Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Kerja › Jawatan Kosong › Cara Memohon Kerja Kilang Swasta di Penang

Cara Memohon Kerja Kilang Swasta di Penang

Review By admin / 8 years ago — Jawatan Kosong, Kerja, Swasta

Editors' Rating

Average User Rating

1 User Review

    Kali ini saya ingin berkongsikan tentang pengalaman saya mencari kerja di Pulau Pinang. Ini saya tujukan khas buat graduan universiti yang mahu bekerja di Pulau Pinang. Saya tidak mahu lagi graduan lepasan pendidikkan di Penang terpinga pinga untuk mencari kerja dan risau jikalau mereka belum lagi di panggil untuk termuduga. Jika demikian halnya, bagaimana untuk cepat mendapat kerja bukan? Bukan semua tahu akan selok belok mencari kerja dengan betul. Oleh itu izinkan saya berkongsikan tentang cara memohon kerja kilang di Penang melalui pengalaman saya sendiri.

    Sebelum kita pergi kepada topik utama iaitu panduan cara memohon kerja kilang. Ada baiknya jika anda (lepasan universiti/politeknik/kolej) untuk menyiapkan dahulu akan resume kerja anda. Ini kerana, resume pekerjaan adalah satu benda yang sangat penting sebelum anda ingin memohon mana mana kerja. Majikan akan menilai resume anda sebelum itu dan menilai kelayakkan dan ke sesuai anda sebelum dipanggil untuk di temuduga.

    cara memohon kerja kilang melalui Manpower Staffing Services

    cara memohon kerja kilang melalui Manpower Staffing Services

    Panduan Cara Memohon Kerja Kilang

    Temuduga adalah satu proses WAJIB  yang pertama. Dan kesihatan iaitu “medical check up” adalah suatu yang WAJIB yang kedua yang perlu dilihat oleh majikan. Jika kedua duanya lepas, maka anda akan di ambil bekerja. Saya harap, sehingga proses ini anda sudah faham akan selok belok yang di perlukan sebelum anda berjaya diterima bekerja. Baiklah, bagaimana dengan panduan cara memohon kerja kilang? Apakah anda perlu ketahui? YA PERLU.

     Ada 4 cara memohon kerja kilang yang perlu anda lakukan. Nasihat saya, anda perlu lakukan keempat empatnya sekali jika berkesempatan. Ini kerana, kita mahukan yang peluang anda untuk di panggil interview adalah semakin tinggi. Kita tidak mahu bercakap soal dipanggil berkerja. Yang penting di sini adalah anda perlu mendapatkan peluang untuk di interview. Selepas itu, barulah peluang anda untuk dipilih bekerja semakin tinggi.

    Contoh – Kekosongan jawatan hanya ada 5. Dan seramai 10 orang di panggil untuk ditemuduga. Jadi anda perlu memastikan yang anda di panggil termuduga kerja. Dan selepas itu barulah anda “berharap” yang anda diterima bekerja. Ini persaingan namanya.

    4 Cara Memohon Kerja Kilang Di Pulau Pinang

    Open Interview – Sila pastikan untuk terlibat di dalam apa apa temuduga terbuka yang anda tahu. Jika anda, maka siapkan CV anda dan hadir ke tempat temuduga dalam keadaan kemas. Jika kekosongan adalah banyak. Maka peluang untuk mendapat kerja melalui open interview adalah besar

    Hantar Resume Ke Post Guard – Ini adalah cara yang lama. Tetapi masih efektif sehingga kini. Sila hantar resume kerja anda ke semua kilang di Penang yang anda tahu. Tahukah anda, kadang kala, pihak majikan ada 1 kekosongan. Jadi mereka hanya perlu ke Human Resource (HR) mereka dan meminta jika ada resume yang boleh mereka lihat untuk dipanggil temuduga. Jika nasib anda baik, anda akan di panggil untuk interview

    Jobstreet – Sila daftar di Jobstreet untuk memohon kerja di kilang kilang yang ada di seluruh Pulau Pinang. Tahukah anda, majikan di Penang sangat banyak memaparkan iklan kekosongan jawatan di Jobstreet. Ini adalah cara yang paling mudah untuk mencari kerja. Saya sendiri secara peribadi telah menerima hampir 10 kali interview oleh kerana Jobstreet ini. Jadi ianya memang praktikal untuk digunakan

    Agensi Cari Kerja – Tahukah anda, di Pulau Pinang ini ada banyak agensi mencari kerja yang menawarkan anda untuk mudah mendapat kerja. Saya pernah menggunakan khidmat dari agensi sebegini dan ianya memang sangat cepat membantu anda mencari kerja. Malah saya boleh beri jaminan yang selalunya melalui cara ini anda akan lebih mudah diterima bekerja. Salah satu agensi cari kerja yang saya boleh cadangkan adalah dari “ManPower“. Pejabat ManPower Penang ada berdekatan dengan Maybank.

    Manpower Staffing Services
    1-2-15 Ideal Avenue
    Medan Kampung Relau 1
    Jalan Tun Dr Awang
    11900 Bayan Lepas, Penang
    Phone: 04-645 1900
    Email: penang@manpower.com.my

    Saya harap anda lakukan ke empat-empat cara memohon kerja kilang di Penang yang saya tunjukkan ini. Saya pasti, tidak semua akan lakukan kesemua yang saya senaraikan di atas ini. Kalau mahu tinggikan peluang di panggil bekerja, adalah lebih baik lakukan kesemua yang saya cadangkan diatas ini. Selamat mendapat kerja

    Related posts:

    Contoh slip gaji kerja kilang di Pulau PinangGaji Kerja Kilang Di Pulau Pinang (Penang) Antara Kilang Gaji Mahal Yang Ada Di Pulau PinangCara Mencari Kerja Kilang Gaji Mahal Di Penang Contoh format cara membuat resume kerjaCara Membuat Resume Ringkas Untuk Memohon Kerja

    cara memohon kerja kilang cara memohon kerja kilang melalui agensi cara memohon kerja kilang Penang cara memohon kerja kilang Pulau Pinang cara memohon kerja kilang swasta

    admin

    • Twitter
    • Facebook
    • Google+
    • Pinterest
    • LinkedIn
    • YouTube

    Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

    User Reviews and Comments

    1. Azhar says
      17/06/2018 at 11:02 am

      Bgus Idea awk…Sya fresh Graduate Diploma Tool And Die Making.Mencari kja kosong Jgak.Klau ada kekosongan call sya di no 0184636802.

      Reply

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in