Adakah anda sudah memiliki rumah? Kalau belum, adakah anda anda berhajat untuk membuat pinjaman Pembelian Rumah dari pihak bank? Kepada yang mempunyai wang yang banyak dan mendapatkan rumah idaman secara tunai pastinya beliau adalah seorang yang sangat beruntung. Tetapi majoriti rakyat terutamanya di Malaysia membeli rumah memang memerlukan pinjaman bank. Dan bank memainkan peranan yang amat penting bagi melancarkan proses pembelian rumah dan juga menggalakkan pembangunan rumah baru dikawasan kawasan baru hasil dari bertambahnya penduduk dan juga permintaan yang semakin tinggi.
Bagi yang biasa duduk dikawasan bandar, tidak kira dinegeri mana, harga rumah mampu milik selalunya bermula dengan paling kurang RM100K. Kalaupun ada rumah yang dibawah RM100K, tetapi menjadi terhad pula dengan hanya bank bank tertentu sahaja yang mahu memberikan pinjaman Pembelian Rumah bawah RM100K. Jadi ini menjadi salah satu masalah. Di negeri Pulau Pinang dikawasan seberang, rumah 10 tahun lalu yang berstatus kos rendah boleh didapati dengan harga RM35K tetapi selepas 10 tahun iaitu kini, rumah kos rendah yang sama ini dijual dengan harga RM100K. Mahal bukan. Tetapi bagaimana dengan rumah yang bersaiz sama dengan keluasan “square feet” dengan kos rendah tetapi bukan dari status kos rendah? Bagaimana pula dengan rumah di kawasan “Pulau”. Anda sendiri dapat mengagaknya.
Kadar Pinjaman Pembelian Rumah
Dikawasan Pulau Pinang (Pulau), pada dua tahun lepas pernah saya singgah di booth jualan rumah di Queenbay Mall Penang. Kawasan rumah yang hendak dijual adalah dari jenis rumah teres bersaiz biasa iaitu 20×70. Dan kawasan adalah kawasan panas (hot) berhampiran dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih belum siap ketika itu. Anda tahu berapa harga rumah tersebut pada 2 tahun lepas? Harga yang mahu dijual adalah RM350K.
Inilah harganya yang perlu anda bayar. Harga rumah meningkat tinggi selaras dan berkadar langsung dengan kawasan itu bakal menjadi kawasan elit. Memang biasanya seperti ini. Jadi untuk membuat Pembelian Rumah dari pinjaman bank dengan harga sebegitu memerlukan kerjaya anda stabil, mantap dan bergaji tinggi. Bagi pelabur hartanah, kawasan ini memang boleh menjana untung buat mereka.
Ebook Panduan Membeli Rumah/Hartanah
- Gila Hartanah – panduan bagaimana membeli rumah dari Faizul Ridzuan
- Ilmu Kewangan/Hartanah – panduan kewangan dan hartanah dari Key
- Rahsia Pinjaman Rumah – panduan bagaimana mudah lulus loan rumah
Ini nasihat saya. Tahukah anda, kadar faedah pinjaman Pembelian Rumah adalah tinggi berbanding kadar faedah yang dikenakan terhadap pembelian kenderaan. Tambahan pula, akibat harga rumah yang tinggi, sudah tentu tempoh pinjaman menjadi lebih panjang dan “interest” rumah pun bertambah. Jadi adalah sebaiknya untuk anda mencari bank yang boleh berikan anda kadar pinjaman rumah yang lebih baik dan kompetitif. Lebih rendah lebih menguntungkan bukan.
Anda boleh baca artikel tentang kadar pinjaman rumah melalui link yang saya berikan tadi. Ini kerana anda boleh membuat semakkan SECARA ONLINE untuk melihat kadar pinjaman rumah dari bank di Malaysia ini secara terus. Saya harap anda segera membeli rumah pertama anda bagi yang tidak lagi memiliki rumah. Pembelian Rumah merupakan pelaburan aset yang baik untuk kita. Jom Beli rumah.
7 Comments
saya beli rumah waktu mula-mula kahwin..sekarang anak semakin membesar dan usia rumah juga selari dengan usia anak..
bagus bro
Emm bila lah saya boleh beli rumah sendiri…menabung dah lama dah sunyi…
kena beli bro cepat, harga rumah tidak kekal rendah
Di kawasan saya pun harga rumah naik dgn cepat.. masa beli dlm 200++ tp skrng dah 300++. Ada yg dah renovate boleh jual cecah 450… Klu ada peluang dptkan rumah, ambillah cepat2.. klu lmbt sgt nanti harga makin tinggi pulak. Thanks sharing tips Wan.. 🙂
memang naik sangat sangat rumah sekarang kan