Adakah anda mengalami dan menghadapi masalah Iklan Adsense Tidak Terpapar? Bagi blogger Malaysia, baru baru ini ramai betul yang mempunyai masalah iklan Google Adsense tidak keluar, lagi lagi di bahagian homepage blog/website mereka. Apakah yang berlaku sebenarnya? Apakah disebabkan kesan oleh Panda 4.0? Saya sendiri menghadapi perkara yang sama. Sebelum ini baik baik sahaja. Tiba tiba iklan adsense tidak muncul di homepage. Dan kemudian adsense ads juga tidak keluar di sesetangah artikel blog post. Ada yang keluar dan ada yang tidak. Akibat besar dari ini adalah kejatuhan besar akan earning Google Adsense. Apakah ada jalan penyelesaian bagi masalah ini?
Sebenarnya ada satu kaedah trick kecil yang boleh anda lakukan untuk membuatkan Iklan Adsense Tidak Terpapar ini selesai dan akan terpapar semula didalam hanya tidak sampai seminit. Sebelum itu saya ingin mengingatkan kepada anda akan dua perkara. Perkara yang pertama sila jangan mengharap jika teknik ini berjaya. Ini kerana peratusan berjaya adalah tinggi akan tetapi ada juga yang tidak menjadi. Iklan adsense terpapar tetap bergantung kepada keyword dan artikel anda itu sendiri. Harap anda faham.
Tips Betulkan Masalah Iklan Adsense Tidak Terpapar di Blog
Dan perkara yang kedua adalah, saya TIDAK JAMIN jika apa apa yang berlaku kepada akaun adsense anda. Saya tidak pasti samada teknik ini menyalahi TOS Google Adsense ataupun tidak. Apa yang anda buat adalah tanggungan diri anda sendiri. Saya harap anda tidak menyalahkan sesiapa jika apa apa berlaku pada akaun adsense anda. Harap maklum. Untuk makluman anda, teknik menyelesaikan Iklan Adsense Tidak Terpapar ini berjaya saya lakukan di website saya tanpa masalah. Malah penyelesaiannya adalah serta merta.
Baiklah, kepada blogger yang ada masalah Iklan Adsense Tidak Terpapar. Saya akan kongsikan trick ringkas atau mudah yang boleh anda lakukan. Ianya sangat simple. Malah saya pasti, selepas anda lakukan, anda akan gelak kerana ianya semudah abc sahaja.
Pertama sekali sila lawat website anda. Masuk kedalam admin dashboard anda. Sila cari semua “code adsense ads” anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat pengubahsuaian kecil iaitu “penambahan kod” kepada kod iklan adsense anda dan kemudian “save” sahaja. Anda perlu lakukan ini terhadap semua iklan adsense ads yang anda gunakan didalam blog anda.
Lihat pada gambar diatas. Anda nampak tanda “anak panah” yang saya buat? Untuk pengetahuan, kod adsense ads yang sebenar adalah TANPA “data language=”en””. Jadi apa yang anda perlukan untuk memulihkan Iklan Adsense Tidak Terpapar ini? Yang perlu anda lakukan adalah dengan menambahkan kod tambahan iaitu “data language=”en”” seperti gambar diatas. Kedudukkan kod tambahan perlu betul iaitu berada di sebelah kanan “adsbygoogle” dan mesti jarak satu spacebar. Mudah bukan? Sekarang sila lihat iklan Google anda? Adakah telah terpapar? Saya harap anda berjaya lakukan. Jom senyum.. 🙂
16 Comments
informasi yang sangat bagus bagi yang memerlukan
itulah dia
Ok noted. Thankyou bro.. Aku akan buat nanti..
try jangan x try
kalau kantoi. tanggung sendiri aa.
haha
tu la risau juga
kalau ikot TOS, modified kod adsense tanpa kebenaran memang salah, risau2 lak bro, harap2 xjadi apa2 la
sebab tu kawan kata apa apa pun tanggung sendiri yer, hehe
mesri berhati-hati supaya tidak timbul masalah di kemudian hari..
harap harap tidak lah, sebab itulah saya katakan yang ikut ni kena tanggung sendiri
blog puteri juga menghadapi masalah yang sama, kejap ada kejap tak ada. Macam biskut chipsmore dah. Puas cari jalan penyelesaian sehinggalah terjumpa artikel ni. Thank you 🙂
sama sama, mesti senyum kan, tp apa apa pun kena tanggung sendiri ok.. 🙂
Salam bro…Mengubah kod adsense tanpa kebenaran memang salah.. walau bagaimana pun pihak adsense ada memberi panduan sendiri jika mahu mengubah sedikit kod adsense agar terpapar pada blog.. boleh dapatkan maklumat daripada laman support google berikut… https://support.google.com/adsense/answer/2594855?hl=en&ref_topic=1348129
## -_- semoga dapat membantu..
terima kasih diatas bantuan ni labu
di indnesia tidak ada masalah seperti itu,saran saya coba hubungi admin Google malaysia
di indonesia x berlaku spt ini kerana bahasa indonesia di support untuk adsense. Untuk Malaysia, bahasa Malay belum lagi disupport, jadi itulah masalahnya… 🙂