Sebenarnya saya sendiri pun baru sahaja tahu akan perkara ini dan saya pasti masih sangat ramai yang tidak tahu akan tips dan teknik ini. Kalau smartphone android anda hilang atau dicuri apakah tindakkan yang anda boleh buat. Saya pasti jika anda yang pandai sedikit komputer pasti mencari cari software yang dirasakan dapat membuat “tracking” untuk mengesan lokasi melalui internet. Majoriti pasti gagal berbuat demikian kerana tidak berjaya. Akhir sekali berputus asa.
Cara yang selalunya orang lakukan kalau smartphone hilang adalah dengan membuat panggilan. Jika ada bunyi dering, maka berharap si “pencuri smartphone” akan baik hati untuk memulangkan kembali telefon anda atau paling kurang anda mahukan memori kad dan simkad anda semula kerana no telefon yang sudah lama anda simpan dan mempunyai kenangan manis anda bersamanya. Tetapi selalunya kalau telefon anda hilang, ianya tetap hilang.

Cara mencari smartphone android hilang atau dicuri
Smarphone Android Hilang – Bagaimana Mencarinya
Entah kenapa, saya beberapa minggu lepas ternampak akan servis dari Google untuk mengesan lokasi smartphone anda sendiri. Tujuan utama lebih kepada untuk TRACK lokasi smartphone anda yang hilang tanpa menggunakan aplikasi tertentu iaitu apps. Servis dari Google ini sangat penting. Dan saya sangat suka. Malah saya sendiri sudah mencubanya sendiri malah sangat berpuas hati dengannya. Mari saya ceritakan lebih ringkas lagi.
3 Kriteria Untuk Membolehkan Google Bantu Cari Phone Anda
- Smartphone android anda mesti mempunyai akaun Google yang bersambung
- Smartphone android anda mesti dalam keadaan online (internet on)
- Android Device Manger di smartphone mesti dalam keadaan ON. Selalunya setting ON
Selepas, 3 kondisi di atas di penuhi, anda perlu buka website dan masuk ke sini – [ Android Device Manager ] dan sign in menggunakan akaun gmail anda. Android adalah milik Google. Sebab itu ianya boleh mengakses aplikasi android smartphone anda. Harap maklum ya. Selepas anda masuk ke link yang saya berikan tadi, ianya autoimatik akan mengesan lokasi smartphone anda dengan memberikan alamat lokasi dan juga di paparkan peta (map) ke lokasi. Menarik bukan!
Jika smartphone anda tidak dijumpai dan hilang di rumah anda sendiri. Maka ada pilihan untuk klik “RING” untuk membuatkan smartphone anda berdering untuk membantu anda mendengar di manakah phone anda itu. Malah anda juga boleh LOCK dan ERASE data smartphone anda dari jauh jika bimbang ianya di salah guna oleh orang lain. Walaupun servis dari Google ini tidak begitu canggih. Namun bagi saya ianya sangat praktikal untuk membantu anda mengesan smartphone anda yang hilang atau kecurian. Selamat mencuba.
setiap pemilik smartphone wajib tahu adanya fungsi ini. kalau tak dapat kembali pun, dapat la tahu handphone tu ada kat mana.
Lama-lama nanti mesti akan jadi lagi canggih 😀