Ramai yang cuba hendak memiliki sebuah blog. Kepada yang mula mula hendak belajar pasti akan cuba untuk memiliki sebuah blog percuma melalui blogspot. Adapun begitu, menjadi seorang blogger juga ada turun dan naik. Ada yang menjadi bosan dan berhenti dari menulis. Dan yang baiknya, ada yang semakin teruja dan mahu menjadi blogger ke peringkat seterusnya. Peringkat yang lebih baik selalunya dinilai dengan memiliki sebuah blog berbayar yang menggunakan domain dan hosting sendiri. Di peringkat ini saya pasti ramai yang keliru dan tidak tahu cara membuat blog melalui hosting berbayar. Oleh itu artikel kali ini saya dedikasikan untuk mereka ini.
Untuk artikel kali ini, saya tidaklah akan menceritakan panjang lebar dari awal sampai habis. Tetapi cukup dengan memberikan “reference” atau rujukan yang berguna langkah demi langkah untuk memahami tujuan dan cara membuat blog melalui akaun cPanel yang diberikan oleh pihak hosting kepada anda. Ingat, selepas anda membayar membeli domain dan hosting, pihak hosting hanya akan memberikan akaun “cPanel” kepada anda dan andalah yang SENDIRI perlu memasang sistem “WordPress” terhadap Domain anda menerusi Hosting anda. Faham? Pening? Keliru? Tidak mengapa. Jangan risau, Teruskan membaca artikel ini.
Panduan Lengkap Cara Membuat Blog Berbayar Langkah Demi Langkah
1. Sebelum anda membuat keputusan hendak membeli domain dan hosting. Saya sarankan anda untuk membaca artikel dibawah ini iaitu mengenai Pemilihan Nama Domain untuk anda mendapatkan gambaran yang sesuai sebelum membuat keputusan membeli domain. Takut takut anda berasa kesal selepas membeli domain nanti. Baca dahulu ok.
2. Sebenarnya ada banyak “hosting provider” di Malaysia ini. Boleh dikatakan berpuluh puluh. Tetapi rasanya cukup untuk saya memperkenalkan kepada anda salah satu hosting yang popular dikalangan blogger Malaysia. Ianya juga salah satu penyedia hosting Malaysia yang boleh dikira murah di Malaysia. Lawati dan baca artikel ini iaitu panduan Beli Domain & Hosting.
3. Seperti yang saya tulis diatas tadi. Selepas anda membayar untuk membeli domain dan hosting. Pihak hosting akan memberikan akaun “cPanel” kepada anda termasuk maklumat username dan password sekali. Ketika ini domain anda aktif tetapi tidak mempunyai sistem (WordPress @ Blogspot). Oleh itu anda perlu memasang sendiri sistem (WordPress @ Blogspot) kepada domain anda sebelum boleh mula menggunakan website/blog anda. Jadi untuk masalah ini, anda boleh melakukanya sendiri dan belajar cara membuat blog iaitu memasang WordPress (contoh) kepada domain anda. Untuk itu sila baca artikel Cara Install WordPress ini.
Website Untuk Membeli Domain/Webhosting
- NetKL – syarikat penyedia hosting termurah di Malaysia
- ServerFreak – syarikat penyedia hosting popular di Malaysia
- Exabytes – syarikat penyedia hosting terkenal di Malaysia
- Bluehost – syarikat penyedia hosting popular luar negara
- Hostgator – syarikat penyedia hosting popular luar negara
Sebenarnya tidak susah pun cara membuat blog menggunakan hosting berbayar ini. Ianya sukar kerana ianya adalah pertama kali buat anda. Saya harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memiliki sebuah blog berbayar yang anda inginkan dengan lancar. Jika ada mana mana bahagian yang anda tidak faham atau jelas. Anda boleh menurunkan komen dibawah ini atau email kepada saya iaitu di “moham29577@yahoo.com” untuk pertanyaan soalan dan insyallah akan saya jawab jika berkesempatan. Selamat berjaya
3 Comments
Haa buat sesiapa yang berhasrat nak mula berblog tiada alasan lagi, segala info ada di sini.
lengkap untuk pengguna baru
Ya memang betul, sukar untuk kali pertama tapi mudah setelah berkali-kali buat