Saya start buat duit dengan affiliate Tiktok sejak bulan May 2023. Itu pun sebab saya baru tahu yang kita memang boleh buat duit dengan tiktok melalui program affiliate. Jujur cakap, selama ini saya memang tidak tahu macam mana cara untuk buat duit dengan tiktok. Yang saya tahu ketika itu adalah, influencer atau penjual (seller) hanya menjual barang secara online iaitu secara live (online streaming) sahaja. Oleh kerana kaedah jual barang secara live bukan kepakaran saya, maka saya tidak mengambil endah pun teknik marketing sebegitu.
Namun ianya berubah apabila saya kerap kali ternampak orang buat video mengiklankan barang, kemudian suruh viewer klik pada “BEG KUNING” jika berminat hendak beli dan mendapatkan produk berkenaan. Jadi saya mula ambil tahu berkenaan kaedah tersebut. Owh,rupa rupanya di Tiktok kita juga boleh menjual produk dan barangan secara affiliate. Saya cuba belajar cara daftar Tiktok Shop dan macam mana hendak masukkan link beg kuning pada video yang kita hasilkan. Hasilnya, mudah sangat sangat rupanya tiktok ini.

Cara Buat Duit Income Di Tiktok
Setelah beberapa bulan buat duit dengan tiktok secara affiliate. Apa yang saya boleh katakan adalah, tiktok memang 100% trend marketing masa kini. Jujur cakap, kalau anda tanya saya antara Google, Facebook, Whatsapp, Youtube dan juga Tiktok, platform mana yang paling mudah untuk buat video dan menjual barang secara online. Jawapannya adalah tiktok. Ini adalah pandangan saya selaku content creator tahap amatur seperti saya.
Ada orang tanya. Dia mahu buat duit secara online di Tiktok. Tetapi malu hendak bercakap, tak pandai bercerita. Malu hendak tunjuk muka dan sebagainya. Jawapannya adalah saya sama 100% seperti anda. Dalam app Tiktok, ada setting untuk ubah suara sebenar kita kepada suara yang lain. Contohnya jadi suara robot atau suara chipmunk atau suara eletronik dan bermacam macam lagi. Jadi suara kita yang kita sendiri rasa kedengaran tidak sedap dapat kita ubah kepada suara yang lain. Kalau malu juga, guna sahaja teks untuk bercerita. Ada setting untuk tulis words pada video yang kita upload.
Macam mana dengan muka? Kena tunjuk muka kah? 90% video saya memang tak ada muka saya pun. Kita hendak jual dan promote barang. Jadi fokus pada barang sahaja. Rakam barang tersebut secara detail. Pembeli hendak tengok barang sahaja. Dia nampak jelas dan tau apa yang dia akan beli, jadi dia akan beli juga. Saya bukan cakap kosong, saya cakap sebab saya sendiri buat macam tu dan memang akan ada yang beli.

Ada sesetengah dari anda tidak tahu macam mana hendak mula. Tak tahu hendak buat video apa. Dan tidak ada modal hendak beli barang yang ingin anda promosikan. Anda jangan serabutkan kepala anda dengan masalah seperti ini. Anda hanya perlu rakam dan buat video berdasarkan barang yang ada di rumah anda. Contoh anda boleh mula dengan sabun basuh baju, syampoo rambut, hanger penyidai baju, meja di rumah anda, dapur gas memasak, bakul kain baju, periuk masak nasi, iron seterika yang anda gunakan dan banyak lagi. Promote barang yang ada di rumah anda dahulu sahaja. Nanti sudah dapat komisen, bolehlah buat modal beli barang untuk rakam dan review.
Teknik Buat Video Tiktok
- Buat video pendek. Minima 30 saat – 1 minit lebih sahaja
- Jangan buat video meleret leret
- Starting rakam video terus kena tarik minat bakal pembeli
- Awal video kena cerita masalah
- Pertengahan video ceritakan sebab kenapa masalah berlaku
- Akhir video ceritakan penyelesaian dari produk yang anda tawarkan
- Setel
Sebenarnya hendak buat atau hasilkan video yang boleh menjual mudah sahaja. Saya berikan contoh di bawah ini berdasarkan skenario rambut ada kelemumur.
- Awal Video – “Anda ada masalah kelemumur?”. “Dah pakai bermacam macam syampoo pun masih sama”. “Kelemumur tetap masih ada”.
- Pertengahan Video – “Sebenarnya kebanyakkan masalah kelemumur disebabkan kulit kepala kita yang berminyak”. “Dan antara sebab lain adalah produk yang anda gunakan mungkin tidak sesuai dengan kulit kepala anda”.
- Akhir Video – “Jangan risau, saya sarankan anda untuk gunakan produk AAA ini”. “Setakat ini, produk AAA ini sudah ada banyak komen, review dan testimoni bagus kepada yang ada masalah kelemumur ini”. “Anda boleh cuba kalau berminat”. “Mana tahu ianya sesuai untuk kulit kepala anda”. “Kalau berminat hendak cuba, klik pada beg kuning ya. Selamat mencuba”.
Kalau anda lihat perkongsian saya di atas ini tentang cara dan step by step untuk hasilkan video tiktok yang boleh menjual. Anda rasa adakah teknik ini berkesan? Memang berkesan pun. Bila anda terus straight to the point akan masalah tersebut. Penonton video anda yang mungkin ada masalah yang sama, akan terus hendak tonton video anda sebab hendak tahu punca masalah dan jalan penyelesaian dia. Bila video anda itu memberikan jalan penyelesaian, maka sudah tentulah kebarangkalian untuk dia klik beg kuning dan membeli dari anda akan semakin tinggi. Setuju?

Saya dapat komisen affiliate Tiktok memang sen sen sedikit sahaja. Tetapi ada rekod yang memang ramai membeli dari saya. Jadi untuk meningkatkan lagi jumlah volume penonton membeli dari saya agar komisen tiktok saya semakin banyak. Maka saya kenalah hasilkan video dengan lebih banyak. Jangan harapkan dari 1 video sahaja. Kecuali video anda telah viral dan jadi FYP di tiktok.
Cara Letak Link Tiktok Shop Di Video
Selepas anda sudah mencapai syarat minima untuk monetization di Tiktok dan berjaya untuk apply dan lulus untuk masuk ke program menjana pendapatan bersama Tiktok. Proses yang seterusnya adalah bagaimana hendak meletakkan link tiktok shop affiliate (BEG KUNING) pada video anda di tiktok.
- [ TwitterSakinahSaad ] – Sila klik link Twitter ini, baca dan ikuti langkah langkah cara untuk memohon Tiktok Shop dengan betul.
Apa perasaan saya sekarang apabila sudah jadi content video creator di Tiktok? Jawapannya saya jadi suka untuk buat video. Video saya bukannnya cantik pun. Tidak professional pun. Suara pun bukannya kedengaran seperti promoter yang pakar dan pandai menjual. Saya hanya fokus rakamkan video produk yang ingin saya promosi dengan jelas. Itu sahaja. Saya akan tersenyum ketika melihat ada komisen affiliate tiktok yang masuk. Itu bermakna ada orang beli melalui beg kuning dari video yang saya hasilkan. Saya pasti anda pun boleh. Jom buat duit dengan tiktok melalui program affiliate tiktok. Jom!!!.