Sebelum ini saya ada menulis tentang saya menghadiri seminar Dato Dr Nazri Khan kali kedua. Ianya bertujuan untuk memperbaharui lagi apa yang saya perlu faham tentang potensi pelaburan saham di Malaysia dan juga luar negara. Hasil dari pengalaman tersebut, sedikit input telah saya kongsikan dengan rakan sekerja dan beliau berminat untuk membuka akaun iTrade CIMB di CIMB Trading Securites. Untuk maklumat anda, kos untuk membuka akaun pelaburan saham adalah semurah RM10 SAHAJA belum termasuk gst. Murah bukan?
Mesti akan ada yang tanya kenapa perlu labur saham. Tidakkah ianya berisiko tinggi. Ya betul pendapat anda itu tetapi sebenarnya anda boleh kurangkan risiko kerugian dengan syarat anda mestilah mempunyai ilmu. Dengan ilmulah anda akan tahu cara mengurangkan kerugian dan meningkatkan keuntungan anda. Rugi dan untung itu adalah pasti. Itulah dia bisnes dan perniagaan. Kalau hendak untung sahaja dan tidak mahu rugi, mana ada perniagaan macam itu. Kalau ada pun sudah pasti ianya adalah SCAM.
Daftar Akaun CDS iTrade CIMB
Anda seorang melayu? Mari saya bagi fakta kepada anda. Dalam KWSP ada 6.7 pencarum. Dari 6.7 juta pencarum, 4 juta hanya mempunyai baki simpanan dalam kwsp sebanyak RM50K sahaja. Dan dari 4 juta pencarum yang mempunyai simpanan di bawah RM50K ini, sebanyak 70% daripadanya adalah bumiputera. Sebab itulah kerajaan galakkan golongan bumiputera melabur. Bila cakap pasal melabur, kita ada Tabung Haji, KWSP, ASB, Unit Trust dan juga Saham. Tetapi untuk membuat untung dengan besar anda harus memilih melabur dalam kaunter saham di Bursa Malaysia.
Mari saya bagi fakta lagi kepada anda. Kita ada lebih kurang 1000 kaunter saham di papan Bursa Malaysia. 70% darinya adalah patuh syariah. Hanya 4-7% bumiputera sahaja yang mempunyai akaun saham di Bursa Malaysia. Sangat sedikit. Bukankah bumiputera termasuk melayu adalah senarai 60% di dalam Malaysia ini? Bursa Malaysia adalah lubuk duit paling besar tetapi bumiputeralah yang paling sedikit join dan ambil tahu. Pandai pandai fikir sendirilah.
Step Langkah Membuka Akaun iTrade CIMB
- Pergi ke mana mana bank investment trading. Contohnya CIMB Trading Services
- Bawa photostat IC, 3 bulan penyata bank dan 1 salinan penyata kwsp (epf)
- Kos bayaran untuk membuka akaun iTrade CIMB adalah RM10.60 termasuk gst
- Minima 2 minggu untuk akaun anda di aktifkan
- Anda perlu simpan maklumat username, password dan trading pin dengan selamat
Akaun iTrade CIMB ini juga sebenarnya juga disebut sebagai akaun cds cimb. Kalau anda orang cakap hendak buka akaun cds itu maknanya dia cakap hendak buka akaun trading untuk melabur saham lah itu. Di mana hendak pergi bank yang ada buka akaun trading saham? Sila klik link ini untuk melihat lokasi dan nombor telefon bank berkenaan – [ Senarai Investment Bank Malaysia ]. Call dahulu dan bertanya bank yang berdekatan dengan anda yang ada servis buka akaun trading. Dan tanyakan apakah dokument yang perlu anda bawa dan siapkan sebelum ke sana. Itu sahaja.