Download Subtitle – Sehingga kini saya masih lagi suka untuk menonton TV series dari US. Begitu banyak TV Series yang boleh kita ikuti. Rasanya tidak semua orang tahu akan rancangan apakah yang sedang di tayangkan di US. Jadi internet lah sebagai medium yang menyambungkan dan menyebabkan kita tahu akan sesuatu dari jauh. Dan kini saya sedang mengikuti hampir 25 TV Series setiap hari, setiap kali ada update. Kebanyakkan series yang ditonton adalah 100% download. Dan sumber untuk mengikuti update terkini rancangan TV dan mengetahui series yang terbaru tidak lain tidak bukan dari laman “torrent”. Kepada yang faham akan bagaimana “torrent” berfungsi pasti tahu ia mudah dan menjimatkan masa apabila mendownload film, movie, TV Series melaluinya.
Masalah mendapatkan fail movie dari sumber “torrent” bukan suatu masalah. Malah ianya memudahkan. Tetapi yang menjadi masalah disini adalah ketiadaan sari kata atau “subtitle”. Hampir 100 fail movie yang di download tiada subtitle. Jadi bagaimana untuk mencari dan menDownload Subtitle? Kepada yang suka menonton movie download pasti tahu akan sumber untuk mendapatkan fail subtitle bukan? Ya, ada banyak. Tetapi soalan saya adalah bagaimana cara untuk Download Subtitle dengan mudah? Adakah anda ada cara termudah? Biar saya tunjukkan kepada anda.
Download Subtitle Melalui Podnapisi.net Dengan Google
Sumber fail subtitle adalah sangat banyak di internet. Saya memilih sumber dari laman “podnapisi.net” sebagai sumber utama saya kerana berdasarkan pengalaman dan terpercaya dengan fail subtitle yang diberikan untuk di muat turun. Oleh itu untuk tips Download Subtitle dengan mudah pada artikel kali ini, saya akan menjurus kepada sumber laman web “podnapisi.net” sebagai contoh pada kali ini.
Untuk pengetahuan anda, Search Engine Google yang selalu anda gunakan sebenarnya boleh untuk anda ubah suai cara kaedah menggunakannya supaya memberikan hasil carian yang lebih pintar. Cara biasa yang orang selalu gunakan untuk mencari sesuatu atau mencari subtitle adalah dengan dua cara iaitu:
1. Melawat “podnapisi.net” dan kemudian menaip tajuk Film/Movie/TV Series di engin carian podnapisi.net
2. Menaip di Google seperti ini “Amazing Spiderman Eng Subtitle”
Diatas ini adalah dua cara yang biasa kebanyakkan orang buat bila hendak Download Subtitle. Kaedah ini tidak salah dan memang berkesan pun. Cumanya saya ada cara yang lebih mudah dan pantas untuk masalah ini. Nak tahu? Sila lihat dibawah.
Seperti yang saya katakan tadi, kita boleh gunakan Google untuk membuat carian dan memaparkan hasil carian secara pintar. Yang kita perlukan adalah “CODE” dan “TAJUK SUBTITLE MOVIE” yang kita inginkan. Katalah saya ingin mencari subtitle TV Series dari rancangan Chicago Fire (Season 2 Episode 10) berbahasa english. Jadi kod tv series rancangan Chicago Fire perlulah menjadi sebegini iaitu “Chicago Fire S02E10 Eng”. Ini adalah kod TV Series untuk subtitle
Pergi kepada Google dan taipkan ” site:”Laman Web Subtitle” “kod TV Series Subtitle” “. Ini sahaja. Saya akan memperjelaskan yang kod penuh akan menjadi seperti ini dibawah:
site:podnapisi.net Chicago Fire S02E10 Eng
Kalau anda kurang jelas tentang cara Download Subtitle menggunakan Google, anda boleh lihat berdasarkan gambar diatas. Mungkin nampak agak sedikit teknikal, tetapi percayalah, jika anda sering menonton TV Series dan selalu mendownlod subtitle, saya pasti cara diatas jika anda selalu menggunakannya, anda pasti akan menyetujui kata saya yang kaedah Download Subtitle melalui Google dengan arahan kod seperti ini adalah sangat memudahkan. Malah hasil carian yang diberikan pula adalah “TEPAT” kepada apa yang anda mahukan. Selamat mencuba.
2 Comments
hi.. assalamualaikum.. sy nk tanye.. sy da cube download bnyk subtitle… tapi sume x match.. sy mintak sngt kalo admin bole ajarkn sy… thanks..
Salam syasya, boleh baca artikel di sini http://myrujukan.com/cara-download-subtitle-automatik-apabila-tonton-drama-english/