Ramai yang ingin mempunyai blog dan buat duit dengan blog. Salah satu cara buat duit dengan blog adalah dari Google Adsense. Adakah anda ingin dapat Duit Google Adsense? Memang tidak dapat dinafikan yang buat duit dengan Adsense adalah salah satu yang paling terbaik setakat ini bagi bagi yang mempunyai blog. Bayangkan dengan hanya meletakkan iklan di blog, blog yang biasa biasa pun mampu menjana wang dengan adsense. Cumanya samada banyak atau sedikit ianya sangat bergantung kepada beberapa perkara.
Untuk membuat Duit Google Adsense dengan menggunakan blog. Rasanya ada dua perkara penting yang perlu dilihat disini. Bagi saya dua perkara penting itu adalah nilai Cost Per Click (CPC) dan jumlah trafik harian. Saya tidak pakar didalam hal untuk meningkatkan Cost Per Click (CPC) kerana ianya melibatkan beberapa perkara yang lain iaitu jenis keyword yang digunakan, persaingan keyword, nilai keyword dan sebagainya. Bagi yang kurang pakar didalam hal ini ada baiknya untuk memberi fokus kepada cara untuk meningkatkan trafik yang masuk kedalam blog.
Pengeluaran Duit Google Adsense Melalui Western Union
Selalunya nilai paling rendah Cost Per Click (CPC) adalah USD0.05. Ada yang lagi rendah tetapi biasanya memang dibayar USD0.05 untuk satu click. Jadi adalah penting dan mudah untuk meningkatkan hasil dari Adsense iaitu Duit Google Adsense dengan cara meningkatkan trafik blog. Selalunya nilai Click Through Ratio (CTR) iaitu jumlah klik yang dapat terhadap jumlah trafik yang masuk adalah disekitar 2-4%. Katalah jumlah trafik blog harian anda adalah 1000 unique view. Dan CTR kita ambil secara purata 3%. Jadi jumlah click yang anda dapat adalah 3% x 1000 = 30 clicks. Satu clicks dibayar USD0.05. Jadi hasil Duit Google Adsense anda hari itu adalah USD0.05 x 30 = USD1.5 yang bersamaan dengan (USD1.5 x RM3.2) = RM4.8. Anda jelas?
Bulan lepas saya telah keluar Duit Google Adsense yang sudah agak lama tidak diambil. Saya membuat keputusan untuk withdraw Adsense menggunakan Western Union di Bank Rakyat. Sebelum itu adakah anda tahu yang anda sudah boleh menukar Payee Name untuk Malaysia? Saya telah berjaya menukar payee name saya. Sengaja saya ingin mengingatkan anda jika anda diantara anda yang menghadapi masalah tidak dapat menukar nama anda di akaun Adsense anda. Anda boleh baca menerusi link yang saya berikan.
Untuk keluar Duit Google Adsense mudah sahaja. Anda perlu pergi kepada bank yang mempunyai perkhidmatan Western Union. Didalam kes saya, saya mengeluarkan wang Adsense di Bank Rakyat. Sesampai disana anda perlu meminta borang pengeluaran wang Western Union. Borang Western Union ada dua jenis iaitu “Receive” dan “Send”. Sila minta yang “Receive” kerana anda mahu menerima wang. Isi borang dan jangan lupa isikan Money Transfer Control Number (MTCN). MTCN ini sangat penting ianya bagaikan “password” untuk memberi kebenaran kepada pihak bank untuk memberikan wang kepada anda. Jangan silap.
Proses pengeluaran Duit Google Adsense sangat mudah dengan Western Union. Tidak sampai 30 minit pun. Janji maklumat yang anda beri lengkap dan betul, jadi proses akan berjalan tanpa masalah. Untuk pengetahuan anda, alamat Google Adsense sudah berubah iaitu “Google Ireland LTD”. Anda boleh lihat gambar diatas akan bagaimana maklumat alamat Google Adsense di isi. Kepada yang ada akaun Adsense. Adakah anda gembira dengan hasil earning anda dengan Duit Google Adsense? Selamat berjaya.
15 Comments
BM pun boleh kalau kena cara kan..:)
Tahniah..
betul tuh Anirah
Terima kasih info yang berguna nie.
Mungkin ramai yang perlukan tuk dijadikan rujukan.. salam kenal dari saya
Salam kenal dari saya juga Aminin
terima kasih maklumat yang berguna ini, mudahan ramai dapat manfaatnya.
mudah mudahan
Money Transfer Control Number (MTCN) ada kat mana ya? Sy ada akaun adsense tapi tak pernah keluarkan duit lagi. Maklumlah.. income tak kencang kan.
Bestnye dapat rasa cahsout adsense. Akaun aku baru smp rm100 lebih dah kene banned. Nk kene buat baru la gayanya…
mesti bro ada salah silap langgar term nih
jom cashout adsense, tapi ko dah pakai wire transfer hehe
yep, hehehhe
sekarang dah senang tak payah nak pegi western union dah…guna wire transfer je..terus masuk bank.
saya sekarang memang dah guna wire transfer bro, memang terbaik
baru sekali dapat merasa duit adsense, masa mula2 tu ingatkan macam nak ambil duit dari akaun bank je… rupenye ketat juga prosedur dia