Setiap tahun saya pasti, jumlah bilangan yang tamat sekolah dan tamat pendidikkan tinggi sangat ramai. Jumlah yang ramai ini pula akan berpusu pusu mencari peluang pekerjaan samada sektor swasta mahupun awam kerajaan. Dan salah satu benda WAJIB yang akan dicari oleh para pencari kerja adalah bentuk template resume yang akan digunakan untuk membuat resume kerja. Adakah anda tahu cara buat resume kerja yang betul?
Ramai yang tersilap apabila menyangka asalkan siap dan jadi. Tahukah anda yang resume kerja anda adalah satu bentuk atau “pintu” pertama yang akan di lihat oleh majikan sebelum membuat pilihan samada ingin memanggil anda temuduga kerja atau tidak. Mereka akan melihat gambar, prestasi akademik, aktiviti sosial anda, dan juga pengalaman bekerja anda. Jadi sudah tentu menghasilkan resume yang benar benar memikat majikan itu penting. Saya akan kongsikan PANDUAN cara buat resume dengan betul kepada anda sebentar lagi.
Ebook Panduan Cara Buat Resume Memohon Kerja Lengkap
Teringat saya akan cerita setahun lalu. Ada seseorang yang menghubungi saya melalui email dan meminta tolong saya samada resume kerja beliau itu betul atau tidak. Ini kerana beliau sudah hampir setahun lebih menganggur tidak dapat kerja. Yang lebih perit, beliau langsung tidak menerima panggilan untuk ditemuduga. Akhir sekali, beliau berpendapat yang masalah beliau ada kena mengena dengan resume beliau yang tidak mengikut format yang betul dan dikehendakki majikan. Sebab itu beliau cari rujukan cara buat resume yang betul agar beliau tahu di mana silap beliau. Susah juga bukan?
Saya berikan anda sedikit pandangan. Majikan ataupun pihak human resource (HR) adalah manusia seperti anda. Mereka terdedah kepada emosi dan tarikkan yang anda berikan pada resume kerja anda. Jika anda gagal dan tidak menghasilkan resume yang betul dan menarik perhatian, bagaimaanakah mereka mahu memilih dan memanggil anda untuk ditemuduga kerja. Anda buat yang terbaik, mereka lihat bahagian depan sahaja mereka tahu anda bersungguh sungguh untuk “menjual” diri anda dengan kelebihan yang ada. Majikan pasti rasa teruja ingin kenal siapa anda bukan?
Saya sarankan adalah lebih baik anda dapatkan Panduan Rahsia Resume Kerja ini. Ianya lengkap dengan modul cover letter surat iringan, pelbagai contoh resume dan juga pelbagai template resume (ready made). Anda terus boleh gunakan, edit dengan maklumat anda dan berikan pada majikan. Mudah sahaja bukan? Panduan ini akan membantu anda cara cara buat resume dengan betul dan anda juga dapat melihat pelbagai jenis resume lain supaya anda dapat mengetahui apakah asas resume itu sendiri yang telah terbukti digunakan di lapangan kerja. Kalau anda berminat, sila klik pada banner di bawah. Selamat bekerja kawan.