Setelah diterangkan tentang asas simkad Tronexus, tentang kelebihannya dan juga bentuk program pendapatan yang ditawarkan. Sesetengan prospek akan bertanya tentang topup pula. Soalan yang selalu kerap ditanyakan kepada saya adalah, “senang tak nak cari topup Tronexus kat kedai?”, “kena beli topup apa yer kat kedai?”, “kat mana nak beli topup dia?” dan bermacam lagi tentang cara tambah nilai simkad Tronexus ini. Untuk pengetahuan anda, di artikel ini, saya akan berkongsikan dengan anda secara jelas bagaimana untuk beli kredit tambah nilai simkad Tronexus ini.
Sebenarnya ada 4 kaedah cara untuk beli topup tambah nilai simkad Tronexus ini. Yang pertama anda boleh beli terus di Website Tron. Kedua melalui eWallet Tronexus. Ketika beli di kedai yang mempunyai mesin ePay seperti Pertronas dan 7-11 dengan meminta topup dengan nama “Tron”. Dan yang ke-empat adalah dengan membeli topup melalui akaun bank online seperti Maybank atau Cimb Clicks. Saya sudah mencuba beli topup Tronexus melalui Cimb Clicks dan berjaya.

Bagaimana tambah nilai simkad Tronexus melui CIMB
Beli Topup Tambah Nilai Simkad Tronexus
Di artikel ini saya ingin berkongsikan kepada anda cara sebenar untuk beli tambah nilai simkad Tronexus melalui website Cimb Bank iaitu di Cimb Clicks. Saya sudah memcubanya dan berjaya topup kredit simkad Tronexus saya dengan berjaya tanpa masalah. Kepada yang suka beli topup di kedai di persilakan. Dan kepada anda yang lebih suka tambah nilai kredit simkad secara online pula, boleh ikuti cara saya ini. Sangat mudah can cepat.
Langkah Langkah Beli Topup Kredit Simkad Tronexus Di Cimb Clicks
- Buka website Cimb Clicks di sini dan login dahulu – [ Click Here ]
- Pergi ke menu “Top Up” dan klik pada “Prepaid Menu”
- Pilih akaun bank anda, pilih “Mobile Reload” dan pilih “Tron Talktime” samada RM10, RM30 atau RM50
- Masukkan no telefon anda pada “Reload To” dan klik “Submit”
- Dapatkan no tag dan isikan Tag Number dan klik “Confirm”
- Siap!!! Anda akan mendapat sms mengatakan tambah nilai berjaya
- Boleh check baki kredit simkad Tronexus anda dengan mendail *129#
Kalau anda masih tidak jelas bagaimana untuk tambah nilai simkad Tronexus di website Cimb Clicks, anda tonton sahaja video yang saya berikan di atas ini. INGAT!!! Kaedah ini adalah untuk anda yang mempunyai akaun online Cimb bank sahaja. Seperti yang saya katakan tadi di atas, persoalan tentang hendak mencari topup “Tron” bukanlah satu masalah. Ada banyak tempat dan cara anda boleh beli tambah nilai simkad Tronexus ini. Saya juga akan berkongsi dengan anda cara cara lain untuk topup simkad Tronexus ini. Dan salah satunya seperti yang saya kongsikan di artikel ini. Selamat mencuba.
Leave a Reply