Untuk blogger yang masih baru, selalunya cara paling mudah dan paling ringkas hendak buat duit melalui blog adalah dengan menggunakan Nuffnang. Jika anda blogger baru, saya cadangkan anda daftar nuffnang sekarang juga. Dari Nuffnang inilah anda akan belajar bagaimana satu program iklan membayar blogger dalam bentuk duit. Mudah cerita anda akan secara automatik belajar bagaimana anda boleh buat duit melalui iklan. Samada pendapatan nuffnang nanti banyak atau tidak, itu cerita lain.
Sejak saya mula berblogging hingga sekarang, boleh dikatakan Nuffnang antara program pengiklanan yang memang terbukti membayar pesertanya dan salah satu program yang boleh di percayai. Di dalam Nuffnang, anda akan belajar 2 perkara tentang bagaimana duit itu terhasil. Saya akan kongsikan dengan anda akan bentuk pendapatan nuffnang agar selepas ini anda faham bagaimana duit itu terjadi.
Withdraw Pendapatan Nuffnang Hujung Bulan
Apabila anda pasang skrip iklan Nuffnang di blog anda. Blog anda akan memaparkan iklan yang pelbagai yang mana iklan ini anda tiada kawalan terhadapnya. Kalau Nuffnang hendak tayang iklan milo, maka iklan milo lah yang akan keluar. Kalau mereka mahu tayang iklan beg tangan, maka iklan beg tangan yang akan terpapar. Iklan iklan yang ditayang dan terpapar di dalam blog ini sebenarnya dibayar oleh syarikat yang menghasilkan produk kepada Nuffnang. Dan Nuffnang pula tayangkan iklan ini di dalam blog anda.
Nuffnang dapat banyak duit dari syarikat. Tetapi Nuffnang tidak ada blog atau website. Mereka perlukan beratus malah beribu blog untuk membantu mereka menayangkan iklan promosi tersebut. Dan Nuffnang pula akan membayar kita iaitu anda iaitu blogger. Bagaimana blogger boleh jana pendapatan nuffnang ini?
Bukankah tadi saya katakan iklan akan terpapar di blog anda bukan? Dan katakan sehari anda menerima jumlah trafik harian sebanyak 1000 views. Dari dari 1000 pelawat ini ada yang klik iklan anda dan ada yang tidak. Di bawah adalah ringkasan pendapatan nuffnang yang boleh anda dapat:
Klik Iklan – Jika ada mana mana pembaca blog anda yang klik iklan yang terpapar. Maka Nuffnang akan membayar anda akan setiap klik tersebut. Andaikan 1 klik bernilai 20 sen. Jika sehari anda dapat 10 klik, maka pendapatan nuffnang anda hari itu adalah = 20sen x 10 klik = RM2 sehari.
Bayaran Iklan Setiap 1000 paparan – Kadang kala Nuffnang akan memberikan anda menyertai program pendapatan khas yang diberi nama Buffered Earning (BE). Program ini tidak membayar anda dengan bayaran dari klik. Tetapi bayaran berdasarkan paparan iklan terpapar pada setiap 1000 iklan yang berjaya dipaparkan pada pembaca blog anda. Katakan Nuffnang membayar setiap 1000 kali iklan berjaya ditonton kepada pembaca blog anda di bayar sebanyak RM2. Maka jika anda menerima trafik sehari 2000 views, maka pendapatan nuffnang anda hari itu adalah 2000 x RM2 = RM4 sehari.
Apa yang saya kongsikan ini hanyalah gambaran asas tentang pendapatan nuffnang. Harga bayaran setiap klik dan juga paparan setiap 1000 view hanyalah anggaran sahaja. Untuk pengetahuan anda, lain lain program pengiklanan selain Nuffnang juga menggunakan konsep begini. Namun untuk blogger baru terutamanya blogger Malaysia, gunakan Nuffnang sebagai salah satu cara untuk anda mengenali program jana pendapatan melalui iklan ini sebagai pemula. Duit hasil pendapatan nuffnang saya pun sudah cecah RM280. Insyaallah hujung bulan ini akan saya cash out akan duitnya. Selamat berblogging.
5 Comments
baru lepas terima 1st cek aritu, heee 🙂
Tapi saya ada satu masalah la bro, iklan cpuv saya macam tak jalan je
maksud x jalan tu macam mana? iklan BE dapat tetapi earning tu xder ker?
nuffnang xde iklan CPM ke mcm initty??
ada tuan, tp mereka sebut sebagai BE iaitu buffered earning