Salam kepada pembaca. Saya kerap mendapat beberapa pertanyaan berkenaan cara ambil barang seperti parcel atau document di pejabat pos laju. Kebanyakkan mereka tidak tahu bagaimana hendak collet item tersebut di kaunter pos laju. Ini tidak pelik kalau anda memang tidak pernah dan baru pertama kali mahu melakukan dan berurusan dengan pihak pos laju. Tetapi sebelum itu izinkan saya untuk berkongsikan beberapa maklumat asas berkenaan pos laju supaya anda faham dan tidak lagi tertanya tanya dengan beberapa persoalan yang bermain di minda anda. Harap anda dapat baca sehingga habis ya.
Perkhidmatan penghantaran surat iaitu POS ada banyak di Malaysia seperti Pos Malaysia, Pos Laju, Pos Express, Skynet, GDex, TaQbin, City-Link dan sebagainya. Dan sudah tentu perkhidmatan penhantaran barang berbayar yang paling popular di Malaysia adalah Pos Laju. Apabila seseorang mahu menghantar barang kepada seseorang melalui Pos Laju misalnya, mereka akan membuat bayaran yang ditetapkan oleh pihak Pos Laju dan kemudian mengisi borang alamat penhantaran. Dan borang tersebut sudah siap diletakkan dengan tanda “Nombor Tracking” yang mana akan digunakan untuk mengesan lokasi barang/surat tersebut.
Apabila barang dari Pos Laju sampai ke rumah anda. Ianya akan diberikan terus kepada anda jika anda berada di rumah. Jika tidak, pihak Pos Laju akan menampal atau meletakkan surat notis pada pintu rumah anda untuk memberitahu yang barang sudah sampai di rumah anda dan anda tiada di rumah. Oleh itu anda perlu membawa surat notis tersebut ke pejabat pos yang sudah di cop dengan alamat pejabat pos laju dan serahkan notis tersebut ke kaunter tingkap serahan dan ambil barang untuk collet barang anda. Di notis tersebut ada “Nombor Tracking” untuk pihak pekerja staff pos laju kesan di mana barangan anda itu dan serahkan kepada anda.
Ada banyak juga terjadinya kes tiada surat notis dari pos laju di tampal di pintu rumah anda. Jadi secara umumnya anda memang tidak tahu yang barang tersebut sudah dihantar dan sampai ke rumah anda. Anda kena tengok peti surat anda. Mungkin ada di sana. Atau kalau memang tiada, anda perlu meminta Nombor Tracking kepada pihak yang menghantar surat/barang kepada anda untuk anda pergi kutip dan ambil di pejabat pos laju.Sekarang timbul pertanyaan akan beberapa isu. Apakah isu tersebut?
Bolehkah anda wakilkan orang lain untuk ambil barang anda di pejabat pos laju? Jawapannya YA BOLEH dengan syarat wakil anda itu kena bawa IC dan juga berikan surat notis atau Nombor Tracking kepada staff pos laju. Sebelum barang diberikan, wakil anda akan diminta mengisi nama dan nombor kad pengenalan di form/buku yang disediakan. Ini adalah sebagai bukti yang barang tersebut sudah diambil oleh seseorang dengan nombor kad pengenalan tersebut.
Persoalan kedua pula, bagaimana jika anda tiada surat notis atau anda tidak mempunyai nombor tracking. Bolehkah anda ambil barang di pejabat pos laju? Kalau anda tiada surat notis tetapi tahu nombor tracking, anda tetap boleh ambil barang anda. Kalau anda tiada surat notis dan tiada nombor tracking, maka anda tidak dibenarkan untuk mengambil dan menuntut barang anda. Ini kerana pihak pos laju tiada bukti yang barang tersebut dihantar kepada anda dan anda tidak mempunyai bukti yang boleh diberikan kepada pos laju. Harap maklum.
Cara Semak Nombor Tracking Pos Laju
- Track & Trace – sila semak check nombor tracking pos laju di sini
- Android Pos Laju – install aplikasi Pos Laju dan check tracking number guna smartphone
Kadang kadang kita menunggu nunggu samada barang kita sudah dihantar kepada kita atau belum. Jika anda beli barang secara online, sila minta nombor tracking kepada penjual. Dan anda boleh menyemak samada barang tersebut sudah pos ke rumah anda atau belum, anda boleh semak dimanakah lokasi semasa barangan tersebut dan anda boleh tahu samada barang tersebut sudah sampai ke pejabat pos berdekatan rumah anda atau tidak. Caranya adalah dengan memasukkan nombor tracking ke dalam sistem “Track&Trace” melalui link di atas ini. Kalau tidak faham juga, sila tonton video di atas ini untuk lebih faham. Hendak lebih mudah muat turun aplikasi android Pos Laju Track Trace dan semak melalui smarphone anda. Selamat mencuba.
22 Comments
Saya nak tanya ni.(Kalau anda tiada surat notis tetapi ” tahu nombor tracking”, anda tetap boleh ambil barang anda.) Dan ( YA BOLEH dengan syarat wakil anda itu kena bawa IC dan juga berikan surat notis atau Nombor Tracking kepada staff pos laju) post minta ic dan no.track kan? Masalahnya sini ialah saya tak faham. Mase saya kat post laju saya dah bagi ic dan no.track …lepas tu dia cakap saya tak boleh terima barang tu sbb bukan nama saya (nama semaran ) alamat yang saya bagi betul dan no.track betul. Itu hari saya bagi ic kepada wakil saya dan wakil saya diminta ic juga terus dapat barang tu. Saya hairan la. Kenapa peraturan post ni pandai berubah ubah secara automatik. Saya tak faham. Padahal hanya nak tengok IC dan no.track…cukup dah pun bukti…siap ngan alamat dibagi. Saya punya barang saya tak boleh ambil. Saya duduk di post 5jam dari jam7pagi kene panggil nama jam12.45tengahari nak dekat jam1petang…hasilnya tak dapat.
Kalau org lain yg claim macam mana?dia tetap perlukan IC saya ke apa?
x perlu, mereka cuma perlu bagi IC mereka sendiri dan nombor tracking, itu sahaja
Saya nak tanya, barang saya dari ytl iatu hp yes beserta simcard telah pun dihantar ke agen pos dari saratok Sarawak. Masalahnya oleh kerana lambat ambil. Agen tu cakap barang telah pun dikembalikan. Macam mana saya nak dapatknya balik?
minta ytl pos semula ke agen
Ambil barang hari sabtu boleh ke?
bang klu contoh saya nk beli barang kt lazada or shoppee .. sya nk letak alamat poslaju ke pejabat pos ???
letak alamat rumah la bos
Kita nak p ambik barang di pos laju sendiri, kena bawa apa, ke cuma b as gitau diapa no tracking saja? Terus ke couter diapa dan terus bg no tracking?
bawa IC dan berikan no tracking sahaja
Terus ke kaunter aja ke, and bgitau no tracking d sana?
Klu mhu ambil brang sendiri di pos,ada nmbor tracking tetapi xda bwa ic.Sma jk xble ambil..Wlpun nmbor k/p ingat jk
Mereka mmng mgu tengo ic ka?
macam ni bos, kalau x kasi IC, sapa sapa boleh tipu ambil barang, kalau bawa IC, kalau tersalah pun boleh trace siapa yang ambil barang
kena bawa IC sebab sebagai keselamatan
Nk amik brg pjbt pos brpa kena bayar bos
xda kena bayar apa apa bos
kalau alamat rumah tak wujud, boleh tak bagi alamat pejabat pos laju? dan barang yg di post melalui city link boleh hantar ke pos laju?
yang ini saya x pasti tuan, kena call pos laju tanya
Kalau barang belum dihantar kerumah tapi kita nak pergi ambil barang sendiri diposlaju kerana urgent, boleh ke?
Barang Tak sampai