, jadi saya tinggalkan peluang tersebut. Bukanlah saya tinggalkannya 100%, kalau ada masa nanti di lain masa, insyaallah saya mahu juga melakukannya walaupun sekali seumur hidup.
Bagaimana Cara Menjual Domain
Kenapa saya katakan yang kita boleh buat ribuan ringgit dengan menjual domain? Ini kerana, pengalaman pendek saya yang saya sebutkan tadi menyebabkan saya sempat melihat jualan jualan domain yang telah berjaya dijual atau dibida oleh orang lain. Ribuan ringgit yang saya sebutkan ini adalah kecil kerana ramai sahaja individu yang menjualnya dengan harga ribuan puluhan ringgit. Untuk pengetahuan anda, urus niaga adalah dalam bentuk USD. Bayangkan kalau 1 domain anda berjaya menjualnya dengan harga USD1000. Bukankah anda telah berjaya mendapat RM3500?
Itu kalau sebulan anda berjaya menjual 1 domain sahaja dengan harga USD1000. Kalau anda mampu menjual lebih banyak domain? Kalau lebih tinggi harganya? Tidak keterlaluan kalau saya katakan yang anda boleh jadi kaya raya dengan hanya menjual domain sahaja. NAMUN, untuk melakukan semua ini, ada teknik khusus yang perlu anda ketahui. Dengan ilmu yang betul, anda boleh membuat duit dengan menjual domain dengan lebih baik.
Sesiapa pun boleh sahaja terlibat dalam bisnes jual beli domain ini. Tetapi kena ada ilmu baru lebih baik. Saya sendiri yang menulis artikel ini terasa seperti ingin turut sekali terlibat dalam dunia jual beli domain ini sekarang juga. Tapi ada benda yang perlu saya selesaikan dahulu baru boleh beri tumpuan tentang potensi menjana pendapatan dengan menjual domain ini. Daftar sekarang dengan klik pada link di bawah ini.
1 Comment
Pernah jugak terfikir nak flip domain dan flip website tapi rasenya belum sampai masa lagi kot..bile ada masa free nak jugak mendalami ilmu baru ni 🙂