Semasa makan makan tengah hari dengan rakan. Rakan sempat memberitahu yang beliau ada mengingatkan isteri beliau tentang wajiban mengeluarkan zakat pendapatan. Beliau terkejut apabila isteri beliau tidak pernah mengeluarkan wang untuk membayar zakat sejak bekerja. Dan selepas ditegur dan diberitahu, maka isteri beliau pun mula mengeluarkan zakat untuk menunaikan hak orang orang miskin dan memberikan keberkatan kepada rezeki yang di dapatkan setiap bulan. Perkongsian tersebut menarik perhatian saya kerana saya sendiri tidak tahu akan kewajiban tersebut. Bukan tidak mahu bayar zakat, tetapi tidak tahu akan kelayakkan untuk mengeluarkan zakat.
Saya pun bertanya lebih lanjut berkenaan isu tersebut kepada rakan. Kata rakan saya, sebenarnya pendapatan gaji kita sekarang sudah perlu dan kena keluarkan zakat. Selepas bertanya lanjut dan faham sikit sikit, saya pun terus membuat carian di internet untuk memahami lanjut berkenaan zakat pendapatan. Rupa rupanya memang kita kena keluarkan zakat setiap bulan. Patutlah semasa isi borang klaim cukai pendapatan ada ruangan untuk mengisi jumlah zakat yang kita telah bayar dalam setahun.

Contoh jumlah zakat pendapatan iaitu dari gaji bulanan yang perlu dikeluarkan
Panduan Zakat Pendapatan Yang Perlu Dikeluarkan
Kata rakan saya, beliau telah hadir ke pejabat zakat dan berbincang mengenai berapakah jumlah zakat pendapatan yang seharusnya beliau keluarkan setiap bulan dengan staff pekerja Pejabat Lembaga Zakat. Dan setelah berbincang dan diberikan penerangan, pihak lembaga zakat telah memberikan borang yang perlu di isi. Dan borang tersebut perlu kita isi jumlah gaji bulanan, gaji tahunan berserta elaun bonus yang kita terus sepanjang setahun.
Dan selepas itu kita senaraikan bentuk bentuk wang perbelanjaan yang kita keluarkan setiap bulan seperti perbelanjaan isteri, ibu bapa, anak anak, potongan kwsp dan juga pendidikkan. Selepas itu jumlah pendapatan gaji setahun di tolak dengan maklumat perbelanjaan setahun. Baki wang tersebut barulah akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% setahun. Anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau tahunan.
Jumlah zakat pendapatan yang kena bayar tidaklah banyak mana. Gaji tahunan saya adalah RM44K setahun dan jumlah yang dikenakan zakat hanyalah RM46 sebulan sahaja. Rasanya tidak patut kalau saya dan kita semua tidak mengeluarkan zakat yang mana amaunnya tidaklah membebankan pun.
Ramai dari kita sebenarnya mengabaikan kewajiban membayar zakat samada secara sengaja ataupun tidak. Kita merungut kenapa pihak lembaga zakat kurang efektif dalam membantu golongan miskin. Kita pertikai apa yang mereka buat. Tetapi kita langsung tidak pernah ambil tahu tentang jumlah kutipan zakat yang mereka dapat dan berapa pula jumlah yang mereka telah keluarkan. Kalau kita tahu, saya pasti anda akan sedar yang pihak lembaga zakat tidaklah mendapatkan jumlah zakat yang sepatutnya untuk membantu golongan miskin sasaran.
Cara Mengira Zakat Pendapatan Secara Online
- Zakat Kalkulator – buat kiraan/semakan jumlah zakat secara online
- Masukkan maklumat jumlah pendapatan/gaji tahunan
- Masukkan maklumat jumlah perbelanjaan tahunan
- Ianya akan memaparkan terus jumlah zakat yang dikenakan terhadap gaji anda
Saya terus membuat carian dan semakan online tentang zakat yang perlu dikeluarkan bagi orang yang makan gaji. Rupa rupanya pihak zakat ada menyediakan servis perkhidmatan untuk membuat semakan dan kiraan terus tentang jumlah zakat pendapatan yang perlu dikeluarkan secara online. Ini sebenarnya memudahkan kita dan orang ramai. Saya pasti anda akan faham cara menggunakannya. Kalkulator zakat pendapatan yang diperkenalkan tidaklah serumit mana. Dan anda dapat melihat sendiri jumlah zakat bulanan yang perlu anda bayar dan keluarkan. Saya selepas ini akan komited untuk tunai zakat pendapatan. Anda bagaimana? Tunaikanlah zakat.
Leave a Reply