Ada banyak sebab kenapa anda perlu tukar alamat yang ada di kad pengenalan anda. Dan salah satu yang terjadi kepada saya adalah disebabkan perkahwinan. Saya orang Johor tetapi bekerja di Pulau Pinang. Dan untuk urusan mendapatkan borang nikah, saya perlu ke Johor untuk menguruskan semuanya. Proses ulang alik dari utara ke selatan Malaysia hanya membuang masa dan menghabiskan duit. Dan salah satu cara terbaik adalah dengan menukar alamat dan mendapatkan status sebagai anak tempatan negeri Pulau Pinang. Dan selepas itu, saya boleh mendapatkan borang nikah di Penang sahaja.
Adakah boleh kita menukar alamat yang ada di IC kita? Seperti yang saya katakan tadi, ada banyak sebab dan tujuan. Dan salah satu adalah untuk memudahkan urusan perkahwinan. Dan saya bertanya kepada rakan yang pernah melalui proses sebegini. Dan menurut beliau, proses untuk menukar alamat lama kepada alamat yang baru pada kad pengenalan adalah mudah. Tidak perlu bawa apa apa kecuali kad pengenalan sahaja. Dan ternyata apa yang beliau beritahu saya adalah benar.
Panduan Memohon Tukar Alamat Rumah Di Kad Pengenalan
Saya hanya perlu ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat. Dan kemudian beritahu akan tujuan kita iaitu mahu membuat permohonan menukar alamat rumah yang lama kepada yang baharu. Dan kemudian staff JPN akan memberikan borang penukaran alamat untuk kita isi. Dan kemudian ambil nombor giliran. Dan ketika giliran kita dipanggil, kita perlu memberikan borang tadi termasuk dengan kad pengenalan sekaligus. Dan kemudian tunggu sehingga proses selesai. Itu sahaja.
Lamakah proses untuk membuat permohonan menukar alamat rumah di IC kita? Sekejap sahaja. Dan ketika nombor giliran kita dipanggil, proses tersebut hanya memakan masa selama beberapa minit sahaja termasuk cap jari kanan dan kiri di scan untuk proses tersebut. Dan selepas itu anda perlu tangkap gambar. Proses tangkap gambar dibuat di situ juga. Siap.
Proses permohonan menukar alamat pada IC kita sebenarnya juga adalah proses mendapatkan kad pengenalan yang baharu tetapi dengan alamat yang terkini. Anda tidak akan dapat kad pengenalan baru terus pada masa itu. Anda perlu menunggu paling lama 2 minggu.
Kos yang diperlukan untuk membuat IC baharu dengan alamat yang baru hanya dikenakan sebanyak RM10 sahaja. Bagaimana untuk ketahui samada IC kita sudah siap atau belum? Anda akan diberikan resit permohonan yang mana dalam resit borang tersebut mempunyai cara cara untuk check secara online atau melalui sms akan status permohonan penukaran alamat IC anda. Jika berjaya, anda perlu membawa kembali resit berkenaan dan pergi semula ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengambil kad pengenalan IC anda yang baharu. Saya harap perkongsian saya ini dapat anda faham dengan mudah. Selamat mencuba.
1 Comment
Tak sabarnya saya nak makan nasi minyak.