Mungkin ramai dan ada yang tertanya tanya akan bagaimanakah Cara Buat Blog. Untuk menjawab pertanyaan sedemikian ada baiknya saya bertanya kepada anda dahulu iaitu Kenapa Anda Ingin Mempunyai Sebuah Blog. Kalau jawapan anda sebegini, “untuk suka suka”, “menjadikan blog seperti diari”, “mempromosikan produk”, “kawan ada blog, saya pon nak ada” dan sebagainya, saya menasihatkan anda untuk membuat blog dengan menggunakan perkhidmatan percuma dari Blogspot. Buat apa untuk mempunyai blog dan hosting berbayar kalau anda sendiri tidak ada hala tuju, tidak terlalu serius dan ingin suka suka sahaja.
Kepada yang ingin serius, mahukan blog yang lebih bersifat jangka panjang, maka saya sarankan dapatkan sebuah blog yang menggunakan hosting berbayar. Tidak mahal. Setahun hosting murah di Malaysia boleh dapat dengan harga RM100 setahun termasuk domain. Setahun sekali bayar RM100 rasanya sangat berbaloi dan tidak membebankan. Mesti ada yang tanya kalau ada yang free percuma kenapa perlukan blog yang menggunakan hosting berbayar. Jawapannya adalah kerana, blog yang menggunakan hosting berbayar selalunya mahukan nama domain yang unik dan special. Apa yang unik, apa yang special dan apa perbezaan antara blog yang menggunakan hosting berbayar dengan yang percuma seperti Blogspot?
Cara Buat Blog Website Menggunakan Hosting Berbayar
Saya ingin bertanya soalan dan berikan contoh kepada anda. Kalau anda diberikan pilihan antara nama domain blog anda seperti “myrujukan.com” dan “myrujukan.blogspot.com”, mana satu pilihan anda? Sudah tentulah anda akan memilih “myrujukan.com” betul tak. Kerana apa, kerana nama domain blog lebih ringkas dan mudah diingati. Untuk mendapatkan nama domain sebegitu, maka penggunaan hosting berbayar itu perlu dan inilah sebab kenapa hosting berbayar ini diperlukan (salah satu sebab)
Berbalik kepada tajuk iaitu bagaimana atau cara buat blog. Artikel ini boleh sahaja digunakan samada untuk WordPress mahupun Blogspot. Akan tetapi sebagai orang yang berpengalaman didalam dunia blog, saya lebih menyarankan anda menggunakan sistem WordPress sebagai pilihan. Tidak perlu saya senaraikan akan kelebihan WordPress berbanding Blogspot. Anda boleh cari sendiri di internet.
Baiklah, ada banyak hosting provider di Malaysia ini. Saya teruskan kepada matlamat entry ini iaitu antara Hosting Terbaik di Malaysia ini adalah dari ServerFreak. Setakat ini pengalaman saya bersama ServerFreak adalah memuaskan. Blog jarang sekali menghadapi “down” dan sistem email untuk pertanyaan apa apa masalah berkaitan hosting, blog atau apa sahaja sangat cepat dibalas dan diberi bantuan. Dua ini sahaja cukup buat saya memilih ServerFreak.
Website Untuk Membeli Domain/Webhosting
- NetKL – syarikat penyedia hosting termurah di Malaysia
- ServerFreak – syarikat penyedia hosting popular di Malaysia
- Exabytes – syarikat penyedia hosting terkenal di Malaysia
- Bluehost – syarikat penyedia hosting popular luar negara
- Hostgator – syarikat penyedia hosting popular luar negara
Anda memerlukan Domain + Hosting = Blog. Pembelian hosting selalunya akan diberikan domain percuma. Maka pilihlah nama blog (domain) yang sesuai UNTUK JANGKA PANJANG. Jangan beli domain ikut suka hati, nanti sampai masa mula terasa menyesal dengan domain kerana mahu tukar dan sebagainya. Nama domain tidak boleh ditukar kecuali anda membuat blog baru dengan nama domain yang baru. Ini akan merugikan masa dan tenaga anda jika membuat blog yang baru. Kerana blog baru anda terpaksa membuat entry artikel yang baru dan terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan trafik ke blog semula.
Jadi cara untuk membuat blog berbayar bukanlah susah dan semahal mana. Dengan menggunakan hosting berbayar, anda boleh mendapatkan reka bentuk theme yang lebih menarik dan lebih baik. Jadi adakah susah Cara Buat Blog ini? Tidak susah bukan. Anda hanya perlu hubungi ServerFreak (hosting provider) melalui link yang telah berikan tadi dan terus hubungi mereka melalui maklumat yang tertera di website mereka. Jangan risau segala pertanyaan akan mereka jawab untuk memudahkan anda tentang Cara Buat Blog yang mudah. Selamat berblogging.
6 Comments
Serverfreak memang terbaiklah setakat ini dan pengalaman sahabat lain pun memang tak mengecewakan.
saya pun kekal dengan serverfreak
kalau serius, main yang berbayar-bayar nih..free-free aje..memang susah sikit la..
tapi ko ada dua dua kan
blog berbayar maka anda lebih serius..