Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Kerja › Cara Membuat Resume Ringkas Untuk Memohon Kerja

Cara Membuat Resume Ringkas Untuk Memohon Kerja

Review By admin / 5 years ago — Kerja, Resume Kerja

Beberapa hari yang lalu saya telah mendapat pertanyaan dari seseorang di Facebook tentang peluang kekosongan jawatan. Beliau mesej lagi beberapa kali kepada saya dan ianya menarik perhatian saya untuk membacanya. Dan selepas membacanya, saya dapati beliau dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan kerja. Ini kerana beliau baru sahaja diberhentikan kerja melalui skim VSS. Kesian juga mendengarnya. Kita sama sama kerja pun faham akan keadaan orang seperti ini. Akhir sekali saya suruh beliau hantarkan resume kerja ke kilang tempat saya kerja. Beliau tanyakan kembali tentang cara membuat resume kerja. Boleh tidak buat resume guna tulisan tangan. Saya tersenyum. Kenapa?

Orang yang saya maksudkan ini adalah orang perempuan dan barang kali adalah seorang “puan”. Dan ditambah lagi beliau tidak tahu cara membuat resume yang betul dan bertanya samada boleh atau tidak menulis resume menggunakan tangan. Jadi pada andaian dan anggapan saya, beliau adalah seorang suri rumah yang mungkin kurang tahu menggunakan komputer, atau tiada komputer di rumah, atau ketiadaan duit dan sangat memerlukan duit selepas kehilangan kerja. Memang terasa kesian dengan keadaan dan situasi orang sebegini. Kalaulah kita di tempat mereka macam mana agaknya lah. Jadi saya tolong semampu yang saya boleh.

Contoh format cara membuat resume kerja

Contoh format cara membuat resume kerja

Cara Membuat Resume Kerja Yang Mudah

Saya tinggal di Penang. Beliau baru sahaja diberhentikan dari kilang Seagate Pulau Pinang kerana kilang tersebut telah menutup operasi mereka di Malaysia. Cadangan saya kepada beliau adalah, cara yang paling mudah untuk mencari kerja di Pulau Pinang adalah dengan memohon kerja melalui agensi pekerjaan. Antara cadangan saya adalah agensi cari kerja swasta seperti Manpower, LifeWork dan juga Kelly. Kepada yang tinggal di Penang pasti tahu dan kenal dengan nama nama agensi pekerjaan penang ini. Saya suruh beliau buat ini dahulu. Pergi ke pejabat tersebut dan mohon kerja.

Oleh kerana jawatan saya kerja di kilang tempat saya kerja ini adalah Technician. Dan beliau pula mahu memohon kerja sebagai operator. Maka saya kurang pasti kaedah yang betul bagaimana untuk memohon kerja bagi kerja operator pengeluaran. Setelah bertanya kepada rakan, rupa rupanya untuk memohon kerja operator paling murah iaitu dengan menghantar resume kerja di pos pengawal sahaja. Mudah bukan? Saya pun suruh beliau hantar resume ke pos pengawal sahaja.

Masalah mula timbul adalah berkenaan cara membuat resume ringkas untuk memohon kerja. Boleh atau tidak guna tulisan tangan. Saya baru pertama kali sebenarnya mendapat pertanyaan sebegini. Jadi saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Saya tidak pasti samada boleh atau tidak. Namun dari hati saya kuat mengatakan anda seharusnya membuat resume kerja menggunakan komputer kerana lebih tersusun dan mudah dibaca. Kalau anda tidak tahu cara membuat resume yang mudah dan ringkas, sila muat turun/download sample contoh resume kerja milik saya ini untuk anda edit dan gunakannya melalui link di bawah ini. Saya harap ini dapat membantu sedikit sebanyak pemudah cara untuk anda memohon kerja kilang di Penang ini. Selamat berjaya.


>>> Muat Turun Resume Terbaik Di Sini – [ Click Here ] <<<

Related posts:

cara buat resume bahasa melayu lengkapCara Buat Resume Untuk Memohon Kerja Yang Lengkap Sila download resume terbaik ini untuk memohon kerjaDownload Resume Terbaik Untuk Memohon Kerja Contoh resume kerja kilangResume Kerja Kilang Yang Ringkas

cara membuat resume cara membuat resume cv cara membuat resume kerja cara membuat resume kerja kilang cara membuat resume mohon kerja cara membuat resume ringkas

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in