Adakah anda mengalami keadaan sim kad anda rosak, tidak berfungsi atau hilang signal talian telekomunikasi anda. Sebelum membuat apa apa andaian yang simkad telefon bimbit anda rosak ada baiknya anda melakukan beberapa perkara dahulu untuk benar benar mengesahkan yang sim kad anda benar benar rosak. Pertama sekali sila menanggalkan simkad anda, pasang semula dan restart semula mobile phone anda. Jika tetap sama masalahnya cuba pula menggunakan sim kad yang lain pula. Jika sim kad lain ok tetapi pasang semula sim kad lama anda dan tetap ada masalah, maka memang benarlah yang simkad anda bermasalah atau rosak.
Saya sebagai seorang yang telah menggunakan sim kad prepaid dari Maxis selama hampir 10 tahun telah ditimpa masalah berkenaan sim kad saya. Masalah yang timbul adalah tiba tiba smartphone saya tidak mempunyai “signal”. Cuba buka dan pasang tetap sama, tiada signal juga. Cuba gunakan simkad yang lain, ada signal pula. Jadi ini bermakna sim kad saya ada masalah atau rosak. Jadi adakah ada cara untuk memperbaiki atau repair sim kad rosak ini? Jawapannya tiada. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memohon sim kad baru di servis center talian komunikasi anda. Untuk kes saya, saya perlu pergi ke Maxis Service Center.
Cara Mohon Sim Kad Maxis Baru
Tidak kira samada sim kad anda dari jenis Prepaid ataupun Postpaid. Anda hanya perlu memberi tahu yang sim kad anda rosak dan mahu mendapatkan sim kad yang baru. Pihak service center akan memberikan surat atau borang untuk diisi untuk mendapatkan sim kad baru. Sila lihat gambar dibawah akan bagaimana rupa bentuk borang Mohon Sim Kad Maxis yang baru. Mudah sahaja, hanya perlu isikan maklumat no telefon lama, nama, ic dan juga turunkan tanda tangan. Bila sampai sahaja no giliran dipanggil, beri sahaja borang yang diisi tadi. Pengesahan IC diperlukan nanti untuk mengesahkan yang anda adalah pemilik sim kad yang sebenar.
Untuk sim kad postpaid RM10 perlu dibayar dan untuk sim kad prepaid hanya perlu membayar RM8.80 sahaja. Tidak mahal. Saya ingatkan RM8.80 untuk kos keseluruhan gantian sim kad baru hotlink maxis tetapi nampaknya saya diberikan sim kad hotlink maxis yang baru beserta kad top up berharga RM5 sekali. Jadi bertambah tambah berbaloi.
Jadi pendapat peribadi saya, pengalaman untuk mendapatkan dan Mohon Sim Kad maxis yang baru di sevice center Maxis amatlah baik. Prosedur yang sangat mudah, cepat dan pantas. Kepada yang berasa ragu atau berasa malas hendak ke pusat servis kerana fikir prosedurnya rumit, anda silap, saya sendiri merasakan ianya sangat pantas. Walaupun begitu ianya bergantung kepada berapa ramai customer pelanggan waktu itu dan juga mengikut no giliran anda. Baik sebelum saya menutup entry ini, saya perlu ingatkan anda untuk membuat “back-up” no telefon anda yang berada didalam sim kad lama kepada telefon bimbit anda. Dengan itu anda mampu untuk menyalin no telefon dari phone anda kepada sim kad yang baru nanti. Jangan lupa. Ok terima kasih.
16 Comments
Salam, nak tau kt mane eh bleh tukar sim card ni…maksud sy maxis service centre…sy keje kat area msjid jamek..
terima kasih diatas bantuan
pm me..sim kad sya dh expired…mntk tlong aktifkn blik plisz
kena pi buat di kedai la shah, hehe
Kad saya tk boleh guna kenapa
Adakah sim kad baru masih ada kredit yang terdahulu bak
Assalamualaikum…
Nak tnya hari tu pergi maxis centre nk renew simcard tapi chip ic rosak plak…mmng kene guna ic jugak ke…
Tq
kalau dia minta ic, memang kena beri ic
kalau ambil balik no lama boleh ke?sbb simkad hilang
Sorry confused sikit…utk mohon tukar simkad baru ni still guna nombor yg sama ke atau nombor yg baru?
no lama masih boleh guna selagi dia x expired
haloo admin..tumpang tanya
sy tinggal jauh lah kt kawasan pedalaman sarawak..yg dekat dengan area sarikei..bila sy semak cawangan maxis centre di srawak cuma ada 3 bahagian miri kuching dan sibu..so sy nk aktifkan simkad dan amik no yg sama sebab no fon baru je hilang 3hari lepas..so klo sy minta pihak ejen berdaftar pos dan payment sy buat bank in boleh ke cara mcm tu
Saya cadangkan kamu bertanya soalan ini di Facebook Maxis dulu, kalau mereka reply, tgk apa cadangan mereka
Assalamualaikum.. kalau nak sim baru sbb sim lama rosak untuk celcom sama jgk ke mcm maxis?tpi sim lama tu kna bwak skli tak?
Saya ade masaalah sim kad….saya dpt tahu name yg berdaftar atas sim saya bkn name saya..mcm mane ye…tapi saya hendak pakai no skrg ni…
Jadi klau sya pergi bli sim kad yng bru adkh smua cc sya akn hilang mcm itu sja??