Ingat lagi penulisan artikel saya berkenaan beli rumah Pr1ma? Dan salah satu syarat yang lain bagi pembelian rumah Prima adalah mesti mendapat kelulusan dari pihak perumahan kerajaan negeri. Dan mereka memerlukan kami untuk menyerahkan beberapa dokumen sebelum layak membeli rumah di negeri Pulau Pinang. Antara surat dokumen yang mereka perlukan adalah berkenaan penyata ccris suami dan juga isteri. Dan semalam saya baru sahaja berpengalaman mencetak penyata ccris sendiri buat pertama kali di Bank Negara. Jadi di artikel ini saya mahu berkongsikan dengan anda apakah panduan cara cara untuk cetak penyata ccris anda. Jom baca.
Sebelum kita pergi ke tujuan utama kita. Perlu saya ingatkan kepada anda yang baru pertama kali hendak membeli rumah pertama anda. Salah satu proses kelayakkan untuk membeli rumah adalah perlu memastikan rekod penyata ccris anda adalah baik sebelum anda boleh membuat permohonan loan pembiayaan membeli rumah dengan pihak bank. Kalau anda tiada apa apa pinjaman atau hutang dengan pihak bank, maka tidak ada rekod ccris. Kalau anda mempunyai apa apa loan pinjaman dari pihak bank, maka anda memang mempunya rekod ccris.
Cara Cetak Penyata CCRIS
Sebenarnya apa itu ccris? Ianya adalah rekod kesihatan pinjaman kewangan anda dari institusi pinjaman seperti bank. Kalau anda ada hutang PTPTN, loan rumah, loan kereta, kredit kad, pinjaman peribadi dan lain lain pembiayaan loan dengan pihak bank, maka anda memang akan mempunyai rekod ccris. Dan rekod ccris ini akan memaparkan sikap dan corak pembayaran balik hutang anda sepanjang 12 bulan (1 tahun) terkini. Jika anda mempunyai tunggakan pembayaran, maka penyata ccris akan memaparkan berapa kalikah anda gagal membayar tunggakan anda.
Dari penyata ccris inilah nanti pihak bank akan membuat semakan apakah anda layak untuk memohon loan pinjaman yang seterusnya? Kalau anda sering gagal membayar tunggakan pinjaman anda yang anda sedang berhutang, apakah pihak bank akan senang hati untuk meluluskan pinjaman yang seterusnya seperti pinjaman rumah yang ingin anda dapatkan sekarang? Sudah tentu adalah sukar. Sebab itulah anda kenalah senantiasa memastikan yang rekod penyata ccris senantiasa bersih, baik dan bagus sepanjang 12 bulan terkini. Jelas?
Panduan Mencetak Penyata CCRIS
- BANK NEGARA – sila pergi ke bank negara terdekat dengan tempat anda
- KIOSK CCRIS – akan ada computer/kiosk khas untuk daftar/cetak penyata ccris anda
- Pilih Bahasa samada Bahasa Malaysia atau English pada komputer/kiosk ccris
- Masukkan Kad Pengenalan (IC) pada scanner dan letakkan ibu jari untuk scan
- Selepas scan IC dan ibu jari anda, komputer ccris akan memaparkan pelbagai menu
- Pilih menu “Cetak Penyata”
- Printer akan mencetak penyata CCRIS anda. Siap
Untuk pengetahuan anda, untuk anda mendapatkan rekod ccris anda, anda perlulah ke Bank Negara yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Tiada bayaran yang dikenakan. Ada orang tanya, tidak bolehkah anda cetak penyata ccris anda sendiri secara online dari rumah? Jawapannya adalah YA BOLEH, dengan syarat anda perlu mendaftar dahulu akaun online ccris di Bank Negara. Selepas daftar, barulah anda boleh semak penyata ccris terkini anda melalui internet selepas itu. Yang penting, anda kena wajib ke Bank Negara untuk mendaftar dan baru boleh semak dan cetak penyata ccris dari rumah anda sendiri kalau anda mahu. Jelas ya. Bye.