Salam semua. Artikel pada kali ini ingin saya berkongsikan akan cara untuk meletakkan apa jua iklan atau kod iklan ke dalam blog website anda. Kenapa saya mahu tuliskan artikel ini? Ini kerana saya telah beberapa kali ternampak akan pertanyaan dari individu atau blogger baru di dalam group tentang cara meletakkan iklan dalam blog. Anda mungkin tergelak kerana ada yang bertanyakan soalan yang sangat simple ini. Tetapi bagi mereka yang memang tidak tahu, perkara ini sangat susah walaupun ianya sangatlah mudah. Kepada anda yang tidak tahu ikuti tutorial cara letak kod iklan ini.
Sebagai permulaan. Apakah kod iklan ini? Kod iklan ini ada macam macam kod (code). Samada kod iklan banner, kod iklan adsense, kod iklan Nuffnang, kod iklan Innity atau apa apa sahaja kod. Ianya kod tersebut selalunya di datangkan di dalam bentuk HTML ataupun Javascript. Cara letak kod iklan bagi apa apa iklan atau code sebenarnya SEMUANYA ADALAH SAMA. Soalan saya kepada anda adalah, anda mahu letak kod iklan tersebut di mana? Samada anda mahu letakkan kod iklan tersebut di Header, Artikel (body), Sidebar atau di bahagian bawah (Footer). Ada 4 tempat yang boleh anda letak iklan dengan kod yang diberikan.
Tutorial Cara Letak Kod Iklan Adsense
Dan pada kali ini, saya ingin berkongikan tips cara letak kod iklan di bahagian sidebar blog WordPress sebagai contoh. Dan contoh yang saya buat adalah berdasarkan kod iklan Google Adsense. Saya anggap anda sudah sign up, register dan mempunyai akaun Google Adsense yang telah aktif. Sila masuk akaun adsense anda, dan klik pada “My Ads”. Jika anda belum buat iklan, maka anda patut tekan “New Ad Unit” untuk membuat iklan dan pilih saiz iklan yang anda mahu. Selepas itu sila tekan “Save and Get Code”. Apabila anda tekan “Get Code”, ianya akan memaparkan script code dan kod inilah yang perlu anda letakkan dibahagian yang anda mahu iklan itu terpapar.
Seperti yang saya katakan tadi. Untuk tips cara letak kod iklan ini, saya hanya akan menunjukkan cara meletakkan iklan di bahagian sidebar sahaja sebagai contoh. Dan gambar ke dua di atas ini adalah bentuk kod iklan (html/javascript/script) dari Google Adsense code. Kod inilah yang akan kita copy and paste di website kita di WordPress nanti iaitu di sidebar.
Anda masuk ke dashboard WordPress anda. Tekan “Appearance” dan klik pada “Widget”. Sila pilih widget “Text” dan letakkan di sidebar untuk aktifkan widget text tersebut. Selepas itu sila buka widget text dan letakkan (paste) kod iklan tadi ke dalam ruangan text tersebut dan akhir sekali klik “save”. Lihat gambar diatas ini. Begitulah bagaimana anda copy dan paste kod iklan tersebut.
Contoh yang saya buat ini adalah berdasarkan kod iklan dari Google Adsense. Jika anda mempunyai akaun Innity, Nuffnang, Banner iklan dan sebagainya. Proses cara letak kod iklan tetap sama. Yang perlu anda buat adalah, dapatkan kod iklan, kemudian anda “copy” dan “paste” di tempat yang anda mahu iklan itu keluar dan terpapar. Dan tutorial ini saya hanya menunjukkan tutorial untuk pasang iklan di sidebar sahaja. Tetapi dari sini anda boleh faham, yang anda boleh letak iklan di header, body, dalam artikel dan juga di Footer. Proses adalah sama. Cuma lokasi berbeza. Maaf saya tidak dapat menunjukkan kesemua proses. Tetapi saya harap anda dapat idea akan bagaimana cara untuk meletakkan kod iklan.
Kalau anda masih tidak jelas. Sila tonton video diatas yang saya buat khas untuk anda. Sila pilih tetapan kualiti tinggi (HD) untuk paparan video lebih jelas. Jika anda ada apa apa maslaah berkaitan tentang cara letak kod iklan ini. Anda boleh tanyakan apa jua soalan dengan menurunkan komen di ruangan komen di bawah ini. Selamat mencuba.
15 Comments
Alhamdulillah,panduan yang berguna,sy guna blogspot dan saya juga ada wordpress mmg di wordspress sy xpnh tahu cara letak iklan di situ hehe terima kasih sekali lagi 🙂
sama sama Eyfa
ooooo..gitu rupanya..haha
hang dah tau dah Reezluv, hehhee
Terima kasih atas perkongsian.
Bagus jugak kalau ada cara letak iklan sebegini, senang blogger lain nak buat nanti. Taklah terkial-kial nak buat nanti.
tq tuan…info bermanfaat..
macam mana nak tahu google adsense kita dah lulus? thanks
nak tahu lulus atau tidak mudah sahaja, kalau anda dapat masuk akaun adsense, maka adsense anda lulus, kalau x dapat masuk akaun adsense, maka belum lulus atau telah direject.. 🙂
akaun saya baru lulus…tapi ads tak muncul-muncul lagi kat blog padahal dah letak code dah…bila baca memang amik masa 48 jam or up to seminggu..betul ke bro?mohon pencerahan..tenkiu
Terbaik punya artikel, minta bro tunjuk ajar lagi saya
TQ sangat-sangat membantu
terima kasih puan
baru nak blaja. hehe google trus jumpa artikel ni. thanks bro.
Bro…sebb apa google adsense saya tak nampak?…pliss jawab bro