Salam kepada pembaca. Adakah anda kini sedang terfikir untuk membuat sebuah blog niche khas dengan tujuan untuk menjana pendapatan melalui Google Adsense?. Jika YA, anda berada di halaman yang betul kerana sebenar lagi saya akan kongsikan beberapa tips dan idea cara memilih niche adsense yang perlu anda tahu dan perlu anda buat jika benar anda mahu jana income dengan betul. Buat duit dengan adsense bukannya susah. Anda hasilkan artikel. Dapatkan trafik dan earning pasti akan terjana. Ini adalah basic asas bagaimana duit terhasil dari Adsense.
Sebelum ini saya pernah kongsikan artikel dengan anda akan teknik tingkatkan earning adsense dengan memperbanyakkan lagi artikel. Secara umumnya, jika anda tidak tahu bagaimana untuk meningkatkan nilai cost per click (CPC) dan sebagainya. Kaedah memperbanyakkan artikel tetapi berkualiti adalah perlu dan ianya adalah jalan paling mudah sekali untuk tingkatkan earning adsense. Teknik cara memilih niche adsense yang betul perlu anda ketahui supaya anda tidak tersilap kemudian hari.
Tips Dan Teknik Cara Memilih Niche Adsense
Untuk membina sebuah blog niche yang memfokuskan untuk dapat duit dari adsense. Ada 2 perkara yang perlu anda kaji dan selidik sebelum anda betul betul membuat keputusan memilih niche keyword tersebut. Niche adalah tentang pemilihan keyword yang sesuai yang hanya fokus kepada keyword tertentu sahaja. Katakan anda memilih mahu membuat blog auto kenderaan. Maka anda harus mencari niche iaitu keyword mana yang boleh memberikan anda earning yang banyak kepada anda.
Di bawah ini saya kongsikan 2 perkara utama yang perlu anda tahu sekiranya anda benar benar mahu tahu cara memilih niche adsense:
Tahukah anda yang setiap keyword mempunyai nilai harga masing masing. Ada keyword berharga 20 sen, 30 sen, 15 sen, RM1, RM2 RM3 dan ada yang tiada harga langsung. Untuk tahu tentang harga setiap keyword, anda boleh menggunakan Google Keyword Planner. Anda boleh baca artikel yang saya kongsikan ini jika tidak tahu caranya. Pastikan keyword yang anda pilih itu mempunyai nilai harga. Ini penting supaya iklan adsense yang terpapar nanti berkaitan dengan niche anda dan mempunyai nilai apabila di klik.
Yang kedua pula anda mesti memastikan keyword yang anda pilih itu mempunyai PERSAINGAN YANG RENDAH. Ini sangat penting bagi memastikan blog anda dan juga artikel yang bakal anda hasilkan nanti dapat rank dengan baik yang secara tidak langsung akan memberikan trafik buat anda dari Google. Trafik yang masuk nanti akan menyebabkan click through ratio (ctr) iaitu jumlah klik anda meningkat. Mudah cerita lagi tinggi trafik yang terhasil lagi tinggi kebarangkalian iklan di klik bertambah tinggi.
Website Untuk Membeli Keyword Research Tool
- NicheGenetics – keyword research tool jenis web base yang terbaik
- LongTailPro – keyword research tool jenis aplikasi yang terbaik
TETAPI hendak mencari keyword yang rendah persaingan itu yang susah. Sehingga kini tiada cara percuma yang boleh anda gunakan. Kebanyakkan aplikasi dan servis berbayar sahaja yang memberikan perkhidmatan memaparkan keyword manakah yang mempunyai persaingan rendah. Dalam hal ini saya mencadangkan anda mendapatkan keyword research tools yang sesuai dengan bajet anda untuk menggunakan salah satu aplikasi yang saya perkenalkan di bawah ini nanti. Kesimpulannya, anda perlu cari keyword yang bernilai dan pastikan keyword tersebut mudah rank. Inilah dia cara memilih niche adsense yang betul yang boleh saya tunjukkan kepada anda. Selamat mencuba..
1 Comment
kalau blog niche lagi senang buat duit dengan iklan adsense nih.. dia memang target betul… iklan dia jadi berkaitan apa yang dicari dalam search engine… kebarangkalian untuk di click memang sangat tinggi …