Semalam saya mendapat komen dari pembaca blog ini yang meluahkan keadaan beliau yang sedang di dalam keadaan “menganggur” iaitu tidak ada pekerjaan. Dan beliau sangat sangat berterima kasih kerana saya ada menulis artikel berkenaan template resume percuma yang memudahkan urusan beliau ketika mahu mencari kerja kosong di mana mana syarikat. Saya penulis artikel sudah pasti berasa terharu ketika mana penulisan kita di blog memberi menfaat kepada orang lain diwaktu memerlukan. Adakah anda juga di dalam fasa sedang cari kerja kosong?
Kenapa saya hendak menulis artikel berkenaan isu ini? Sebabnya saya sendiri pernah melalui zaman dan fasa pencarian kerja yang sama juga. Rakan semasa belajar ramai. Rakan semasa bekerja juga ramai. Tetapi rakan yang mahu membantu ketika kita susah dan memerlukan bantuan pertolongan boleh di kira dengan jari. Tidak ramai yang sudi. Mungkin kerana takut periuk nasi mereka terganggu, atau tidak mahu melihat kita lebih berjaya dari mereka dan sebagainya.

Antara Kilang Gaji Mahal Yang Ada Di Pulau Pinang
Jenis Cari Kerja Kosong Yang Perlu Anda Tahu
Saya bukanlah pandai dan pakar di dalam masalah cara mencari kerja kosong ketika anda menganggur ini. Namun dari pengalaman yang kecil ini, mungkin saya boleh berkongsi sedikit buah fikiran yang mungkin boleh memberikan anda idea tentang skop dan jenis pekerjaan yang boleh anda cuba cari selepas ini. Kadang kadang, lebih banyak membaca boleh berikan anda beberapa jenis pandangan yang membuka luas minda anda tentang alam dunia pekerjaan ini.
PERTAMA sekali saya minta tolong dengan anda untuk membuang jauh jauh yang anda kena cari dan dapatkan kerja yang layak dengan jurusan kursus yang pernah anda ambil sebelum ini. Ianya bukan salah mencari kerja yang sama bidang dengan apa yang anda belajar dahulu. Cumanya saya tidak mahu anda menyempitkan skop cari kerja kosong ini nanti. Kalau anda ambil jurusan akaun masa belajar dahulu, tidak salah anda kerja di dalam ofis sebagai human resources (HR). Yang penting gaji anda dibayar selayaknya dengan sijil yang anda ada. OK!!!.
Kerja Kosong Konvensional
Kerja kosong gaya dan kaedah konvensional adalah cara cari kerja kosong mengikut kaedah lama dan kerja di syarikat yang umum orang kebanyakkannya bekerja. Anda boleh mencari kerja kilang, McD, KFC, syarikat, stesen minyak, bank, kerja kerajaan dan yang sama waktu dengannya.

Aplikasi Grab Driver adalah permulaan untuk buat duit dengan Grab
Kerja Kosong Jenis Kerja Sendiri
Ada sangat banyak kerja sendiri yang boleh anda lakukan. Samada ianya memerlukan kos yang percuma ataupun berbayar. Jenis kerja sendiri seperti berniaga makanan minuman, kerja bawa GRAB, kerja servis hantar makanan seperti FoodPanda, kerja bisnes pakaian, kerja jual simkad dengan menjadi dealer BeOne dan yang sama waktu dengannya.
Kerja Kosong Online
Kerja kosong jenis online ada kerja gaya baru. Anda boleh buat duit dengan blog seperti program affiliate, bisnes online di Lazada dan juga Shopee, buat dropship online di media sosial, buat duit YouTube dan yang sama waktu dengannya.

Youtube studio memaparkan channel saya mendapat RM500 sebulan
Apa yang saya kongsikan di atas ini adalah 3 jenis peluang kerja kosong mengikut kategori yang ada. Terpulang kepada anda untuk menghuraikannya lebih meluas tentang jenis jenis pekerjaan di dalam 3 kategori yang saya kongsikan tadi.
Saya faham, bukan semua orang selesa di dalam keadaan menganggur. Mungkin kerana desakan hidup, keluarga, saudara, rakan dan jiran jiran dan sebagainya. Lagi pula kalau anda sudah berusaha namun terasa mencari kerja itu susah dan seakan tidak ada peluang yang bakal memanggil anda untuk bekerja. Bagi saya, itu sudah sampai masa untuk anda berhijrah ke negeri lain. Jangan takut untuk berpindah untuk cari kerja kosong di tempat lain.
Nasihat saya kepada anda yang masih muda biasanya akan memulakan pencarian kerja dengan bekerja dengan orang lain dahulu untuk mendapatkan pengalaman. Maka siapkan diri dengan resume kerja. Selepas itu jangan lupa untuk memohon kerja melalui online seperti portal mencari pekerjaan. Kita kena ikut perkembangan semasa kalau tidak kita akan ketinggalan. Ini penting untuk memudahkan anda cari kerja kosong dengan lebih cepat. Faham ya. Apa apa pun saya mengucapkan selamat mendapatkan kerja yang sesuai dengan keadaan dan keinginan anda. BYE!!!.
Leave a Reply