Adakah anda pengguna internet dari Telekom Malaysia (TM) iaitu streamyx? Pernah check kelajuan streamyx internet dirumah anda? Adakah anda berpuas hati? Sebelum menggunakan perkhidmatan dari TM, saya selalu membaca akan review review negatif berkenaan streamyx. Ada yang kata ok, ada yang semput, ada yang selalu bermasalah dan pelbagai lagi. Tetapi setelah saya menggunakannya sendiri sejak hampir 2 tahun lebih, saya boleh katakan yang saya SANGAT BERPUAS HATI. Kalau ada masalah sikit sikit itu biasalah bagi saya. Akan tetapi tahap kepuasan menggunakan streamyx adalah 95%. Ini pengalaman saya.
Pada awalnya saya hanya menggunakan streamyx 1MB iaitu RM110 sebulan. Setelah setahun saya mengupgrade talian internet kepada pakej blockbuster deal 4MB iaitu RM140 sebulan. Saya tahu terdapat disana pakej 5MB dari unifi yang berharga RM149. Buat masa sekarang belum bercadang hendak menaik taraf kepada unifi. Seperti biasa, apabila anda baru sahaja menggunakan perkhidmatan streamyx atau baru sahaja memasang talian internet dirumah, anda pasti mahu check kelajuan streamyx bukan? Ini kerana setelah pemasangan selalunya ianya mengambil masa untuk stabil dan mencapai kelajuan sebenar.
Cara Check Kelajuan Streamyx
Pengalaman saya semasa menggunakan streamyx 1MB, kelajuan internet hanyalah biasa. Apabila membuka YouTube pasti akan terjadinya “buffer” iaitu video perlu di streaming (henti) dahulu untuk mendapatkan kelancaran menonton video dari YouTube. Ini kes saya tetapi mungkin berbeza dengan yang lain. Dan selepas menggunakan streamyx 4MB, memainkan video dari YouTube menjadi lancar. Antara kelebihan utama adalah potensi memuat turun (download) yang menjadi lebih laju. Ketika mendownload ianya sangat ketara kelajuannya. Adakah anda pernah menggunakan TM Speedtest check kelajuan streamyx anda?
Anda perlu check kelajuan streamyx anda. Ini penting. Gunakan internet speedometer untuk ketahui kelajuan internet anda. Jika anda menggunakan streamyx 4MB sebagai contoh, pastikan kelajuan adalah hampir atau menyamai dengan nilai 4000kbps. Jika rendah dari itu maka, kelajuan internet anda bermasalah dan anda tidak mendapat kelajuan yang sebenar seperti apa yang anda bayar. Sila ambil perhatian. Ini merugikan anda. Jika berlaku sedemikian sila telefon pihak Telekom Malaysia (TM) untuk tindakkan lanjut.
Jika anda pengguna Streamyx. Anda boleh menggunakan laman website TM Speedtest Speedometer untuk mengukur kelajuan internet anda. Sebelum itu ketahui dahulu pakej internet yang anda pakai. Jika 1MB, maka keputusan dari speedtest harus menunjukkan hampir atau lebih kurang nilai 1000kbps dan begitulah seterusnya. Lawat link dibawah untuk melakukan ujian kelajuan internet streamyx anda sekarang. Sila tutup semua aplikasi komputer yang dibuka dan hanya buka laman speedometer TM sahaja untuk keputusan yang lebih tepat.
1. Laman Speedometer TM – TM Speedtest
Jika anda kurang jelas cara menggunakannya sila lihat video dibawah tentang cara check kelajuan streamyx dari kes sebenar iaitu internet saya sendiri sebagai contoh iaitu pakej internet 4MB. Lihat sekarang.
Anda lihat bagaimana saya check kelajuan streamyx internet 4MB saya. Dari data tersebut (download) menunjukkan saya menerima keputusan iaitu lebih 4000kbps. Ini bermakna saya telah mendapat kelajuan internet yang memang betul. Tiada masalah pada kelajuan internet saya. Saya harap anda jelas akan cara untuk uji kepantasan internet anda. Bye.
29 Comments
Kelajuan internet kat umah aku hanya 1mb kira oklah daripada tak ada.hehehe
ok dah tu bro
sekali sekala mesti nak test internet speed, umumnya lain-lain ISP kena test.
memang kena test kalau x kita x tau samada kita punya speed betul atau x
Setakat ni laju lagi.hoho
kompem la laju, hang banyak blog
Sma la…tm x sempoi langsung slalu msalah…kau ok la pkai 4000 blh dpt..aku 8000 mcm 1000 ja..tm smua pnipu ja…time nk promosi smu ok dh psg hmee mcm puki…
Saya pun plan nak tukar ke unifi sbb dapat rancang free di TV..
bro nak bagitaw.. kalau daftar unifi sendiri di internet, dapat free caj sebulan …
owh bro dah pakai ker, terbaiklah, ada limit x bro untuk download
saya belum tukar lagi.. mungkin bulan puasa nie..
hari tu saya tanya, diaorg kata buat masa skrg tiada limit.. buat masa skrg la diaorg kata… 😀
yep dengar ramai yang kata masih xda limit, ok lah tu, bagi saya kalau ada limit pun, kasilah besar sikit space pun xpa
salam, tumpang tanya..saya dah beberapa kali cube buka page tm speedometer tapi tak berjaya..ada cara lain x?
sebenarnya link tu boleh pakai, tetapi mungkin pihak streamyx x perasan yang link speedometer mereka “down”. Kena tggu mereka up baru boleh guna
Object not found.
sekarang sudah boleh tuan
Streamyx ni selalu bermasalah. Tiap2 bulan pasti data rate akan drop dari 5000 ke 2000. Adoyai…tiap2 bulan kena call 100.
mungkin tmpt kamu ada masalah kot Lukman, tmpt saya sejak 2 tahun lebih, nak kata ada masalah lebih sekali pun payah, ok sahaja
Salam,nak tanya,saya pun pakai pakej blockbuster deal 4MB yg RM140 p’month tu..so far ok puas hati..just nak comfirm kalo kite punye quota limit exceeded mmg kbps speed jadi slow ek?
kepada Hanim, streamyx setakat ini tiada kuota. Sepatutnya x jadi isu jadi slow. Ada beberapa perkara kenapa ianya jadi slow iaitu kawasan anda pengguna internet streamyx sangat tinggi jadi ianya bakal mempengaruhi kelajuan internet (MUNGKIN). Namun, untuk info anda, dalam bulan ini pihak TM mengatakan talian internet mereka iaitu kabel dasar laut ada masalah dan sedang dalam proses baiki. Dengan kata lain ada kawasan tertentu akan menghadapi gangguan internet salah satunya kelajuan internet terjejas buat seketika. Malaysua juga dalam keadaan banjir yang mempengaruhi talian menjadi perlahan akibat kabel kabel yang terjejas. Untuk lebih kepastian, sila call TM untuk bertanya kepada mereka akan kawasan anda. kalau tiada masalah, mungkin modem anda ada masalah…. 🙂
askum
selamat pg
ramlan hassan ada streamyx ..ramlan60
streamyx saya terlalu slow …mula2 saya ambil yg rm70 skg nie rm140
masih slow lg…
mcm mana cara nak laju kan streamyx…
mcm nie selalu line nya slow dah byk kali buat report mcm nie juga
skg nie streamyx masih slow lg
tak payah la saya ambil unifi…
sekian
t.kaseh
Kenapa internet streamyx saya asyik menjadi putus2 je saya pkai streamyx 1MB dan saya dah membuat TM Speedometer dapat keputusan 1275kpbs tp internet kat rumah saya ni asyik terputus-putus je kenapa ekkk ????????????
Ke sekarang ni line TM ade masalah ke atau kat kawasan rumah saya ni mmg line slow dulu elok dan laju je pkai TM ni sekarang ni slow dan asyik putus2 je line ni
hello.
bro mintak tolong. ni first time ak dapat info pasal ideal speed ni.
kalau ak guna 1mb punya tapi bila download speed paling tinggi cuma sampai 110kbps je.
adakah ini dikira ideal.?
kalau tidak adakah pihak stremix boleh menyelesaikan isu ni..
nk tanye. sy amek streamyx pakej 4Mb. buat speedtest dpt around 3.9Mb. tp bile sy download movie or something big, max download speed just 500kbps. even sy try waktu pagi2 buta pun sama still 500kbps. streaming kdg2 slow, kdg2 laju. is it normal or something wrong? thank you.
Salam Poprazmi – apa yang kamu rasa tu betul dan normal. Ianya begini.
Kalau 1 MB – kelajuan muat turun akan jadi antara 100kb/s
Kalau 2 MB – kelajuan muat turun akan jadi antara 200kb/s
Kalau kamu punya 4MB – kamu boleh agak yang kelajuan kamu akan jadi 400kb/s.
Jadi kamu kata kamu dapat download speed 500kbps tu kelajuan betul.
Saya harap kamu x tersilap dengan menyangka saya ambil pakej 1MB bermaksud kelajuan muat turun adalah 1mbps, ni salah
atau kamu ambil pakej 4MB maka kelajuan muat turun 4mbps, ni salah. Harap kamu x tersilap ya. 500kbps yang kamu dapat itu normal dan betul
owh. ok2. thanks admin. 🙂
normal dan betul tuh tuan
Salam. Tq sebab buat post yg sgt berguna ni.
Sy baru dua hari lepas installment utk internet stremxy. Dan package yg di janjikan ialah 4mbps rm88.
Tadi baru cek kelajuan dalam 1818kbps je. Kenpa ye? Normal atau sy perlu rujuk ke TM. Tq
saya bercadang upgrade 4mbps keada 8mbps.. (kawasan saya takde unifi)
soalannya:
1. Apakah modem yang sesuai digunakan
2. Skrg guna RIGER (tm bekalkan).. akan dapat modem baru tak…kalaupgrade nnt…hehhehe
3. kalau ambil dlink 300mb (rege 95—150) ok tak..ada 2 antena
4. kalau nak tengok streaming tv…. kodi , myiptv.. apa modem sesuai dirumah
terima kasih