Saya dapati pendapatan adsense blog ini sedikit bertambah ketika saya membuat beberapa perubahan. Anda mahu tahu? Google Adsense adalah salah satu perkhidmatan pengiklanan yang membayar yang paling baik setakat ini bagi mana mana blogger. Ada banyak pencabar dan alternatif lain selain Adsense. Namun mahu tidak mahu anda terpaksa mengakui adsense tetap yang terbaik. Sebab itulah ramai yang mahu buat duit dengan adsense.
Alhamdulillah, akaun Google Adsense saya ini sudah bertahan lebih 8 tahun. Dan saya baru benar benar aktif dengan Adsense ini sejak 2 tahun lepas. Itupun kerana tidak perasan yang akaun adsense saya sudah lulus sejak sekian lama. Sebab itu kalau anda atau orang lain tanya kepada saya bagaimana untuk mudah lulus mendapatkan akaun adsense, saya cakap tidak tahu. Ini kerana akaun adsense yang saya ada sekarang adalah permohonan tahun tahun lalu. Sudah lama.
Tips Tingkatkan Pendapatan Adsense
Kenapa di sini saya mahu berkongsikan dengan anda akan kaedah tingkatkan pendapatan adsense tahun 2016 ini? Ini kerana saya sendiri mencuba membuat perubahan itu. Salah satu sebab terbesar adalah kerana beberapa bulan lalu, akaun adsense saya mendapat mesej amaran dari team Google Adsense. Mereka memberi amaran yang iklan saya besar dan terlebih dari kotak widget theme blog ini sehingga mengganggu tujuan utama blog dibina.
Saya melihat, dan masih tidak nampak di mana kesalahannya. Pada pandangan mata kasar, iklan yang terpapar nampak elok. Tetapi tidak tahu pula jika paparan berbeza dengan apa yang team adsense lihat di screen mereka. Tanpa membuang masa, saya terus menukar iklan bersaiz besar kepada bersaiz kecil. Tetapi saya terfikir sesuatu, sudah lama saya tidak ber-eksperimen dengan saiz iklan di blog ini dan kesannya kepada earning adsense.
Oleh itu, setelah membuat sedikit kajian, saya dapati, blog ini menerima kunjungan trafik mobile iaitu “smartphone” dalam peratusan agak besar iaitu hampir 60%. Kenapa tidak saya menukar sahaja atau mencampurkan iklan berbentuk “RESPONSIVE”. Iklan dari jenis ini akan mengubah saiz bentuk mengikut saiz paparan samada di desktop ataupun pada smartphone. Ini penting bagi memberikan paparan iklan yang baik kepada semua platform pengguna.
Setting Iklan Google Adsense 2016
- Sila gunakan iklan biasa samada 336×280 ATAU 300×250
- Sila gunakan iklan responsive jenis automatic size
- Sila gunakan iklan responsive line jenis automatic size
Saya berikan anda sedikit tips tingkatkan pendapatan adsense di atas ini. Ini adalah apa yang saya buat. Saya tidak pasti samada ianya sesuai dengan anda ataupun tidak. Kalau anda ingin mencuba saya persilakan anda. Untuk melihat samada ianya berkesan atau tidak, saya nasihatkan selepas anda mengubahnya, sila biarkan paling kurang dalam 2 minggu ataupun sebulan. Dan selepas itulah anda boleh membuat keputusan samada untuk terus menggunakan setting iklan adsense terbaru seperti saya atau seperti yang anda buat sebelum ini. Sekian.
1 Comment
Kalau akaun adsense aku hidup lagi, memang aku dah try dah setting ni