Adakah anda memesan dan membeli barang secara online. Dan kemudian anda tunggu barang (parcel) tersebut berhari hari. Anda buntu dan tidak tahu samada barang tersebut sudah sampai atau tidak. Dan anda pun bertanya kepada pengirim (sender) dan bertanya mereka adakah betul mereka sudah menghantar barang pesanan tersebut. Ternyata mereka sudah hantar. Jadi di sini, salah dimana? Adakah kerana anda tidak mendapat apa apa notis dari pihak pos laju atau sebenarnya anda tersalah alamat. Boleh jadi. Kalau diberi tracking number, anda sebenarnya boleh track barang pos laju secara online.
Kebiasaanya, jika barang pesanan yang anda pesan melalui pos laju, pihak pos laju akan ke rumah anda dan menghantar terus ke depan pintu rumah. Jika dipanggil beberapa kali tiada orang dirumah, selalunya pintu rumah akan dilekatkan notis surat yang menandakan barang sudah sampai tetapi anda tiada dirumah. Oleh itu anda perlu bawa surat notis tersebut dan boleh mengambil barang tersebut di pejabat pos pada alamat yang diberikan. Jam masa anda boleh mengambil barang di pos laju pada hari yang sama barang sampai adalah pada pukul 6.30 petang – 7.30 malam (kalau tidak silap).
Cara Track Barang Pos Laju Secara Online
Namun, ada keadaannya pihak pos laju tidak menampal notis tersebut di pintu rumah anda. Jadi anda tidak tahu samada barang sudah sampai atau tidak. Jadi anda perlukan “tracking number” dari pihak penjual atau pengirim yang mengirimkan barang kepada anda. Dengan “tracking number” tersebut anda sebenarnya boleh check dan track barang pos laju samada sudah sampai dikawasan anda atau belum. Contohnya anda tinggal di Butterworth Penang dan barang tersebut dari Kluang Johor. Kalau semasa anda track barang pos laju secara online dan dinyatakan barang sudah ada di Butterworth Penang, ini bermakna, barang anda sudah sampai di tempat anda.
Bagaimana untuk track barang pos laju secara online? Mudah sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, sila dapatkan “tracking number” dari pengirim anda. Dan kemudian masukkan nombor tracking tersebut di laman web online Pos Laju di bahagian “track & trace”. Hanya perlu masukkan maklumat nombor tracking dan tekan “track”. Anda akan di paparkan maklumat semasa barang anda. Anda boleh lihat contoh pada gambar di atas.
Link Untuk Track Barang Anda di Pos Laju – [ http://www.poslaju.com.my/track-trace ]
Ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Selalu saya dapat barang terus sampai rumah. Kalau saya tiada di rumah pun saya pasti akan dapat notis yang menandakan barang sampai ke rumah tetapi saya tiada di rumah dan saya perlu ambil barang di pejabat pos laju. Tetapi kali ini tiada. Ianya membuat saya tertunggu tunggu beberapa hari. Akhir sekali dengan resit “tracking number” yang saya terima, saya track barang pos laju saya secara online di laman web pos laju. Dari maklumat yang dipaparkan, rupa rupanya barang saya telah sampai beberapa hari lalu. Jadi apa perlu dibuat? Saya terus singgah ke pejabat pos laju dan mengambil barang. Sekian..
61 Comments
terbaikkk. good info..!
thanks
Salam.. Maaf mengganggu, baru-baru saya ada menempah barang dari Miami,Florida.. Barangan dihantar menggunakan cargo express. Tetapi yang saya risau tentang alamat yang saya berikan itu sedikit salah.. Tertulis barangan itu akan sampai dalam masa 2 hingga ke-3 hari.. Saya sudah tunggu barang itu dalam masa yang ditetapkan tetapi barang tidak sampai.. Apakah yang harus saya lakukan. Mohon admin beri beri penjelasan.
Ishan ni pendapat saya. Pertama sekali, periksa Cargo Express itu kamu hantar ke mana. Maksud saya negeri dan daerah mana. Selepas itu, bawa IC dan pergi ke pusat cargo express yang dialamat itu, dan tanya di kaunter mereka,
sbb bagi saya, kalau x sampai sbb alamat salah, mereka akan letakkan di gudang mereka, jadi anda pergi ke gudang cargo express yang kamu alamatkan tmpt kamu
contoh alamat kamu adalah klang, selangor, maka pergi ke cargo express yg menjadi wakil alamat kamu, pasal salah tu cerita lain, kamu minta bantuan di sana, rasanya mereka boleh tolong
saya ada guna perkhidmatan pos laju pada 14/5/2018 tapi dah 2 hari surat tak sampai…kalau cek guna tracking number barang kat pusat mel nasional.surat saya itu amat penting.tolong bagi feedback pd masalah saya ini
Salam Nur, pos laju kalau lambat 2-4 hari itu adalah normal. Kadang kala dia dah sampai ke pejabat pos awal tetapi pusat pos pula lambat nak hantar sebab terlalu banyak sangat benda yg nak dihantar, ini adalah normal. Bagi saya, kalau paling lambat pun adalah 5 hari
Admin..kiriman paket saya dari indonesia bila sampai malaysia..
Sudah 5 hari belum sampai sini
Nomor resi EE167314318iD
Terima kasih
nak ambik barang dekat pos laju kene bg ape2 dokumen ke? sebab barang dh smpai pagi ni check online… esok dh sabtu ahad.. brang urgent
kalau barang tak sampai,lepas tuh sudah kena letak dekat office pos laju, sebab tersalah alamat ,boleh tak kita berikan alamat yang baru kepada mereka? Supaya dihantar ke rumah?
Masalahnya, dah tulis number tracking tp still tak keluar apa2, dah seminggu tunggu brg xsampai2 lg ?
kalau dah isi betul dan x keluar, maknanya barang kemungkinan belum di hantar atau ada kesilapan di pejabat pos
Kenapa tak boleh ambik barang pada hari ini .. Walhal notis bru dapat tengah hari waktu bkerja .. Balik keja tadi tgk ad notis .. So , bila nk tuntut barang, pihak pjbt pos kata ambik besok .. Nak tya lebih2 tadi anak dlm keta sorg2 tgh tido ..
Kadang kala itu terjadi kerana barang yang sampai kepada tuan ketika tuan tiada dirumah, dan barang tersebut dipulangkan semula ke pejabat pos kembali. Dan dalam masa yang sama barang tersebut bercampur dengan barang barang lain yang belum disusun. Jika tuan mahu ambil ketika itu juga, mungkin mengambil masa yang lama kerana perlu mencari barang yang belum disusun ke tempat yang sepatutnya. Tidak mengapa, esok ambil pasti boleh
Saya hantar barang saya di UiTM Puncak Alam. Dalam track, barang saya sepatutnya dah sampai di Kapar,Klang. Tapi barang tu akan dihantar ke pejabat pengurusan kolej dan pejabatnya hanya buka pada 8pg-5ptg. Dalam catatan track pos laju, barang saya dihantar pada pukol 7ptg dan saya memang tak dapat notis tanda barang sudah dihantar. Adakah saya perlu ke pejabat pos atau pihak pengurusan itu sudah simpan barang saya tanpa memberitahu saya?
kalau barang smpai kat rumah..tapi org tak dak..kita kna p amek kat pjbt pos kn nnt? depa bg notis tak suruh p amek kat sna?
Traking no strt dari 5 tu pos ape
Suda cuba tracking number tapi masih tiada tekod
kalau xda rekod mungkin bermakna belum di masukkan lagi dalam sistem, atau tunggu hari isnin baru check sbb mungkin mereka cuti, so x proses barang
seller ckp die pos hri rabu pthu die dh bgi no track…tpi bile check x ade record…ape perlu buat
Assalamualaikum.. dh sbln sy xdpt brg..hritu dh smpai pos laju mchang..skrg dh delivered ke mohd..hurm. cmne nk dptkn blim brg tu ye….?
En299429439my sekarang ni ada pos Tawau sabah belum lagi hantar pos semporna sabah
Nak tanye..Berkenaan dengan kes saye..brg dh dipos..tetapi tracking id xda dalam sistem.(no record found).adakah pihak poslaju tetap juga mghantar brg yg dipos ke tempat alamat walaupun x de update dalam sistem..mohon pencerahan..
Adakah anda baru hantar? kalau xda kena tgk 2 hari lepas tu, lagi satu kena ingat yang sabtu ahad tu hari cuti, x leh dikira sebagai hari bekerja
Saya tersalah beri alamat, tetapi number phone betul. Kalau dia tak dapat cari alamat salah tu. Pos laju akan call saya ke. Macam mana saya nak tuntut barang yg saya beli? Mohon pencerahan
Anda kena dapatkan no tracking dari penjual yang hantar barang tersebut, dan kemudian pergi ke pejabat pos laju dan menuntut barang anda, itu sahaja. mereka kadang kadang call, kadang kadang x call, jadi adalah lebih baik ambil terus di pejabat pos
Kalau Tak Ade no tracking Tak bleh ambil barang kh?
x boleh bos, kecuali berikan nama dan no ic
Assalamualaikum boleh ke guna alamat pejabat pos untuk barang yg saya order.saya tak mahu guna alamat rumah atas sebab2 tertentu
Saya ada beli barang secara online saya cek no.tracking number barang dah sampai tetapi saya tiada dirumah sepatut poslaju akan tinggalkan notis tetapi poslaju tidak tinggalkan apa-apa notis jadi soalan saya macam mana saya nak tuntut barang saya? Cakap no.tracking dan tunjukkan ic ke
Ya betul, pergi ke pejabat pos, berikan no tracking. Itu sahaja. Selepas mereka jumpa barang tersebut, mereka akan minta no IC untuk kompemkan yang barang tersebut anda ambil. itu sahaja
Assalam… sepayutnya barang post yg dkirimkn oleh kawan kpd dah sampai.. bagaimana nak memastikan barang sy dah.. sy buntu… hanya dpt no resit dr kawan sy tu… no tracking tak ada
Assalamualaikum boleh ke guna alamat pejabat pos untuk barang yg saya order.saya tak mahu guna alamat rumah atas sebab2 tertentu.
ya boleh, tiada masalah
salam , saya ada beli brg nama saya , tapi alamat makcik saya. saya dah check no tracking tu , barang x berjaya dihantar . saya ada tanya makcik saya , ada x dapat notis dr pos laju . dia kata x ada. mcm mana ye ? boleh x orang lain yg tolong ambilkan brg kita kat pejabat pos ?
kena pergi atau call pejabat pos, berikan no tracking, dan tanya dimanakah barang tersebut. mudah cerita dapatkan info dari pejabat pos tentng lokasi dan keadaan sebenar barang tersebut untuk lebih faham, orang lain ambil barang kita x boleh sebab mereka perlukan notracking dan ic
salam ,saya ada beli barang tapi atas nama alamat sepupu sy ,no pon sendiri tapi sy sendiri nak ambil di pejbat pos mcm mane ,boleh ke?
ermm, saya x pasti, tetapi nama dan ic barang tu kamu punya ke, kalau kamu punya boleh jer
Assalam… sepayutnya barang post yg dkirimkn oleh kawan kpd dah sampai.. bagaimana nak memastikan barang sy dah.. sy buntu… hanya dpt no resit dr kawan sy tu… no tracking tak ada
no resit tu mcm mana? no resit pembelian ke, kena minta no tracking, kalau x boleh juga, pergi sahaja minta tolong di pejabat pos berdekatan dan bawa ic
Assalamualaikum, sy nk tnya ni… bru2 ni sy ada beli barang kat lazada, ni tracking no barang sy tu EM960887891MY. Sy dh bagi alamat lengkap di sabah, tp brang tu dh smpai kat tmpat org lain di Betong sarawak plak tu. Mcmna nk buat report mgenai masalah ni?
check balik alamat rumah bro kat Lazada, betul ke x, kalau betul, pergi ke pejabat pos dan beritahu mereka, pandailah mereka uruskan nanti
Salam…hari Sabtu,Ahad,Isnin dan Selasa ni pos laju cuti ke?sebab saya check tracking no. Barang tu masih kat pos laju tempat pembeli…belum lagi diserahkan…adakah pos laju cuti hari tersebut?
pasal cuti atau x kena check kat tempat tu samada mereka cuti atau x, kadang mereka x cuti tp lambat proses
seminggu dah tak sampai lagi barang , call ofis tak angkat , tolong suruh depa hantaq dgn segera , pos laju sepatotnya cepat , tp dah seminggu tak sampai pastu lambat2 nk sampai dari 1 tmpt ke 1 tmpt
seminggu dah tak sampai lagi barang , call ofis tak angkat , tolong suruh depa hantaq dgn segera , pos laju sepatotnya cepat , tp dah seminggu tak sampai pastu lambat2 nk sampai dari 1 tmpt ke 1 tmpt
kena tgk sebab sebab, mungkin lambat sampai, mungkin sebab banjir sblm ni, mungkin pengurusan terlalu sibuk, nak mudah, datang ke pejabt pos bila dah sampai dan tanya apa masalahnya, x selalunya begitu, kadang kadang jadi mcm tu sebab ada sebab
salam…knpe barang sy blum smpai ..dah lima hari dah .tracking no er027174243my ,tp sy dah cek tp blum brgerak pos lju tu.knpa ya.?
kadang sbb ada masalah di pejabat pos, mungkin hari cuti, mungkin jalan jem sebab banjir, mudah cerita, adalah isunya, cumanya biasanya xkan lambat dan mesti cepat kecuali ada isu
Sila perjelaskan sikit psal post urgent
dapatkan no tracking, check online untuk tahu status lokasi barang tersebut
TOLONG CEK LG244795163MY .KENAPA BELUM HANTAR
kalau saya check, nampaknya barang kamu dah hantar lama dan masih hantar, nasihat saya sila ke pejabat pos laju mana mana dan berikan nombor tracking kamu, mereka akan dapat kesan status barang kamu lebih detail
Salam..nk tnya sya ad tmph barang..no traking yg sya dpt brng to hntar kt org laen.mcm mna nk tw no traking to hntar barang ap ya..atau no traking to slp.
salam . barang saya maybe petang ni smpai ke tmpt saya iaitu mrsing . pkul 1.55 td sye cek online brg sye di kluang baru keluar out utk delivery ke mersing . andai kata saya cek online dan barang saya sudah berada di tempat saya . boleh tak saya terus ambil barang di pejabat pos
tumpang tanya cm mn nak tau barang yg kta beli kt lazada hntar kt mn arh???
Saya x dapat tracking num dr seller .ade kaedah lain x nk dapatkan tracking num tu?
Saya nak tanya ” Item delivered to mira ” maksud nya dah sampai dekat orang dia atau belom sampai ya? sebab barang tu dekat cheras and still tak bergerak
dah lama ka, kadang (maybe) dia update awal untuk tunjuk progress, kita sendiri x dapat lagi. Better call pos laju sana dan berikan no tracking, minta di check terus
Nk tanya barang sy sudah sampai pd 17 0321 cek tracking barang brd kastam brp lama pula kena tunggu boleh info sikit
Sudah Chek sek statusnya ditangan kastam