Dulu dulu kalau kotak parking kenderaan di bawah majlis perbandaran akan menggunakan sistem cas kaedah bayaran parking menggunakan palang meter berbayar. Kena masukkan duit syiling, dan setkan masa tempoh penggunakaan. Di kawasan kawasan lama di bandar masih ada lagi meter jenis ini. Namun kebanyakkan zaman sekarang sudah beralih untuk menggunakan kupon parking kereta kerana ianya lebih murah, lebih praktikal dan kurang kos bagi pihak berkuasa. Masalah palang meter parking kadang tumbang kena langgar, berkarat sebab hujan panas dan bermacam lagi masalah. Jadi penggunakan coupon parking adalah lebih baik.
Biasanya kupon parking kereta perlu digunakan di kawasan lot lot perniagaan, bandar dan juga mana mana kawasan yang mempunyai papan tanda kawasan parking berbayar milik majlis perbandaran. Pernah beberapa kali saya membuat kesalahan dengan tidak mempamerkan kupon letak kereta ketika parking kereta di bandar seperti di depan kedai makan, depan pejabat pos, dan juga di kawasan parking awam. Akibatnya memang dapat surat notis saman parking kereta dari majlis perbandaran.

Kupon Parking Kereta Majlis Perbandaran
Tidak boleh salahkan pihak majlis perbandaran juga. Mereka telah sediakan kawasan khas untuk kita meletak kereta/kenderaan kita. Kenapa perlu bayar? Sistem bayaran ini adalah untuk memastikan keadaan kawasan petak letak kenderaan dijaga dengan elok dan juga memastikan tidak akan ada orang lain yang sewenang wenangnya meletak kereta/kenderaan mereka sesuka hati tanpa limit masa yang dapat dipatuhi.
Dengan adanya sistem bayaran, orang akan parking kereta mereka mengikut keperluan mereka dan mengalihkan kenderaan mereka setelah selesai urusan dan memberikan orang lain pula untuk menggunakan kawasan petak parking tersebut. Inilah sebab kenapa pihak majlis perbandaran membuat sistem kupon parking kereta.

Kalau tidak dikenakan apa apa bayaran, rasanya sesiapa sahaja pasti akan mengambil kesempatan meletak kenderaan mereka dari hari ini sehingga esok atau sampai bila bila. Mereka akan buat petak parking mereka sebagai milik mereka selamanya. Sudah tentu akan mengganggu pengguna lain yang ingin menyelesaikan urusan mereka berdekatan kawasan parking berkenaan.
Sebenarnya kupon parking kereta bukanlah mahal mana pun. Contohnya di Pulau Pinang ini. Kos cas sewa parking majlis perbandaran hanyalah 40 sen untuk 1 jam. Kalau anda parking kenderaan anda selama 2 jam pun baru 80 sen sahaja. Biasanya urusan bank, pejabat kerajaan yang lain, urusan orang ramai paling lama pun hanya memakan masa tidak sampai 3 jam betul? Kalau 3 jam pun baru kena bayar RM1.20 sahaja. Rasanya cas parking seperti ini tidaklah membebankan pun.

Jadi bagi saya, ianya bukanlah satu alasan kalau kita tidak suka atau tidak mahu memakai dan mempamerkan kupon parking kenderaan pada kenderaan anda pun. Bukanlah sesukar mana. Dan bukanlah semahal mana pun. Samada anda terlalu malas atau tidak mengambil endah tentang isu semasa dipersekitaran tempat anda.
Panduan Menggores Kupon Parking Kereta
- Sila dapatkan kupon letak kereta di mana mana kedai 7 elevan, kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan parking kereta anda
- Sila goreskan Tahun, Bulan, Hari, Jam dan Minit iaitu waktu mula penggunaan
- Biasanya 1 kupon adalah untuk 30 minit atau 1 jam pengunaan. Kalau anda parking lebih lama dari itu, sila paparkan lebih dari 1 kupon letak kereta dan pastikan kupon seterusnya digores masa selepas berakhirnya masa kupon pertama
- Sila letakkan kupon letak kereta yang telah digores di atas dashboard kereta anda dan mudah dilihat oleh pegawai majlis perbandaran untuk membuat semakan.
Selepas kupon parking kereta digores. Sila letakkan diatas dashboard kereta anda. Pastikan ianya dipamer dan mudah dilihat oleh pegawai majlis perbandaran. Pegawa majlis perbandaran akan membuat rondaan pada kawasan parking berbayar dikawasan seliaan mereka. Mereka akan melihat kupon letak kereta yang anda letakkan di atas dashboard kereta anda.
Jika masa penggunaan masih di dalam masa yang anda tetapkan. Maka ianya adalah betul. Jika masa penggunaan parking melepasi had masa yang dipaparkan pada kupon parking kereta. Maka surat kompaun akan diletakkan pada cermin kereta anda dan itu bermakna kereta anda sudah kena sama kompaun parking kereta. Jadi bayarlah saman tersebut. Jelas ya.