Adakah anda tahu akan cara untuk mengelakkan Content Blog Di Copy oleh orang lain? Pada asasnya perbuatan isi kandungan blog disalin oleh orang lain tidaklah suatu kesalahan yang sangat besar. Ini boleh jadi jika kandungan yang hendak di copy (salin) ini digunakan untuk tujuan pendididkkan, kegunaan pembelajaran dan tugas menyiapkan kerja sekolah mahupun assignment di Universiti. Saya sendiri semasa mula mula berblogging dahulu sangat tidak suka akan sebuah blog yang tidak membolehkan kandungan artikel mereka untuk di salin. Bagi saya ianya menyusahkan. Malah saya tidak faham akan perbuatan blogger tersebut.
Ada kalanya kita mahu “highlight” akan sesebuah perkataan itu dan kemudian membuat carian diinternet samada tentang isu terkini ataupun maksud kepada perkataan tersebut. Perbuatan blogger yang “disable” dan tidak membenarkan artikel untuk dicopy sangat menyusahkan. Tetapi kini saya terpaksa menerima yang ini dipakai oleh sebilangan blogger kerana faktor faktor tertentu seperti Content Blog Di Copy oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Elak Content Blog Di Copy Dengan WordPress Plugin
Kenapa ini berlaku? Dan apa sebab sebilangan blogger tidak mahu kandungan artikel mereka disalin oleh orang lain? Didalam dunia blogging, ada individu yang tidak bertanggungjawab apabila mengamalkan amalan blogging dengan tidak beretika. Mereka membina sebuah blog semata mata untuk menarik trafik sahaja. Perbuatan menyalin 100% kandungan blog orang lain dan kemudian di “paste” diblog sendiri untuk menarik trafik adalah salah. Perbuatan ini sama seperti mencetak rompak. Orang lain yang penat penat menulis, orang lain yang dapat habuannya.
Ada ketikanya, ketika Content Blog Di Copy oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini, kadang kala terjadinya artikel yang di tiru itu mendapat trafik dan artikel original pula ditendang jauh dan menerima sedikit trafik. Ini secara tidak langsung memberikan kesan negatif kepada pemilik artikel yang sah.
Saya sendiri bercakap diatas pengalaman sendiri. Salah satu artikel saya menyumbang trafik yang tinggi melalui artikel dan juga “GAMBAR”. Entah siapa yang punya kerja, beliau telah menggunakan gambar milik saya didalam blog beliau TANPA KEBENARAN. Perbuatan beliau menyebabkan gambar milik saya berada di blog beliau dan kebetulan Google telah memilih gambar dari blog beliau untuk tajuk artikel yang sama. Apa berlaku? Trafik yang sebelum ini datang dari gambar dan masuk ke dalam blog saya mula berubah arah dan masuk kedalam blog beliau. Kesan dari itu trafik yang masuk kedalam blog saya menurun. Jadi sini anda nampak akan kesan apabila Content Blog Di Copy oleh orang lain dengan tidak beretika terpaksa dihalang.
Saya ada jumpa satu plugin yang sangat menarik. Plugin ini hanya sesuai bagi pengguna WordPress sahaja. Plugin ini apabila dipasang (install), akan menyebabkan content artikel anda tidak boleh disalin. Apabila ada individu ingin “highlight” sesuatu perkataan dan diikuti dengan “right click” pada tetikus, maka popup iklan akan keluar secara automatik. Popup iklan ini boleh anda setting sendiri dengan iklan milik anda. Mungkin anda boleh letak iklan jualan sebagai contoh. Apa yang terjadi? Artikel Content Blog Di Copy tidak akan berlaku malah kemungkinan besar anda mendapat hasil pendapatan pula dari iklan popup yang terpapar jika ada yang ingin membelinya. Menarik bukan?
Tekan Link di Bawah Ini Untuk DEMO (how this plugin works)
Jika anda berhajat ingin mendapatkan plugin ini dan suka dengan fungsi dari demo yang diberikan tadi. Anda boleh mendapatkannya melalui link dibawah. Anda hanya perlu klik pada “Click Here To Buy” untuk membeli dan mendapatkannya. Sebuah plugin yang sangat berguna. Sudahlah berkemampuan menghalang artikel Content Blog Di Copy, malah berkemampuan pula menyiarkan popup iklan milik kita sendiri. Fungsi 2 in 1. Selamat berblogging.
2 Comments
sangat bagus plug in supaya kes plagiat tidak dapat dilakukan sewenang-wenangnya!
dan yang lebih menarik siap ada iklan lagi pula