Adakah anda seorang yang suka menabung duit syiling? Bagaimana untuk mendidik diri suka untuk menabung dan apakah kebaikkan dari menabung. Menabung duit syiling bukanlah hanya ingin mendidik kanak kanak semata. Ianya boleh dipraktikan oleh kita yang dewasa ini. Saya sendiri sejak dulu suka menabung. Tanpa sedar, aktiviti menabung ini di dalam keadaan tertentu berupaya secara bawah sedar boleh membantu kita apabila berlakunya masalah kewangan. Walaupun tidak banyak tetapi tetap membantu.
Tulisan pada kali ini bukanlah mengenai kanak kanak tetapi mengenai diri sendiri. Saya telah mula menabung duit syiling sejak zaman universiti lagi. Habit atau aktiviti ini sebenarnya secara tidak langsung dan tiada niat untuk menabung pun. Saya punyai amalan suka membeli menggunakan wang kertas dan jarang menggunakan duit syiling. Apa yang berlaku adalah, duit syiling saya suka letakkan di suatu tempat. Sedar tidak sedar, duit syiling menjadi bertambah banyak dan saya menyuruh rakan menukar duit syiling kepada wang kertas dan memberikan sedikit upah kepada rakan kerana membantu menukar duit syiling. Ini kisah semasa zaman di universiti.
Pengalaman Menabung Duit Syiling
Setelah memasuki zaman pekerjaan, habit atau tabiat menabung duit syiling secara santai ini berterusan. Beli barang menggunakan wang kertas. Lebihan syiling akan dikumpulkan di suatu tempat. Untuk pengetahuan anda, hingga kini sudah 3 kali saya menukarkan duit syiling kepada wang kertas di bank. Kali pertama berjaya mendapat RM350, kali kedua RM470 dan pada kali ketiga RM650. Banyak bukan? Tidak sangka amalan menabung duit syiling secara santai macam ini pun saya mampu mengumpul sebanyak RM600 lebih dengan cepat. Bukan susah pun. Hanya berbelanja menggunakan wang kertas dan duit syiling letak disatu tempat khas. Tidak susah sebenarnya jika hendak menabung.
Gambar diatas adalah gambar sebenar. Jika sudah penuh, anda boleh membawa duit syiling di bank yang mempunyai mesen mengasingkan duit syiling. Berdasarkan pengalaman saya, bank Maybank dan Bank CIMB ada menyediakan perkhidmatan menukar duit syiling kepada wang kertas. Namun begitu, sila pastikan yang mesin duit syiling mampu mengasingkan duit syiling kepada 10 sen, 20 sen, 50 sen dan sebagainya. Jika tidak, anda terpaksa mengasingkan dahulu secara manual satu persatu sebelum boleh menukar duit syiling kepada wang kertas di bank. Sila pastikan dahulu jenis mesin di bank terdekat dengan kediaman anda. Inilah cara saya menabung duit syiling. Bagaimana dengan anda?
5 Comments
sama la macam aku..tapi sejak ada duit baru ni, kena la asingkan duit 50 sen tu sebab nanti mesin syiling tu detect 20 sen sebab saiznya sama..so rugi le katanya..:D
hehe, betul juga tuh, xtau la macam mana mesin tu nak asingkan kan
Zaman sekolah dulu rajin lah nak buat ni..
Memang masyuk..
Tapi sekarang dah jadi malas..
Kena pupuk balik minat ni untuk dijdikan habit sepanjang hayat..
ni mesti dah kerja dan dapat banyak duit, tu yg malas tuh, hehhe