Ada tidak diantara anda yang pernah menonton filem di panggung wayang (pawagam) yang berformatkan 3D? Saya pasti tidak ramai yang pernah menonton filem dengan kapasiti 3D ini walaupun filem yang dikeluarkan didalam bentuk 3D ini sudah menjadi biasa di Malaysia. Kenapa ada yang tidak pernah? Kerana kemungkinan kawasan tempat tinggal belum ada lagi pawagam yang berkebolehan untuk memainkan filem 3D. Bagi yang pernah, apakah perasaan anda ketika pertama kali memakai Cermin Mata 3D? Teruja?
Saya sendiri mula menyukai akan Cermin Mata 3D ini sejak pertama sekali Malaysia membawakan filem “Dinosaur 3D” dan juga “Shark 3D” kalau tidak silap saya waktu itu dikaca tv. Ketika itu ramai yang ingin membeli Cermin Mata 3D yang diperbuat dari kertas untuk menonton filem berkenaan di kaca TV. Saya masih kecil waktu itu, sangat berminat tentang 3D. Bukan faktor 3D itu yang membuatkan saya minat akan tetapi faktor dari cerita yang dibawa oleh cakap cakap orang iaitu gambar video ketika ditonton seperti gambar sebenar dan terkeluar dari kaca TV. Siapa yang tidak teruja bukan?
Jenis Cermin Mata 3D
Masa berlalu. Saya bekerja sekarang. Ketika itu rakan sekerja mengajak untuk menonton filem 3D iaitu “Avatar 3D“. Saya pasti anda tahu akan filem hebat ini bukan. Itulah pertama kali saya berpengalaman menggunakan Cermin Mata 3D yang sebenar. Saya pelik dengan Cermin Mata 3D itu tidak seperti apa yang saya bayangkan. Kacanya berwarna hitam tidak seperti apa yang saya fahami sebelum ini iaitu kacanya berwarna merah (red) dan juga biru (cyan). Ya. saya seronok dan berpuas hati kerana dapat merasai sendiri pengalaman menonton filem 3D. Dan selepas itu banyaklah filem lain yang saya tonton dengan format 3D ini. Pendapat peribadi saya, hanya filem tertentu sahaja yang sesuai ditonton dengan format 3D. Ada kalanya filem berformat biasa adalah lebih baik.
Keterujaan itu tidak sampai disitu sahaja. Saya ada membeli TV LCD 42 inch. Jadi memang semangat betullah untuk menonton filem berformat 3D ini. Bila buat carian dipasaran, saya dapati Cermin Mata 3D yang digunakan di pawagam adalah dari jenis yang berkualiti tinggi yang disebut sebagai Cermin Mata 3D Polarized yang kacanya berwarna hitam.
Dibawah ini adalah salah satu gambar yang berjaya untuk dilihat didalam gambaran 3D dengan menggunakan Anaglyph 3D Glasses
Harga Cermin Mata 3D Anaglyph
Saya ada membeli Cermin Mata 3D biasa yang berwarna merah dan cyan yang biasa disebut sebagai Cermin Mata 3D Anaglyph. Harganya adalah sangat murah iaitu RM25 sahaja dan anda boleh mencarinya di “mudah.my”. Dengan Cermin Mata 3D Anaglyph ini anda boleh menonton filem/movie yang dikhaskan untuk “anaglyph”. Anda boleh mencarinya di laman torrent atau menonton terus di YouTube. Anda juga boleh menikmati gambar 3D dengan menggunakan cermin mata 3D ini dengan melihat gambar gambar 3 dimensi. Anda boleh mmebuat carian dengan kata kunci “anaglyph images” di Google dan merasai sendiri akan apa itu 3 Dimensi.