Saya memang seorang yang suka pergi menonton movie filem di pawagam (cinema). Dan jenis jenis kategori filem yang saya suka tonton pula tidak terhad kepada satu genre. Ada yang ber-genre aksi, komedi, sedih, thriller, seram dan juga berunsur pengajaran. Dan ketika artikel ini ditulis, saya baru sahaja menonton filem Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia dan dilakonkan oleh Jalil Hamid, Beto Khusairy dan juga Ummi Nazeera. Sebuah filem melayu berbentuk drama yang sangat menarik, terbaik dan berkualiti bagi pandangan saya. Untuk maklumat anda, saya sekarang lebih suka beli tiket wayang melalui smartphone atau komputer sahaja. Bagamana dengan anda pula?
Ya, saya pun sama seperti orang lain juga. Selalu akan ke pusat panggung wayang untuk membeli tiket wayang. Banyak kali juga saya menghadapi keadaan di mana masa untuk menonton filem tidak sesuai, tiket sudah hampir penuh dan terpaksa duduk paling depan dan leceh apabila terpaksa beratur panjang kalau filem itu adalah sebuah filem yang hebat. Dan apabila terlihat ada orang yang ke kaunter “print tiket”, mereka berjaya dapatkan tiket wayang dengan cepat. Rupa rupanya mereka beli tiket wayang tersebut secara online, Hanya print tiket di pawagam dan terus masuk. Mudah bukan.
Beli Tiket Wayang GSC Cara Mudah
Dan saya pun mencuba kaedah tersebut. Dan sehingga kini, boleh dikatakan tiket wayang yang saya beli 90% adalah secara online sahaja. Sekarang sudah zaman internet, adalah lebih mudah, menjimatkan masa dan tidak perlu berpenat membeli tiket di pusat pawagam. Kalau mahu lebih mudah, anda pun boleh beli tiket wayang secara online melalui smartphone anda. Saya pun sudah beberapa kali beli tiket wayang melalui smartphone ini iaitu ketika saya makan diluar dan on the spot merancang mahu tengok movie dipawagam. Jadi mahu tidak mahu kenalah guna smartphone untuk booking tiket filem.
Sekarang ada satu teknik yang saya suka lakukan. Apa itu? Selesai saya membeli tiket wayang secara online. Saya akan “snapshoot” gambar QR CODE. Dan ketika ke pawagam, saya tidak pergi ke kaunter untuk print tiket. Saya terus ke hall pawagam dan masuk ke dalam dengan scan qr code untuk membolehkan pintu halangan palang terbuka secara automatik. Cara ini dapat mempercepatkan urusan beli tiket. Mudah cerita, anda beli dahulu tiket wayang secara online di rumah. Kemudian datang ke pawagam dengan scan qr code sahaja untuk masuk hall pawagam. Mudah bukan?
Cara Booking Dan Beli Tiket Filem Secara Online
- GSC Malaysia – lawat website cinema gsc ini. Register dan login
- Sila pilih Cinema, Movie, Tarikh dan kemudian klik “Check”
- Anda akan dipaparkan dengan masa tontonan. Pilih masa dan klik “Purchase”
- Anda akan dipaparkan dengan tempat duduk. Sila pilih dan klik “Next”
- Semak semua info samada betul. Tandakan “Tick” pada “Term&Condition” dan klik “Purchase”
- Pilih akaun online banking anda dan klik “Pay”. Dan teruskan buat bayaran sehingga selesai. Done
Langkah langkah untuk beli tiket wayang yang saya tunjukkan di atas ini adalah untuk pembelian tiket movie filem di pawagam milik GSC. Di tempat saya ada banyak pawagam GSC berbanding TGV. Tapi rasanya proses pembelian tiket wayang sama sahaja dan saya pasti anda dapat ikutinya dengan mudah. Kalau masih tidak faham, sila tonton video di atas ini. Kalau rumah anda ada internet, komputer atau smartphone, lebih baik beli sahaja tiket wayang dari rumah. Anda boleh terus booking secara online dan boleh pilih kerusi tempat duduk anda dengan mudah dan cepat. Selamat mencuba.