Sebelum ini saya ada berkongsi dengan anda tentang bagaimana Pat Flynn buat dari blog beliau hingga mencecah puluhan ribuan USD sebulan. Dan pada kali ini saya suka untuk berkongsi dengan anda akan bagaimana seseorang yang boleh dikategorikan sebagai Food Blogger boleh membuat duit melalui blog beliau. Apa yang ingin saya sampaikan adalah tentang blogger yang membuat kerjaya dan minat mereka secara sepenuh masa. Kenapa ingin saya kongsikan akan kisah ini? Kerana anda dan saya adalah seorang blogger tidak kira part time mahupun full time. Yang pasti kesamaannya adalah mereka, anda dan saya sama iaitu ingin membuat duit dari blog.
Saya sebenarnya dah mengikuti lama akan blog beliau ini iaitu sejak beliau baru mula menerbitkan blog beliau. Beliau adalah Mark Wiens. Tidak terkenal. Tetapi apa yang menarik adalah beliau suka untuk mengembara satu dunia untuk mencuba pelbagai makanan di negara dunia. Dan sudah tentu tempat makanan kegemaran beliau adalah “Southern Asia” atau Asia Selatan. Antara soalan yang saya tertanya tanya sejak dulu adalah, bagaimankah beliau mampu untuk melancong keluar negara selalu dan apakah pekerjaan beliau?
Mark Wiens – Food and Travel Blogger
Ternyata beliau memang adalah Food Blogger sepenuh masa. Soalan yang saya ingin tanya tentang “duit” ini rupanya memang menjadi pertanyaan oleh orang lain juga yang mengikuti perkembangan aktiviti beliau. Oleh sebab itu beliau telah membuat satu artikel khas tentang persoalan ini iaitu tentang bagaimana beliau mendapatkan duit dari blog untuk membantu beliau untuk terus dapat merasa makanan diseluruh dunia. Berikut adalah 4 point utama akan sumber pendapatan blog beliau.
Antara 4 Sumber pendapatan blog Mark Wiens adalah dari:
1. Affiliate – Tahukah anda, jika anda melancong keluar negara, sudah tentu anda akan menginap dihotel, rumah tumpangan, motel atau apa apa sahaja. Dan hasil dari pengalaman (jika baik) akan dikongsikan kepada pembaca yang berminat melancong ditempat tertentu dengan menghasilkan artikel berkualiti tentang sesuatu tempat sebagai cadangan “recommendation” yang baik. Mark telah menggunakan kesempatan ini dengan menyertai affiliate dari “Agoda” untuk di-link kedalam artikel beliau. Jadi individu yang berminat akan menempah hotel melalui link affliliate dan Mark Wiens mendapat pendapatan dari sana.
2. eBook – Sudah terang lagi bersuluh. Blogger di Malaysia sudah pun mengetahui akan hebatnya hasil pendapatan dari jualan eBook lagi lagi jika eBook tersebut milik diri sendiri. Mark Wiens telah menghasilkan eBook yang berkualiti hasil dari pengalaman beliau melancong dan merasa makanan diseluruh dunia. eBook sebegini pasti mendapat permintaan tinggi khususnya dari para pelancong yang memerlukan panduan yang sangat berguna dari rekomendasi yang dicadangkan. Lebih lebih lagi bagi perlancongan yang berbentuk bajet.
3. Advertorial – Bagi blog yang berbentuk “Niche” dan fokus kepada satu satu bentuk penulisan. Kebiasaannya akan mendapat tawaran menulis dan berbayar untuk artikel yang dihasilkan. Mark Wiens membuat kerja freelance menulis artikel perihal makanan dan mendapat pendapatan dari sini. Saya pasti ramai blogger Malaysia pun sudah mengalami dan merasai pengalaman sebegini bukan?
4. YouTube Video – Sudah tentu jika melancong, mengambil gambar makanan, tidak terlepas juga berkeinginan untuk mengambil rakaman video. YA, Mark Wiens telah melakukan ini dengan mengupload video yang beliau sedang mencuba merasai makanan makanan diseluruh dunia. Video tersebut diupload ke YouTube sebagai review makanan yang sedap dan menarik disesuatu tempat. Video sebegini pasti mendapat tontonan tinggi dari kalangan pecinta makanan (Food Blogger) dan kaki pelancong (Travel Blogger) untuk mengetahui tempat dan makanan yang menarik. Dan untuk pengetahuan anda, anda memang boleh buat duit melalui YouTube dengan program Adsense. Lagi banyak “view” lagi banyak duit yang anda dapat.
Tidak kiralah samada anda peminat makanan, kaki jalan jalan atau apa apa sahaja. Jika anda seorang blogger, anda pasti boleh buat duit dan menghasilkan pendapatan darinya. Anda hanya perlu mencari apakah matlamat dan hala tuju anda dengan blog anda. Jika anda berminat untuk buat duit dengan blog, maka 4 ciri ciri diatas boleh diguna untuk tujuan itu. Saya lemah didalam video. Rasanya dimasa akan datang saya ingin terjun dibidang video untuk buat duit dengan YouTube pula. Adakah anda suka dengan kisah Mark Wiens ini? Selamat berblogging.
Visit Mark Weins Website/Blog Here – http://migrationology.com/
Mark Weins Mencuba Nasi Lemak Malaysia
.
29 Comments
satu lagi mesti Mark ni bijak mencari peluang, sebab sekarang ni sudah ramai food blogger cuma yang pandai merebut peluang saja mampu menjana duit dengan lumayan
betul tuh
Youtube memang berkesan,sayapun baru mula nak gunakanya.
wah best kan
Power jugak mamat ni…tau cari peluang dan digabungkan dengan minat..mmg terbaiklah!
p.s – bro, camne ek bro masukkan adsense within content?
guna plugin bro
YouTube memang bagus untuk untuk monetize terutamanya untuk niche travel dan food.
ni mesti ada buat ni kan
perrgghh..memang terbaeekk..!
memang terbaikkan
Dia semua dia lanyak makan he he.. so banyak ler story dia.. adehhh
macam macam dia try
Terbaik dia punya blog..
menarik kan
tengok video reviewnya jelas ada apa yang kita pengguna nak, selain video yang berkualiti.
video dia memang berkualiti
teringin gak macam mamat salleh tu..makan dan dapat duit!
dua dua dapat
Perghhh..banyak cabang gak dia hasilkan duit ek..rasa terinspirasi seketika..terima kasih bro kongsikan..
sama sama
Memang menarik, ada banyak idea dia yang boleh dipraktikkan 🙂 Part tulis ebook jenama sendiri tu memang sangat benar
bro ada buat ebook ker
Hebat sungguh Mat Salleh ni. Nak tiru skill dia lah kalau boleh.
boloh silakan
yap. Dia jujur. Sebab itu, dia boleh berjaya.
best kan tgk kejayaan macam ni
What’s up to every body, it’s my first go to see of this blog; this website consists of
remarkable and really excellent information for visitors.
sangat menarik dan byk dpt dipelajari dari mark.. 😀
mark memang hebat