Ramai yang tidak tahu sebenarnya pasal cas cas tersembunyi (hidden charges) yang dikenakan oleh bank pada kita. Sebenarnya ianya telah di beritahu semasa menanda tangani perjanjian sewa beli kenderaan. Tetapi oleh kerana kita tidak membaca terma terma syarat yang dikenakan, maka ramai dari kita yang tidak tahu akan perkara ini. Apakah cas lewat bayar kenderaan ini. Ianya cas yang dikenakan kepada kita sekiranya kita terlewat bayar atau tidak membayar mengikut masa atau tertunggak bayaran bulanan.
Semasa saya ke Bank untuk bertanyakan tentang early settlement kereta, pihak bank telah memberi tahu kepada saya yang saya perlu menjelaskan dahulu cas cas tertunggak yang di kenakan kepada saya sebelum saya boleh membuat hal hal yang lain. Saya terkejut dengan maklumat tersebut kerana tidak tahu menahu akan perkara ini. Menurut pihak bank, saya telah dikenakan cas lewat bayar kerana saya telah beberapa kali terlewat membayar ansuran kenderaan setiap bulan. Dan cas cas berkenaan telah berkumpul.
Penalti dan Denda Cas Lewat Bayar Pinjaman Kenderaan
Saya tanyakan pada pihak bank, adalah cas lewat bayar saya akan selesai JIKA saya membuat bayaran lebihan setiap bulan? Bank memberikan jawapan bahawa “late payment charges” tidak akan dipotong “deduct” dari pembayaran lebihan yang kita buat. Ini bermaksud ianya perlu dibayar secara berasingan dengan loan installment kita setiap bulan. Untuk pengetahuan anda, saya selalu lewat bayar pinjaman kenderaan kerana sibuk bekerja akan tetapi saya selalu membayar lebih bayaran kereta. Perbuatan saya ini tidak menyebabkan penalti denda lewat bayar ditolak sekali dengan lebihan wang yang saya lakukan.
Jika anda selalu terlewat bayar bayaran loan kereta anda setiap bukan. Maka anda sebenarnya telah dikenakan cas lewat bayar oleh pihak bank. Tetapi cas sebegini anda tidak tahu yang anda telah dikenakan penalti denda. Yang perlu anda buat adalah, datang ke Bank dan suruh pihak bank untuk menyemak denda bayaran lewat bayar yang telah dikumpulkan. Anda perlu membayar ianya secara berasingan.
Late Payment Penalty From Hong Leong Bank – [ Hong Leong Auto Loan ]
What if I fail to fulfill my obligations?
• Late payment penalty : 8% p.a. on the amount in arrears
• The bank has the right to repossess the vehicle if there had been two successive defaults of payments or a default in respect of the last payment; or in case where the hirer is deceased, defaults in four successive monthly instalments
Yang saya buat, saya tanyakan kepada pihak bank berapakah jumlah terkumpul cas lewat bayar yang dikenakan pada saya. Saya bayar dahulu dan kemudian barulah saya membayar installment bulanan kenderaan pada waktu itu juga. Dengan itu cas cas tersembunyi telah diselesaikan dan tidak akan mengganggu anda dikemudian hari. Saya harap selepas ini anda sudah tahu dan tidak perlu terkejut jika pihak bank meminta anda menjelaskan bayaran tertunggak dari cas lewat bayar. Sekarang anda sudah tahu. Berapakah jumlah cas lewat bayar yang dikenakan? Ianya bergantung kepada jumlah loan yang anda pinjam dan juga tempoh anda membayar cas tersebut. Lagi lama anda biarkan, lagi tinggilah jumlah berkenaan. Bertindak segera. Datang bank dan tanyakan hal ini. Sekian.
11 Comments
Ya.
Rajin2 la gi bank tanya ye.
sekali lewat RM5, kalau setahun dah RM60
saya nak tanya, jika kes late payment everymonth. sbb gaji lewat dari due date payment, adakah susah untuk buat loan seterusnya?
ya betul, sekarang sudah semakin tegas terhadap komitment bayaran bulanan
Assalaamualaikum sy nk brtanya…
Sy ada tunggakkan ansuran kereta dalam 5 hari, kiranya caj sehari rm5 ker?
Mohon bantuan, terima kasih encik…
eh cas xda sebanyak itu Ateh. Tertunggak sebulan pun x mengapa. Sebulan tertunggak pun baru berapa ringgit cas lewat bayar tuh
Hi sy nk kalu lewat byr ke maybank dlm 10 hari ianya amik ms 1 hari cas rm5 ke?
salam ..saya nak tanye klo lewat uat payment kete bape ari takpe ke ?
SAYA NAK TANYA KALAU SAYA LEWAT BAYAR 20 BULAN. BERAPA INTEREST DIE CHARGE
Nak Tanya buat loan dekat public bank tpi klo semak lewat ansuran dekat public bank cawangan lain boleh ke
Terima kasih atas postingan admin. Sangat berinformasi!