Semasa di blog lama iaitu pada zaman “wanwidget.com”, saya sering membuat kempen untuk diri sendiri iaitu Sebulan Sebuah Buku. Ianya menampilkan buku buku yang perlu saya beli dan baca untuk mendidik diri dan masyarat luar tentang buku yang menarik untuk diketahui dan dibaca. Nampaknya niat murni untuk diteruskan kempen sebulan sebuah buku agak susah untuk saya teruskan di blog ini atas sebab kekangan masa. Tetapi saya akan cuba teruskan secara berkala jika berkesempatan. Dan pada kali ini, buku yang mahu saya perkenalkan (review ringkas) adalah dari Ahmed Deedat – The Choice.
Saya hanya ingin mengupas secara ringkas sahaja bukan secara detail akan kandungan buku Ahmed Deedat – The Choice ini. Buku ini dipilih kerana untuk mengisi hari kita dengan suatu yang berbentuk ilmiah. Setuju tidak, kalau saya katakan, kadang kadang dengan sedikit ilmu kita dapat melihat sesuatu yang lebih jauh dari apa yang kita nampak dan faham selama ini. Itulah peranan ilmu. Ianya bagaikan “penyuluh” supaya dapat keluarkan kita dari gelap kepada terang.
Buku Ahmed Deedat – The Choice
Buku Ahmed Deedat – The Choice ini mempunyai 418 muka surat dan berharga RM18.50 dan boleh di dapati di kedai kedai buku. Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya ingin bertanya. Adakah anda kenal dengan peribadi yang bernama Ahmed Deedat ini?. Ahmed Deedat ini adalah seorang Orator Muslim atau penceramah antarabangsa. Ingat! Bukan penceramah daerah, negeri atau negara akan tetapi Penceramah Antarabangsa. Ini adalah untuk menunjukkan status beliau sebagai seorang yang dikenali ramai oleh pihak “lawan” di dalam bidang ini.
Ahmed Deedat mempunyai kepakaran dalam ilmu Perbandingan Agama atau disebut “Comparative Religion”. Beliau menguasai hampir atau kesemua ilmu agama agama di dunia. Disebabkan tertarik dengan ilmu dan penyampaian beliau di video dan di YouTube. Saya mengambil keputusan untuk mencari salah satu buku beliau iaitu bertajuk “Ahmed Deedat – The Choice”. Sebuah buku yang sangat baik bagi kita untuk memahami “persamaan dan perbezaan” antara Islam dan Christian. Dan dari buku ini juga kita akan mengetahui poin poin penting yang perlu orang islam ketahui untuk mempertahankan Islam. Sebenarnya secara tidak langsung kita dapat belajar agama sendiri melalui kaedah perbandingan agama ini.
Website Untuk Membeli Buku Online Di Malaysia
- BookCafe – antara website penjual buku bahasa Malaysia terbaik
- Lazada – anda boleh mencari pelbagai jenis buku di sini
- Shopee – anda boleh bermacam mana buku di sini
Buku yang saya beli ini adalah dicetak dalam Bahasa Melayu. Jika anda ingin membeli buku ini akan tetapi tidak menjumpainya, anda bolehlah download buku ini di sini dalam bentuk ebook PDF iaitu “The Choice Part 1 The Choice Part 2“. Akan tetapi buku ini dalam bahasa english. Rasanya lebih berbaloi kalau beli buku dalam bahasa melayu berbanding download link yang saya berikan tadi kerana apabila kita membaca dalam dialek sendiri dan memegang buku fizikal kita akan lebih mudah memahaminya. Selamat membaca buku Ahmed Deedat – The Choice wahai sahabatku…. Assalamualaikum…. 🙂
3 Comments
Dah beli, tapi sampai sekarang masih belum habis baca lagi
wahh bro pun ada, good, xpa nanti ada mood boleh baca
salam boleh tnye tak nme penterjemah buku ni spe ?