Salam kepada pembaca. Kepada anda yang telah membeli rumah. Tahniah buat anda. Dan kepada yang sedang mencari cara bagaimana untuk melangsaikan hutang pinjaman perumahan dengan cepat, saya juga mengucapkan tahniah buat anda. Ini kerana anda adalah seorang yang prihatian akan kewangan anda dan tidak suka untuk berhutang begitu lama. Pada kali ini izinkan saya berkongsi HANYA SATU tips yang boleh digunakan untuk selesai bayar loan rumah dengan lebih awal.
Saya pasti, zaman kini, ianya sudah satu kemestian atau kebiasaan untuk mempunyai loan rumah yang di ikat dalam tempoh 10, 20, 30 dan 40 tahun. Kesian kepada individu yang TERPAKSA membayar pinjaman rumah sehingga 30 – 40 tahun lamanya. Ini mungkin disebabkan kekuatan kewangan yang tidak mencukupi, harga rumah yang terlalu mahal dan juga faktor lain. Jadi apakah ada cara yang boleh dilakukan untuk cepat habis bayar loan rumah anda. YA ADA.
Bukti Teknik Bayar Loan Rumah Kaedah Ini Berjaya Cepat Langsai Pinjaman Rumah
Secara umumnya, hutang bayaran pinjaman rumah anda mengkehendaki anda membayar POKOK + INTEREST. Dengan kata lain sebagai contoh, jika anda membayar loan rumah sebanyak RM600 sebulan. Ianya mungkin bermakna anda sedang membayar RM100 (pokok pinjaman) + RM500 (interest). Apa yang anda nampak? Walaupun anda bayar RM600, sebenarnya anda HANYA membayar RM100 sahaja dari hutang pinjaman anda. Yang lebih adalah bayaran interest kepada pihak bank. Atas kesedaran inilah saya ingin berkongsi dengan anda akan teknik bayar loan rumah cara cepat.
Gambar diatas adalah pinjaman rumah RM150K. Tempoh bayaran selama 40 tahun. Bayaran extra RM500 sebulan menggunakan teknik di bawah dapat membuatkan loan rumah berjaya diselesaikan pada tahun ke-15. Jom baca di bawah untuk lebih faham.
- Soalan 1 – Selalunya apa yang orang akan buat jika mereka ada duit lebih untuk bayar rumah. Katalah bayaran loan rumah anda RM500 sebulan. Di tangan anda ada RM1000. Apa yang anda dan orang ramai akan buat?
- Jawapan 1 – Kebiasaannya anda dan orang lain pasti akan membuat bayaran terus 2 bulan iaitu RM500 + RM500. Dengan cara ini anda dapat cepatkan tempoh tahun pinjaman. Ini cara biasa yang dilakukan kebanyakkan orang
Cara di atas tiada salahnya. Tetapi ada cara bayar loan rumah yang lebih baik dari apa yang anda lakukan ini. Tips dan teknik ini dikongsikan oleh pihak bank sendiri kepada saya. Caranya adalah begini. Jika bayaran pinjaman rumah anda adalah RM500 sebulan. Jangan bayar RM1000 terus untuk 2 bulan. Apa yang perlu anda buat adalah. Sila bayar ansuran bulanan RM500 macam biasa. Tetapi RM500 yang baki sila bayar POKOK iaitu bayaran yang dibuat untuk bayar hutang pinjaman. Faham atau tidak?
Cepat bayar loan rumah dengan cara 2 kali sebulan (cadangan)
Begini. Anda bayar bulanan anda macam biasa. Duit lebih yang anda ada. Katalah anda ada RM500 dalam tangan. Apa yang perlu anda buat adalah, anda ke kaunter bank. Dan katakan yang RM500 yang anda ada itu mahu anda gunakan untuk membuat bayaran pokok terhadap pinjaman anda. Cara ini akan membuatkan pinjaman rumah anda akan cepat habis bayar.
Bukankah pada awal tadi saya beritahu jika anda bayar RM600 untuk loan rumah anda. Kemungkinan anda bayar adalah RM100 (pokok pinjaman) + RM500 (interest). Jadi pokok pinjaman anda hanya berkurang RM100 sahaja sebab dari RM600 yang anda bayar hanya RM100 sahaja anda bayar pokok.
Jadi bila anda ada duit lebih RM500 lagi. Jangan terus bayar cash. Yang perlu anda buat adalah beritahu kerani kaunter, yang RM500 anda ini adalah untuk bayar pokok. Jika ini yang anda buat, hutang pinjaman pokok anda akan berkurang RM500. Pinjaman pokok anda dengan cara ini akan lebih cepat habis di bayar. Dan sudah tentu tahun pinjaman anda akan berkurang dengan cepat.
MAAF, ini sahaja cara yang boleh dan paling mudah untuk saya sampaikan kepada anda. Harap anda dapat faham teknik bayar loan rumah yang saya cuba sampaikan kepada anda. Jika tidak faham, anda boleh turunkan komen dan saya akan cuba menjawabnya. Siapa yang hendak cepat habis bayar loan rumah. Sila gunakan kaedah ini. Apa apa pun sila tanya pihak bank loan rumah anda jika mereka menerima kaedah ini sebelum anda praktikkan. Selamat berjaya.
Tools Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Home Loan
Home Loan Calculator – sila klik link ini untuk membuat kiraan loan rumah anda
Apply Home Loan Online – banding pinjaman loan rumah untuk mencari loan yang sesuai
ASB Genius – dapatkan panduan asb untuk belajar cara cepat habis bayar pinjaman rumah
28 Comments
Salam,
Nak tanya maksudnya setiap bulan kene pegi kaunter bank untuk kurangkan pokok? kalau kita simpan 500x12bulan = 600 then kita pegi kaunter untuk kurangkan pokok bagus atau tidak..terima kasih atas jawapan.
Salam tuan .Nak tanya..adakah kaedah ini terpakai untuk loan kerajaan. Jika ia berapa pokok untuk loan tersebut?
Cara di atas dinamakan sebagai pengurangan principal. Saya juga menggunakan cara di atas.
Saya ada beli rumah pada bulan 7 tahun 2011. Ikat 20 tahun. Kalau ikut kiraan bank, loan tinggal lagi 16 tahun.
Dengan menggunakan cara di atas saya dapat reduce tempoh sebanyak 6 tahun. Kini loan saya dengan bank tinggal lagi 10 tahun ! Wow hebatkan?..
Saya takkan stop di sini. Dengan teknik yang sama saya anggarkan bayaran rumah saya akan setle dalam masa paling lama 5 tahun lagi… Tak sabar menunggu tarikh keramat…
Bagus kerana tuan berdisiplin dalam memastikan matlamat tuan tercapai. Walau bagaimanapun, ada alternatif yang tuan boleh pertimbangkan untuk melangsaikan pinjaman rumah tersebut dan punyai wang tunai berlebihan untuk membayar deposit rumah seterusnya.
Tuan
Boleh tak kalau bayaran extra untuk tolak principal tu dibuat secara online?
Saya pon nak tanya benda yang sama.. sbb via online tak boleh nk separate principle & interest..
kalau tuan tahu,
1. adalah maybank boleh terima cara ini walaupun jumlahnya kecil. cth monthly rm2000, saya ada lebihan utk bulan tu rm500. Jika saya pergi kekaunter, ada kemungkinan maybank akan layan saya untuk kurangkan pokok hanya rm500 pada bulan itu?
2. adakah jika saya bayar sekaligus rm2000+rm500 tiada penjimatan dalam pinjaman saya.
sila kongsi tuan, tq.
setiap bulan (dah hampir 2 thn) sy byr lebih 200 dari loan bulanan saya.. then last month sy tak sempat nak bayar on time.. bila check, dia dah tolak (paid). mungkin ambik dr byrn lebihan dulu2 kot.. saya rasa dia tak gunakan wang lebihan tu utk masuk dalam akaun pembayaran.. dah nmpk mcm letak tepi pulak..
Sebab tu kena bayar dikaunter dan mention untuk bayar principal. Kalau bayar online mereka akan asingkan sebagai advance payment
Salam sejatera,
Saya hendak bertanya..kaedah pembayaran untuk bayar pokok ini berkesan kepada bank hong leong?sbb hari itu saya hendak membuat cara pembayaran begitu,bayar installment bulanan..saya ada lebihan cash Rm500..apa bila hendak buat pembayaran pokok,org di kaunter memberi tahu yg mininum utk pembayar extra principal ialah 1k..tidak boleh Rm500..terima kasih admin..
terima kasih kerana kongsikan info berguna ni bro
tuan,
sy ingin bertanya,adakah teknik ini berkesan kepada bank seperti hong leong bank? Awal bulan lalu,sy telah membuat pembayaran installment bulanan rumah sy,setelah membuat pembayaran,sy mempunyai baki duit rm500 utk membuat extra payment.Apabila sy ingin membuat extra payment utk menolak pricipal loan,permohonan sy d tolak..org di kaunter memberitahu,jikalau hendak membuat extra payment,,mininum mestilah RM1000 keatas..adakah teknik ini tidak semua bank akan terima?
ingin tahu..terima kasih tuan.
Salam hormat tuan, Bagaimana cara nak deal dengan bank untuk bayaran interest tu yer ? Perlu beritahu kat kaunter bank, yang ni untuk bayaran interest sahaja ?
Tengah search info macam mana nak kurang bayaran loan rumah sebenarnya.
bayar extra untuk prinsipal dlm 6 bulan skali pun ok. klu sebulan ada extra rm500 dlm 6 bln bleh dpt rm3000 bayar prinsipal. penat juga nak ke bank sebulan skali.
ada tak calculator online yg boleh kira belen pinjaman setelah guna kaedah ini?
Assalam,
Saya penjawat awam dan pembayaran perumahan adalah melalui pemotongan gaji secara automatik setiap bulan (standing instruction).Apakah pilihan alternatif untuk kategori sebegini?
xda masalah, teruskan, cuma kalau ada duit lebih pergi ke bank dan tanya boleh x bayar duit pokok pinjaman, kalau boleh buat bayaran tambahan khas utk pokok
SALAM SEMUA
SOALAN SAYA BOLEHKAH SAYA GUNAKAN AKAUN 2 KWSP UTK BAYAR DUIT POKOK
x boleh, yang boleh adalah dapatkan akaun kwsp 2 dan gunakan bayar duit rumah secara manual, dan dari situ baru boleh bayar pokok
Memang benar apa yang dikongsikan di atas, perkongsian ini boleh membantu ramai tuan rumah mengjimatkan sedikit duit titik peluh dan pendekkan tempoh pembayaran rumah. Tetapi, ada sesuatu yang ramai tuan rumah tidak ambil perhatian iaitu, sepanjang tempoh pembayaran yang masih ada, di dalam ada perjanjian dengan kadar pinjaman asas(BLR) atau kasar asasBR)
Dalam tempoh yang masih ada, adakah BLR / BR akan naik atau turun? Jangan lupa, hasrat anda untuk tambah RM500 adalah untuk menjimatkan kadar faedah. Tahukah anda apabila kadar faedah(BLR) naik hanya dengan 0.25%, RM500 yang anda tambah setiap bulan akan cair di dalam interest dan ia tidak lagi bantu anda jimat, malahan tempoh pembayaran anda barangkali akan dipanjangkan sekurangnya 25 bulan (bergantung dengan jumlah pinjaman)
#blrmanagement
Salam tuan Brandonlsy, boleh x kongsikan di sini dengan kami bagaimana untuk jimat interest
Tq for info…ilmu yg bermanfaat
terima kasih, sama sama umi
ssalam admin…
sy baru membeli rumah dgn bayaran bulanan RM1390, tpi biasanya sy bayar lebih jdi RM1400
mcm mana kita nk tahu bayaran pokok loan rumah dri jumlah sebanar RM1390 itu.
Salam admin sy biasa bayar bulann rm810 berapa ye kna bayar duit untuk bayaran pokok
kena guna calculator loan rumah, nanti NUR akan tahu berapa interest dan pokok yang mereka kenakan
Izinkan saya share ya. Terima kasih.
sama sama