Salam kepada pembaca. Sekarang rasanya semua orang sudah tahu tentang cara borong barang murah. Ke masih ada yang tidak tahu. Salah seorang rakan sekerja saya yang kaki pancing ikan sanggup buat duit lebih dengan berniaga secara online menjual barang barang berkaitan memancing. Bagaimana beliau lakukan? Mudah sahaja, beli barang keperluan memancing yang murah dari China dan kemudian menjualnya kembali di internet melalui sosial media. Setakat apa yang saya lihat, beliau memang berjaya menjual barangan tersebut kerana ada peminat dan permintaannya tersendiri di Malaysia.
Mungkin ada di antara anda yang pernah membeli barang dari China secara online tetapi melalui pengalaman yang negatif seperti di tipu. Jika itu yang anda lalui, saya boleh katakan kisah itu hanyalah satu kisah yang kecil. Anda tidak boleh terus “banned” website China tersebut kerana satu pengalaman. Bukan salah website, tetapi salah penjual di website tersebut. Ada juga orang yang ditipu ketika membeli di Lazada. Tetapi bukan salah Lazada, tetapi salah peniaga di Lazada dan kes pembeli di tipu adalah sangat kecil.
Website Untuk Borong Barang Murah Dari China
Saya sendiri salah seorang yang sudah berkali kali membeli barang dari China secara online. Sehingga kini boleh dikatakan tidak pernah lagi menghadapi apa apa masalah seperti ditipu. Dan barang yang saya order pun sampai dengan baik. Jika anda mahu membeli barang secara pukal atau banyak tetapi dengan harga murah, anda beberapa website yang perlu anda ketahui dan saya akan berkongsikan dengan anda sebentar sahaja lagi. Ini adalah untuk membantu anda untuk borong barang murah dari website yang dipercayai.
Mungkin ada yang bertanya, murah sangatkah membeli dan borong barang murah dari China ini. Kepada anda yang kurang tahu dan tiada pengalaman membeli dari China boleh baca artikel ini dahulu. Saya ada buat perbandingan ringkas berkenaan harga borong dari China ini. Sila baca artikel ini – [ beli basikal murah dari China ]. Baiklah tanpa membuang masa, saya kongsikan dengan anda senarai website borong barang murah yang perlu anda ketahui iaitu;
- Taobao – Laman web ini paling popular di kalangan orang Malaysia
- TMall – Ramai orang Malaysia tidak tahu tentang laman ini
- 1688 – Ramai orang Malaysia tidak tahu tentang laman ini
- AliExpress – Laman ini antara yang popular bersama sama Taobao
- EzBuy – Anda mahu beli barang murah China tetapi dari website Malaysia, inilah website nya
Saya berpengalaman membeli di Taobao, TMall, Aliexpress dan juga EzBuy. Semua belian di website ini memang murah. Jangan terkejut kalau saya katakan saya pernah beli seluar jeans murah dengan harga RM25 sahaja. Dan sehingga kini saya buat pakai pergi kerja dengan yakin dan selesa. Lawatlah website yang saya kongsikan di atas ini. Kalau anda memang tidak tahu cara membeli dan borong barang murah seperti di Taobao atau di 1688, saya cadangkan anda dapatkan panduan Taobao ini dengan klik link di bawah ini untuk belajar cara borong barang murah di Taobao. Apa apa pun selamat mencuba.