Saya ada terbaca artikel dari blogger Titan tentang orang Malaysia tidak pandai main Google Adsense iaitu tidak tahu cara buat duit dengan Google Adsense. Dan saya terfikir untuk berkongsi dengan anda akan pendapat saya dalam hal ini. Ini kerana saya sendiri berpengalaman mendapat pertanyaan yang sedemikian sehinggakan saya berasa “kesal” dengan tindakkan individu yang hanya membuat duit dengan menjual akaun Adsense tanpa mengambil tahu apa yang seharusnya blogger baru ini lakukan selepas akaun Google Adsense Approved.
Saya tahu dan saya juga setuju. Dan bukanlah menjadi tanggungjawab bagi penjual akaun Adsense tersebut untuk mengambil tahu tentang samada blogger tersebut tahu atau tidak cara untuk menjana earning pendapatan dengan Google Adsense. Paling tidak ada sedikit rasa kebertanggungjawab itu bakal mengelakkan pembeli akaun Adsense untuk berada dalam angan angan untuk membuat duit “WANG BESAR” sedangkan beliau langsung tidak tahu apa hendak buat selepas akaun Google Adsense Approved.
Penting Tahu Apa Patut Buat Selepas Google Adsense Approved
Begini, sebelum memberikan servis menjual dan membuka akaun adsense kepada pembeli (blogger baru) ini. Ada baiknya jika bertanya samada beliau faham atau tidak bagaimana untuk buat duit dengan Adsense. Jika tahu, maka teruskan servis tersebut. Dan jika tidak, ada baiknya memberikan nasihat dan sokongan terhadap apa yang perlu dilakukan dahulu sebelum mempunyai akaun adsense. Bukannya salah untuk mempunyai akaun adsense dahulu, tetapi ianya ibarat terus mahu mendaki puncak sedangkan langkah awal pun belum tahu bagaimana untuk bertindak. Ini rugi dan buang masa.
Saya sering dapat pertanyaan bagaimana hendak buat iklan Adsense, bagaimana untuk pasang iklan di blog, macam mana boleh dapat duit, apa itu trafik, kenapa saya dapat duit sikit, kenapa saya tak dapat duit, penatlah main Adsense, kenapa akaun adsense saya kena banned dan sebagainya. Bagi saya soalan soalan sebegini haruslah di katam dahulu. Ingat! Mungkin anda dengan mudah sahaja dapat akaun Google Adsense Approved tetapi mudah juga akaun adsense anda di banned. Jadi memang kena tahu sedikit sebanyak apa patut di jaga dan apa patut buat untuk dapat duit.
- Apply Google Adsense (pastikan Google Adsense di Approved)
- Bina blog samada percuma atau berbayar – Baca sini – Servis Buat Website
- Tips dapatkan dan tingkatkan trafik. Baca sini – Cara Tingkatkan Trafik
- Cara letak code iklan Adsense dalam blog
- Tips umum cara tingkatkan earning Adsense
- Cara setting Adsense Wire Transfer Malaysia untuk dapat duit terus ke bank tempatan
Bagi saya ianya memang suatu yang kelakar dan tidak patut berlaku apabila akaun Google Adsense Approved dan selepas itu anda bertanya macam mana hendak buat duit dengan Adsense. Nampak sangat anda langsung tidak mengambil tahu apa apa tentang atau membuat sedikit kajian dan bacaan awal sebelum anda memulakan langkah untuk buat duit selepas akaun Google Adsense Approved. Tidak mengapa, kesilapan yang berlalu biar berlalu. Mari baca ringkasan saya tentang cara buat duit dengan Google Adsense di atas ini. Selamat berjaya
13 Comments
ada akaun adsense tapi tak reti nak manfaatkan pun takda guna..umpama ada kail tapi x reti nak memancing……kena cari sifu juga..menuntut ilmu itu penting.
Pernah langgan servis buat Google Adsense akaun tu, banyak jugak saya beli dengan dia..haha kena banned selalu, dah faham dah, ada dapat tips dari dia tu yang seronok, malang blog masih baru. Sekarang dah support Bahasa Melayu, semangat balik..
diorang kena banyak belajar lagi la jawabnya.
walaupun dah 7 tahun berblogging, tapi memang tak berapa ambil tahu bab-bab ni, sebab bukan jenis nak buat duit dengan blogging. tapi bagus juga dapat tahu
senang cerita kena beli panduan dia kalau tak pandai dan masih blur2 lagi..
betul tuh
ohhh macam tu pun boleh eh?
yep boleh
best kalau dapat kelulusan kena kita uruskan blog dengan bersungguh-sungguh ya
itulah harapn semua kak suri
Memang seronok menjana pendapatan dari Google Adsense, harapannya agar suatu hari nanti saya juga berpeluang..
kalau kena cara, memang masyuk tuan
Akaun dh dapat, dah letak HTML kat Blog tapi still blank, putih je. Lepas tu cari punya cari dia kata akaun belum approve sepenuhnya. Haha. Masa tu gelabah gila. Nasib baik ada blogger lain yg membantu