Semalam isteri ada masak sambal ikan bilis petai. Jadi beliau ada menyuruh saya membantu beliau dengan memasak telur. Katanya ianya “sesuai” kalau di gandingkan dengan sambal beliau. Alah macam masak dan makan nasi lemak. Pasti ada sambal dan pasti ada telur. Jadi saya pun setuju sahaja. Antara cadangan yang kami setuju adalah kena masak telur rebus. Kalau tanya saya, sebenarnya sudah lama dan agak bertahun juga saya tidak pernah merebus telur. Hanya agak agak sahaja dan terus mencuba. Tetapi dalam kepala ada terfikir jugalah apakah ada petua untuk itu dan ini ketika merebus telur?
Kenapa saya terfikir begitu? Macam yang saya katakan di atas tadi. Sebenarnya sudah lama saya tidak memasak telur rebus. Kalau suruh saya merebus telur pun saya akan terus buat. Ikut logik sahaja. Orang suruh kita rebus telur, jadi kita fahamlah yang kita kena rebus air dan masukkan telur ayam ke dalamnya. Pernah lihat emak buat begitu dan pernah juga menolong emak untuk mengupas kulit telur untuk menu nasi lemak semasa zaman bujang dahulu. Soalan saya, apakah yang saya buat itu betul?

Berjaya merebus telur ayam walaupun baru pertama kali masak
Pengalaman Merebus Telur Ayam Kali Pertama
Telur ayam ini bukan semua orang suka makan. Namun saya pasti majoriti rakyat Malaysia memang makan telur ayam. Dan menu untuk memasak telur ayam ada banyak. Dalam masakkan orang melayu, kebanyakkan telur ayam dimasak dengan 3 cara sahaja iaitu goreng, buat telur masak sup iaitu pecahkan telur di dalam sup dan juga telur rebus bulat untuk nasi lemak. Kalau tanya saya, saya suka semua cara sebab saya memang suka makan telur. Masak apa pun saya suka dengan telur ayam ini.
Kalau anda lihat tajuk yang saya cuba kongsikan di atas ini adalah cara cara untuk merebus telur ayam dengan menggunakan kaedah paling mudah dan juga senang. Malah ianya terlalu sangat sesuai kepada anda yang masih baru atau pertama kali hendak belajar merebus telur. Nampak macam kelakar bukan? Kalau tidak tahu, memang tidak tahu. Sebab itulah saya mahu berkongsikan caranya di artikel ini.

Contoh alat dan produk untuk merebus telur yang ada dijual di website Lazada
Website Untuk Beli Barang Keperluan Masak Dapur
- Lazada – ada banyak produk memudahkan urusan dapur di sini
- 11Street – ada banyak produk memudahkan urusan dapur di sini
- Shopee – ada banyak produk memudahkan urusan dapur di sini
Sengaja hendak promosi sedikit. Di Lazada misalnya, ada produk seperti periuk untuk anda merebus telur. Kalau rumah anda tiada periuklah. Mereka juga ada menjual alat untuk memotong untuk menghias telur. Kalau anda berminat, sila dapatkan melalui website di atas ini ok.
Macam mana hendak merebus telur? Mudah sahaja. Sila ambil periuk dan isikan air sinki. Isikan air sehingga telur boleh tenggelam di dalamnya. Ambil telur ayam, basuh bersih dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air tadi. Letakkan periuk di atas dapur gas memasak dan hidupkan api. Kalau anda perasan, setting api ada yang kecil dan sangat besar. Anda hanya perlu hidupkan api gas memasak sederhana sahaja.
Terus masak sehingga air mendidih dan telur kelihatan retak. Ada orang share akan tips, panduan, rujukan termasuk petua bagaimana hendak merebus telur supaya kulit telur tidak retak, tidak pecah dan sebagainya. Saya tiada petua semua itu. Yang saya kongsikan ini adalah asas sahaja berdasarkan pengalaman sendiri merebus telur. Itu sahaja. Dari pengalaman yang saya buat, telur retak sedikit itu menunjukkan yang telur rebus tersebut sudah masak. Kalau ada telur yang sedikit pecah dan telur putih keluar sedikit pun jangan bimbang. Teruskan merebus. Kalau anda masih tidak yakin samada sudah masak atau belum, setelah telur kelihatan retak, teruskan rebus dalam 10 minit lagi ok. Selamat mencuba.
masak telur dan masak air adalah kepakaran saya bro..
sebab tidak perlu kemahiran tinggi..
yang penting keinginan untuk makan telur ada maka proses memasak menjadi sangat menarik