Dulu saya pernah beli TV LCD Philips 42 inci dan selepas itu bawa balik kampung bagi keluarga pakai. Secara jujurnya saya dah lama tidak menonton televisyen boleh dikatakan dah berbulan. Kalau tengok pun samada di kedai makan ataupun balik kampung bercuti. Itu sahaja, kalau tidak jangan harap nak tengok tv. Segala info atau maklumat semasa saya hanya dapati melalui media internet sahaja. Buat pengetahuan anda, laptop saya rosak skrinnya sejak 3 bulan lepas. Dan sejak itu sehingga kini saya hanya menggunakan Personal Computer (PC) desktop sahaja bagi melayari internet. Adakah terdapat cara untuk menonton TV di PC?
Lama lama rasa bosan juga apabila tiada TV. Saya mula bercadang untuk mendapatkan TV LCD baru untuk diri sendiri. Rasanya tidak perlu besar, cukup 32 inci sebagai penghilang rasa bosan. Harganya pun di dalam lingkungan bawah RM1000 sahaja. Bila fikir balik, saya mula bercadang untuk menjadikan PC yang saya ada sekarang supaya berkeupayaan menonton TV itu lebih baik. Lebih baik menonton TV di PC secara langsung. Lebih jimat kos dan lebih mudah digunakan. Mungkin ada diantara anda yang pernah melakukannya dan pada yang tidak pernah saya akan ceritakan dibawah ini.
Menonton TV di PC Dengan KWorld TV Tuner
Dua hari lepas saya pergi di kedai komputer dan membelek senarai barangan yang mereka jual. Tujuan saya adalah mencari “TV Card” untuk komputer desktop. Ada dua pilihan disana iaitu dari jenis PCI Card dan satu lagi dari jenis USB port. Saya memilih PCI card kerana PC Desktop saya mempunyai slot PCI yang langsung tidak digunakan malah mudah untuk memasangnya secara kekal. Harga tidak lah mahal, hanya berharga di dalam lingkungan RM130 sahaja. Tetapi perlu di ingat yang ariel tv dan juga cabel tv harus dibeli berasingan kerana ianya tidak disediakan sekali. Jom baca kisah saya mendapatkan K World TV Tuner PCI untuk menonton TV di PC.
Convert Desktop PC to TV Using KWorld TV Tuner (Analog TV Card)
Selepas sahaja balik dari kedai, pemasangan pun dilakukan. Maaf saya tidak sempat untuk snap gambar bagaimana bentuk rupa Kworld PCI Analog TV Card Lite itu. Anda boleh search di internet dengan nama yang saya berikan itu. Sangat mudah, hanya pasang di dalam desktop di bahagian PCI Slot dan kemudian proses installation software dibuat. CD installation disediakan sekali. Selepas siap pasang, siap installation. Maka anda bukalah software tv tuner tadi. K World TV Tuner Software ini kalau tidak up to date boleh di update menerusi online di bahagian about. Mudah sahaja.
Anda boleh tengok gambar diatas. Saya telah mencuba untuk menonton siaran TV3 dengan berjayanya. Kejelasan siaran sangat bergantung kepada Arial TV anda sendiri. Saya hanya menguji ini dengan menggunakan antenna jenis “indoor” dan bukannnya “outdoor”. Walaupun saya menggunakan antenna “indoor”, tetap saya berpuas hati dengan siaran TV yang saya terima. Semua ada. Sambil layan internet boleh juga menonton TV, hehehe.
Kebaikkan Kworld PCI Analog TV Card Lite (Desktop TV Tuner) berbanding TV Biasa.
- Menonton Siaran TV
- Mendengar Siaran Radio (FM)
- Snapshoot Gambar
- Merakam Video (merakam siaran TV)
- Mampu menetapkan masa rakaman
- Mempunyai remote contol sekali (dah macam tv betul)
- Video rakaman sesuai diupload ke youtube
Amacam best kan. Sambil melayari internet terus boleh menonton TV tanpa masalah di desktop PC. Ada rancangan yang best terus boleh rakam. Anda boleh menonton TV di PC dengan cara ini tanpa memerlukan talian internet. Murah, mudah, senang dan berbaloi. Lepas ini hendak layan berita, hendak layan bola boleh la tengok tanpa ada apa apa masalah. Apa apa pun memang best. Dengan kata lain sebenarnya ianya mudah sahaja untuk menjadikan PC anda untuk boleh menonton TV di PC. Kos yang diperlukan hanya RM130 untuk DIY ini. Jom tonton..
9 Comments
cara ni menjimatkan kos juga…boleh cuba untuk mereka yang tak ada tv ataupun nak tengok tv sambil online 🙂
A’aa la memang menjimatkan. Klu nak tgk Astro kat pc ada cara tak?
ada ja, hehhee
mcm mana eh kalau nk pasang astro dekat laptop..sbb tv baru rosak..mcm malas nk beli tv baru
share ye
mudah dan senang
salam. ada x cara nak tgk channel seperti discovery, axn, natgeo, star world dll di pc, FOC tanpa internet, langganan dll..? 😀
ada bro, tp malas la hamba nak kongsikan, hehehhe… 🙂
Salam saudara…saya nak tumpang tanya..kalau nak re-scan channel macamana ya??apa patut saya buat..saya cuma dapat 1 channel saja sebab antenna lama patah.
Salam. Mohon ajarkan cara nak pasang astro dekat laptop. tv baru rosak. nak beli baru modal xcukup lagi. plezz…