Close Menu
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
  • Home
Button
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
Home»Panduan»Cara Jadi Rider Misi Rakyat
Panduan

Cara Jadi Rider Misi Rakyat

adminBy admin16/11/2023No Comments4 Mins Read
Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Telegram Email

Baru baru ini viral berkenaan aplikasi food delivery yang mula meningkat naik kerana sentimen untuk menyokong produk keluaran buatan orang melayu. Hasilnya, founder aplikasi tersebut memaparkan jumlah sales harian yang sememangnya naik dari hari ke hari. Akibat dari viral tersebut, saya mula untuk install dan gunakan aplikasi Misi Rakyat untuk tahu adakah ianya berbaloi untuk digunakan atau tidak. Maklumlah, kadang kala lebih kepada hangat hangat tahi ayam sahaja. Kita nak support, tetapi apps tersebut mestilah ada visi yang jelas untuk ke depan. Itu adalah apa yang saya fikirkan.

Memainkan sentimen agama dan bangsa tak salah pun. Yang salah adalah menafikan bangsa lain. Sentimen bangsa adalah lebih kepada memberikan kesedaran terhadap sesama bangsa dan agama untuk membantu sesama sendiri agar ekonomi ummah menjadi lebih baik tanpa menganak tirikan bangsa yang lain. Alah, macam bangsa cina dan indialah. Mereka pasti akan mengutamakan dan membeli dari bangsa mereka. Cuma kalau tiada pilihan, barulah mereka membeli daripada selain bangsa mereka. Ini adalah normal dan bukan perkauman.

Runner Rider Misi Rakyat
Runner Rider Misi Rakyat

Panduan Daftar Runner/Rider Misi

Saya pun cubalah order di App Misi untuk membeli dan memesan makanan. Alhamdulillah, makanan berjaya dihantar dan sampai dengan selamat tanpa ada apa apa masalah. Jadi saya berkesempatan untuk bertemu dengan RIDER MISI. Rupa rupanya beliau baru hari pertama jadi rider kepada app Misi. Macam kelakar pula sebab saya sendiri pun baru pertama kali hendak gunakan app Misi. Kiranya masing masing baru pertama kali lah. Tidak mengapa, itu menandakan, ekosistem satu satu aplikasi food delivery mestilah datang nya dari sokongan pembeli, penghantar makanan dan juga peniaga makanan. Kalau semua ini tersusun, rasanya pasti tidak akan ada masalah.

Rider untuk servis food delivery sekarang sudah ada banyak pilihan. Ada Lalamove, Bekal, Tapau, Mangkuk Tingkat, GrabFood, FoodPanda dan lain lain. Jadi apa syarat untuk menjadi seorang rider kepada app Misi? Dan apa pula kelihan jika anda menjadi rider kepada Misi Rakyat?

Kelebihan Jadi Rider MISI

  • Upah Runner (Upah delivery 100% milik Rider)
    • Motor : RM4.99 / 5KM pertama. Seterusnya tambahan 90 sen untuk setiap 1KM
    • Kereta : RM8 / 5KM pertama. Seterusnya tambahan RM1.60 untuk setiap 1KM
  • Payout pantas dalam masa 24 jam dari saat request dilakukan pada hari bekerja
  • Anti Sidai : Runner diberikan masa persiapan order oleh vendor supaya runner hanya datang apabila order sudah hampir siap
  • Anti Prank Order : setiap pembelian di app Misi hanya melalui online bank in atau eWallet
  • Sistem Pasif Income : Rider/Runner dapat 1% seumur hidup dari database customer setiap kali customer tersebut membeli di Misi
  • Boleh buat secara partime mahukan fulltime. Kadar profit/komisen tetap sama dan tidak terjejas
Upah income komisen sebagai rider runner penghantar makanan Misi Rakyat
Upah income komisen sebagai rider runner penghantar makanan Misi Rakyat

Daftar Rider/Runner MISI

  • [ Daftar Misi ] – sila klik link ini untuk mendaftar aplikasi Misi
  • [ Aplikasi Android ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini
  • [ Aplikasi iOS ] – untuk pengguna android, sila muat turun aplikasi di sini
  • Selepas daftar, sila klik pada menu “Daftar Rider”
  • Pada paparan “Anda ingin bertugas di mana?”, sila buat cari lokasi tempat atau kawasan yang anda ingin kerja. 
  • Ketika memilih kawasan, anda akan dipaparkan samada;
    • Perlukan lagi XX Rider Offical – anda boleh klik link “Daftar” untuk mula mendaftar
    • Maaf, kawasan ini telah penuh – anda tidak boleh menjadi rider/runner Misi di kawasan ini
  • Jika kawasan tempat anda masih ada kekosongan, anda boleh klik “Daftar” dan anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diminta seperti Nama, No Tel, No Kad Pengenalan termasuk upload gambar kad pengenalan, gambar lesen memandu dan juga gambar selfie sambil memegang IC dan Lesen.
  • Anda pilih samada mahu jadi rider/runner motor atau kereta.
  • Dan akhir sekali sila klik “DAFTAR”
  • DONE!!!.
  • Anda akan dihubungi oleh Admin MISI di kawasan anda. Anda akan di interview oleh Misi untuk mengesahkan kelayakkan anda
  • Kalau lulus, anda perlu membuat bayaran RM150 untuk bayaran baju dan beg Misi
  • Kalau anda berjaya capai 300 order dalam 1 bulan pertama, anda akan dapat semula wang RM150 anda dan dapat lagi RM150 sebagai bonus.

Berbaloi atau tidak menjadi runner/rider kepada MISI? Jawapannya berbaloi namun bergantung kepada support ke semua ekosistem. Maksudnya kena ada support dari vendor iaitu kedai makan. Kena ada support dari rider iaitu penghantar makanan. Dan kena ada support dari orang ramai iaitu pembeli yang akan membeli makanan secara penghantaran delivery menggunakan app Misi. Kalau ekosistem ini lengkap dan menyokong satu sama lain, rasanya aplikasi Misi Rakyat boleh ke hadapan. Berminat menjadi runner iaitu rider kepada Misi? Sila daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.

delivery Misi misi rakyat rider Misi runner Misi
admin
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Related Posts

Cara Bayar Cukai Tanah Johor Online

13/11/2023

Cara Order Makanan Di App Misi Rakyat

09/11/2023

Link URL Referral We Kongsi

20/09/2023

Cara Daftar Register We Kongsi

19/09/2023

Soalan Soalan Tentang We Kongsi

18/09/2023

Memohon Kad Kredit CIMB Mudah Dan Senang Lulus

06/09/2023
Add A Comment

Leave A Reply Cancel Reply

Don't Miss

Cara Withdraw Duit Tiktok Shop

26/11/2023

Ada orang tanya susah ke tidak untuk buat duit di Tiktok? Jawapannya adalah 100% mudah…

Ringkasan Apa Itu Bitcoin

21/11/2023

Buat Duit Dengan Involve Asia

20/11/2023

Sistem Auto Trade Gold Malaysia

19/11/2023
Stay In Touch
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram
  • WhatsApp
About Us
About Us

We're accepting new partnerships right now.

Email Us: moham29577@yahoo.com
Contact: +60174836797

New Comments
  • admin on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • A NAZERI on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • anas on Homestay Aqil Penang Luas Dan Selesa
  • Haikal on Kos Upah Tukang Paip Plumbing Mahal Atau Murah
Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
© 2023 ThemeSphere. Designed by ThemeSphere.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Ad Blocker Enabled!
Ad Blocker Enabled!
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.