Saya sering terkeliru di antara cukai jalan dan juga insuran. Saya tidak tahu mana satu yang mahal dan mana satu yang murah. Malah tidak dapat membezakan antara Cukai Jalan Dan Insuran dan terfikir kepada kita perlu membayar 2 benda. Dan selepas membuat sedikit bacaan, barulah saya faham akan perbezaan diantara cukai jalan dan juga insuran yang mana perlu dibayar akan kedua duanya sekali. Baiklah, di dalam artikel ini akan saya kongsikan bagaimana anda boleh dengan sendiri membuat kira kira secara kasar akan jumlah cukai dan juga insuran yang perlu anda bayar.
Sebenarnya cukai jalan yang kita sebut ini biasanya di sebut sebagai “Road Tax”. Apabila sudah sampai setahun, kebiasaannya kita di perlukan untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans sekali. Anda perlu membayar cukai jalan dan juga insurans. Cukai jalan adalah untuk membayar dan membolehkan anda memandu kenderaan anda di jalan raya. Dan insurans pula adalah satu skim yang wajib anda ambil dan bayar bagi memberikan perlindungan dalam bentuk wang atau gantian sekiranya berlaku apa apa kepada kenderaan anda. Katalah anda terlibat kemalangan. Kos membaik pulih datangnya dari insurans untuk membiayai semua kos baik pulih. Itu peranan insurans.
Kira Kadar Cukai Jalan Dan Insuran Kereta
Kos bagi memperbaharui cukai jalan (road tax) adalah murah. Ianya bergantung kepada nilai CC engin kereta anda. Lagi tinggi kapasiti CC engine anda, maka main mahal bayaran cukai jalan. Insurans adalah penyebab utama anda perlu membayar mahal apabila memperbaharui Cukai Jalan Dan Insuran. Kos bayaran premium insurans pula ianya melihat kepada nilai semasa kenderaan anda. Lagi rendah nilai semasa kenderaan anda, lagi murah kos membayar premium insuran dan begitulah sebaliknya. Mari lihat satu persatu kos bagi membayar Cukai Jalan Dan Insuran tersebut.
Kadar Kos Perbaharui Cukai Jalan (Road Tax) *** Mengikut kapasiti cc engine (PETROL)
- 1000cc dan ke bawah RM 20.00
- 1001cc hingga 1200cc RM 55.00
- 1201cc hingga 1400cc RM 70.00
- 1401cc hingga 1600cc RM 90.00
- 1601cc hingga 1800cc RM 200.00
- 1801cc hingga 2000cc RM 280.00
- 2001cc hingga 2500cc RM 380.00
- 2501cc hingga 3000cc RM 880.00
- Melebihi 3000cc RM 2,130.00
Kadar Kos Perbaharui Cukai Jalan (Road Tax) *** Mengikut kapasiti cc engine (DIESEL)
- 1000cc dan ke bawah RM 20.00
- 1001cc hingga 1200cc RM 110.00
- 1201cc hingga 1400cc RM 140.00
- 1401cc hingga 1600cc RM 180.00
- 1601cc hingga 1800cc RM 400.00
- 1801cc hingga 2000cc RM 560.00
- 2001cc hingga 2500cc RM 780.00
- 2501cc hingga 3000cc RM 1,880.00
- Melebihi 3000cc RM 4,880.00
Kadar Kos Perbaharui Premium Insuran Kenderaan *** (Anggaran Sahaja)
Kos premium insurans kenderaan bergantung kepada harga semasa kereta anda. Setiap tahun, harga kereta akan susut nilai. Dengan kata lain, kos untuk memperbaharui insurans akan berkurangan setiap tahun. Untuk mengira berapakah jumlah insuran yang anda perlu bayar. Anda boleh melawat link di bawah ini untuk membuat kiraan secara online.
Kira Harga Premium Insurans Kereta – [ http://www.1kereta.net/servis/kira-harga-insurans.html ]
Jadi untuk membolehkan anda layak dan dibenarkan memandu kenderaan. Anda seharusnya mempunyai 3 perkara iaitu;
- Lesen Memandu
- Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan/Road Tax
- Premium Insuran Kenderaan
Dan sudah tentu kesemua yang saya sebutkan tadi seharusnya diperbaharui (renew) apabila sudah hampir tamat tempoh. Cukai jalan dan premium insurans adalah suatu yang sangat penting. Anda perlu mengambil tahu. Saya hanya menggunakan agen sahaja untuk membantu menguruskan memperbaharui Cukai Jalan Dan Insuran milik saya. Mudah kerja. Dan cepat selesai. Di mana hendak mencari agen untuk renew Cukai Jalan Dan Insuran? Minta sahaja tolong daripada agen yang menjual kereta kepada anda. Mudah bukan..
12 Comments
Aku biasanya uruskan sendiri semua roadtax dan insurance. Dan ‘green card’ kereta akan aku bawa sendiri walaupun kereta aku belum habis bayar. Kalau uruskan sendiri senang nak tetapkan sum assured atau nilai perlindungan. Jika guna ajen biasanya mereka akan beli nilai perlindungan lebih dari nilai semasa kereta. Jadi insuran akan menjadi lebih mahal.
yang ini saya belum pernah lagi lakukan, insyaallah lain tahun mungkin
owhhh kite boleh ttapkan harge insurans kite ke??? Baru sy tau…selame ni ejen yg ttapkan. mahal bkn main.huhu tq
Kalau yang buat mahal selalunya ialah insurans, 🙂 walaupun tak faham sangat, tapi selalunya kita bayar je la. Tak ada masa nak study lebih2
yang mahal memang insurans, .. 🙂
SALAM PERKENALAN…SAYA NAK THU CARA PENGIRAAN INSURANS DENGAN BETOL N SENNG DGN MUDAH….ADA FORMULA X..HEHHEHE
Saya ikhlas membuat quotation sekiranya cik setuju..Just wassup ke 0192941186..
#No caj n Not binded
Corporate Agent
Syarikat Takaful Malaysia
yep, call aidy ni
saya dah berikan link, link tu akan bantu nadira faham kiraan dia.. 🙂
salam, sy nk tau brpe kn byr roadtax n insurance utk kereta alza ( 1500 cc ) + motor EX5
thanks
Benar ke cukai jalan untuk kenderaan petrol 2000cc ke bawah Rm 280 setahun? Sedangkan saya kena bayar Rm 380 setahun.
Boleh mohon kepastian?