Kalau dulu, orang on/off dengan potensi dan peluang buat duit dengan bisnes simkad kerana terpaksa memilih antara “buat duit” dengan “pakej telco” yang ditawarkan. Kita memang tidak akan dapat kedua duanya sekali. Salah satu yang kita pilih terpaksa bersetuju dengan kekurangan yang lain. Tetapi kini tidak lagi. Dengan menjadi agen Halo Telco misalnya, anda boleh mendapat kedua duanya dengan puas hati. Boleh buat duit dan dalam masa yang sama mendapatkan pakej telco yang sangat menarik. Mari saya jelaskan lagi kepada anda.
Biasanya, simkad prepaid boleh dikatakan murah dan berbaloi untuk dimiliki kalau ianya tidak disertakan dengan program yang boleh menjana wang melaluinya. Simkad tersebut seperti Maxis, Celcom, Digi dan UMobile. Simkad buat duit pula adalah seperti TuneTalk, RedOne dan juga XoX biasanya terpaksa mengenakan kadar panggilan dan data internet yang kurang bagus dan sedikit mahal. Ini kerana mereka terpaksa mengenakan kadar tersebut kerana perlu membayar komisen kepada ahli yang telah bersusah payah memperkenalkan simkad tersebut.

Kiraan potensi komisen tambah nilai topup sebagai agen Halo Telco
Jana Komisen Topup Prepaid Sebagai Agen Halo Telco
Mudah cerita, kalau anda mahu buat duit dengan bisnes simkad seperti ini, maka anda terpaksa berpuas hati dengan kadar call/internet yang dikenakan. Kalau mahukan kadar panggilan dan data internet yang murah, tetapi tidak boleh menjana duit pula melaluinya. Inilah yang saya katakan tadi yang anda tidak akan dapat kedua duanya sekaligus. Tetapi kini, masalah tersebut sudah tiada lagi dan anda mampu mendapat kedua duanya sekali jika anda menjadi agen Halo Telco. Berminat?
Untuk pengetahuan anda, saya sendiri sebelum ini beberapa kali asyik bertukar simkad kerana mencari 2 benda. Yang pertama duit dan yang kedua adalah pakej yang berbaloi dengan duit yang saya bayar. Tetapi simkad TuneTalk di bawah program Halo Telco ini mungkin akan menyebabkan saya akan terus setia menggunakan simkad prepaid Halo Telco ini. Semuanya kerana dua sebab. Di samping saya boleh menjana pendapatan melalui bisnes simkad, saya juga dapat menggunakan pakej telco yang sangat berbaloi ini. Betul berbaloi? Mari saya ceritakan.

Pakej langganan Halo Telco unlimited RM48
Saya memang dari dulu lebih suka kalau bill prepaid/postpaid bulanan hanyalah di bawah RM50 sahaja. Pakej Halo Telco yang baharu hanya perlu membayar langganan pakej sebanyak RM48 sebulan dan menawarkan kadar panggilan dan internet tanpa had! Cuba bayangkan, dengan pakej Halo Telco Unlimited serendah RM48 sebulan, saya boleh menjana pendapatan melaluinya. Memang terbaiklah.
Jadi macam mana hendak buat duit dengan simkad Halo Telco ini? Mari saya ringkaskan. Sebenarnya simkad Halo Telco adalah sebuah program menjana pendapatan. Ianya adalah sebuah simkad TuneTalk. Dan telco TuneTalk menggunakan rangkaian Celcom. Dengan kata lain, di mana ada line Celcom, di situlah simkad TuneTalk (Halo Telco) boleh digunakan. Pendapatan menjadi agen Halo Telco adalah hasil komisen topup dari downline anda yang menggunakan simkad Halo Telco. Berminat?
Bukankah saya katakan tadi, simkad Halo sekarang sudah ditawarkan dua benda yang menarik. Di samping boleh menjana pendapatan sebagai agen Halo Telco, simkad Halo juga menawarkan pakej telco yang menarik seperti yang saya ceritakan tadi. Jadi bagi saya, simkad Halo Telco tidaklah susah kalau anda ingin perkenalkan kepada orang lain. Bila kita ajak orang lain untuk buat duit dengan simkad Halo, pasti mereka juga mahu tahu tentang kadar panggilan dan pakej internet yang simkad Halo tawarkan. Disebabkan pakej telco Halo menarik, mesti mudah untuk menarik orang menggunakan simkad Halo ini. Setuju?
Baiklah kita pergi kepada tajuk utama. Komisen utama adalah komisen dari topup ahli downline anda. Di Halo Telco, pihak Halo memberikan komisen kepada agen Halo Telco mereka adalah seperti ini:
Komisen Agen/Dealer Halo Telco
- Level 1 – 10%
- Level 2 – 3%
- Level 3 – 2%
Cara Beli / Daftar Simkad Prepaid Halo Telco
- Halo Go – sila download dan install aplikasi Halo Telco terlebih dahulu
- Sila klik pada “Self Registration”. Sila isikan ke semua maklumat yang di minta
- Semasa di minta isi referral code, sila isikan nombor ini ya “H8ZJH7TW“
- Sila siapkan proses mengisi maklumat sampai proses pembayaran
- Harga simkad dan kos kos hanya RM9.90 sahaja
- Tunggu simkad dipos ke rumah anda. Selesai
- * Whatsapp – anda boleh whatsapp saya untuk lebih detail di [ Wan – 0174836797 ]
Anda hanya perlu fokus kepada komisen di Level 1 sahaja bagi saya. Level 1 adalah tanda dari usaha anda. Bila anda mengajak sesiapa untuk menggunakan simkad prepaid Halo Telco dan mereka di daftarkan di bawah anda, maka mereka berada di Level 1 downline anda. Katakan ada berjaya mencari 100 ahli downline di bawah anda iaitu sebagai downline Level 1. Dan setiap dari mereka melanggan pakej telco RM48 misalnya. Jadi komisen yang anda dapat dari topup ahli downline anda adalah RM48 x 100 orang x 10% komisen level 1 = RM480 sebulan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Biasanya kita sebut orang yang ingin buat duit dengan bisnes simkad sebagai agen, agent, dealer, rakan niaga dan lain lain. Tetapi di Halo Telco kami menyebut anda sebagai “Executive Partner”. Tetapi bagi saya sebutan yang mudah orang hendak faham adalah dengan nama penggilan agen Halo Telco sahaja. Saya adalah agen yang ada menjual simkad Halo Telco ini. Kalau anda berminat hendak membeli, menggunakan atau ingin menjadi agen Halo Telco, boleh hubungi saya melalui nombor Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!
aku memang tak ngam dengan celcom.
tak tahu kenapa.
haha