Mungkin anda pernah mendengar tentang website viral bukan? Apakah anda tahu website apakah ini? Bagi yang tidak tahu mari saya jelaskan serba ringkas. Website viral adalah website yang dibina dengan tujuan untuk menjadi viral iaitu tersebar luas melalui media sosial dan ramai orang akan berkongsi, meluangkan lebih banyak masa di dalam website tersebut dengan tujuan meningkatkan trafik. Trafik yang tinggi ini pula akan digunakan bagi membuat duit. Contohnya menggunakan Google Adsense. Lagi tinggi trafik lagi tinggi earning yang terhasil. Inilah tujuannya.
Saya bagi contoh akan 2 website/blog. Satu website tentang “buat duit online” dan satu website lagi tentang “benda menarik”. Kebanyakkan hanya orang yang mahu buat duit sahaja akan mencari dan membaca tentang buat duit online. Berbanding dengan website yang berkongsi tentang “benda menarik”, orang akan meluangkan dan membuang banyak masa di dalam website tersebut untuk melihat sesuatu yang unik. Selalunya website sebegini mempunyai ramai pengunjung iaitu trafik yang mana boleh ditukar kepada duit.
Dapat Income USD Dengan Website Viral
Mungkin anda masih lagi tidak jelas. Saya berikan anda 3 contoh “website viral malaysia” iaitu http://thevocket.com/, http://www.siakapkeli.my/ dan juga http://penpatah.blogspot.my/. Saya pasti anda mengenali salah satu website tersebut atau ke semuanya. Sekarang saya juga pasti yang anda sudah faham akan apa maksud kepada WEBSITE VIRAL yang ingin saya sampaikan kepada anda. Sebenarnya website sebegini di luar negara ada sangat banyak kalau anda hendak tahu.
Ada 2 cara bagaimana anda boleh buat duit dengan website viral sebegini. Yang pertama anda bina website viral dan siapkan website ini sampai ianya berjaya menjana pendapatan. Dan kemudian anda jual di Flippa untuk mendapat untung dalam USD. Tetapi pastikan kandungan yang viral adalah dalam english dan berita pasal luar negara. Dan yang kedua, anda tidak menjualnya tetapi anda biarkan ianya menjana pendapatan bulanan untuk diri anda sendiri. Di bawah ini saya kongsikan ringkasan bagaimana anda boleh membuat website viral anda sendiri:
Cara Membuat Website Viral Anda Sendiri
- GoDaddy – Ramai blogger yang mahu buat duit USD membeli domain di sini kerana murah
- A2Hosting – Hosting ini dicadangkan kerana ianya mempunyai sistem yang kuat untuk menarik trafik
- ViralPlugin – Ini adalah PLUGIN WAJIB. Plugin ini akan menarik artikel dari website viral popular english dan menyimpan “draft” dalam website anda. Yang perlu anda buat adalah memilih artikel yang anda mahukan dan kemudian publish di blog anda. Mudah cerita plugin ini menukar website viral anda menjadi autoblog
- ViralThemes – Theme yang sesuai diperlukan untuk memaparkan artikel viral yang anda mahukan.
Anda boleh ikuti 4 step di atas untuk membina website viral anda sendiri. Website sebegini selalunya orang akan share secara sosial media. Lebih banyak trafik yang akan masuk. Untuk buat duit, anda daftar sahaja mana mana program pengiklanan yang membayar untuk cost per click (cpc) atau cost per miles (cpm). Cerita mudahnya begini, website viral selalunya akan berupaya menerima trafik yang sangat tinggi dan mudah pula anda menjana duit dalam USD dengan menggunakan mana mana program pengiklanan yang sesuai. Bagaimana? Anda sudah nampak peluang buat duit online? Mari cuba sekarang.