Biasanya orang akan melihat graf “CANDLESTICK” menggunakan platform trading yang mereka gunakan untuk beli (buy) dan jual (sell) unit saham tersebut. Kerana platfrom trade tersebut memang di datangkan dengan fungsi untuk melihat pattern chart tersebut. Namun sesetengah orang seperti saya misalnya memang terbiasa menggunakan chart saham dari pihak ketiga kerana merasakan ianya memberikan lebih banyak fungsi seperti indikator yang boleh membantu untuk membuat keputusan samada perlu membeli atau tidak kaunter saham tersebut. Teknik ini orang sebut sebagai ilmu Technical Analysis.
Ilmu teknikal analisis adalah ilmu melihat papan carta iaitu chart untuk melihat sejarah pergerakkan harga kaunter saham tersebut pada waktu lalu. Bianya orang akan melihat pergerakkan harga saham tersebut pada hari semalam (1 day) lalu, 1 minggu (1 week) lalu, sebulan (1 month) lalu dan juga setahun (1 year) lalu. Kepada anda yang kurang atau tidak ada ilmu membaca teknikal analisis pasti tidak akan tahu apakah yang boleh diceritakan dan faham dari chart saham tersebut. Saya dulu pun begitu. Memang zero habis bila tgk chart candle-stick tersebut.

Guna Chart Saham Candlestick Terbaik
Saya berpengalaman menggunakan platfrom chart candlestick dari CIMB-iTrade dan juga Mplus. Secara jujurnya platform chart dari CIMB-iTrade lebih menarik dan mudah untuk diguna berbanding Mplus. Saya bercakap dari aspek melihat chart candlestick ya dan bukan dari segi yang lain. Masing masing platform trade saham ini ada kelebihan dan kekurangannya. Tetapi kini saya lebih selesa menggunakan chart platform dari TradingView.com. Akaun tradingview ini adalah yang percuma dan berbayar. Saya boleh jamin, servis berbayar mereka berbaloi untuk dimiliki. Ada sebab. Mari saya ceritakan.
Tradingview.com menawarkan perkhidmatan untuk melihat chart saham candlestick untuk Saham (stocks), Kryptowang (cryptocurrency) dan juga Forex trading. Ke semua para pelabur saham pasti sudah tahu dan kenal dengan website ini. Ini kerana kebanyakkan website berkenaan saham memang biasa mengguna pakai paparan graf saham dari tradingview ini. Yang terbaiknya, anda masih boleh gunakan paparan graf harga saham dengan percuma tetapi adalah beberapa kekurangan yang tidaklah terlalu besar dan masih selesa menggunakannya.
Biasanya chart saham TradingView yang berbayar menawarkan beberapa fungsi kepada para pelabur saham yang professional dan mempunyai modal yang sedikit besar. Jangan bimbang, versi yang berbayar memang berbaloi dan memang anda perlukan sangat sangat jika anda serius mahu melabur saham dan menjana untung darinya. Orang kata, anda melabur untuk jangka panjang yang boleh memberikan anda sedikit kelebihan ketika membeli mana mana kaunter saham. Jom kita lihat kelebihan menggunakan akaun tradingview berbayar ini.

- Indikator – anda boleh pasang banyak indikator
- Chart – boleh paparkan banyak chart dalam 1 skrin komputer
- Alerts – boleh pasang banyak alert
- Ad Free – bebas iklan
- Intraday Chart – ada chart yang khas untuk teknik intraday
- More Device – boleh login guna banyak device
- Screener – boleh buat screener sendiri
- Dan banyak lagi – anda boleh klik dan baca sendiri apa yang ditawarkan
Saya jelaskan serba ringkas akan fungsi dan kelebihan akaun berbayar tradingview ini. Biasanya akaun percuma hanya membenarkan anda memasang indikator sebanyak 3 indikator sahaja. Akaun berbayar membolehkan anda pasang lebih indikator. Sesetengah pelabur saham suka melihat banyak skrin chart saham yang membolehkan mereka membuat keputusan dengan cepat dan mudah samada perlu membeli atau menjual kaunter saham tersebut.
Apa guna alert ini? Kadang kala anda memasang “peringatan” berdasarkan setting yang anda mahukan. Contoh, anda mahukan sistem tradingview memberikan alert amaran misalnya kalau ada mana mana kaunter yang telah menyentuh garisan MOVING AVERAGE 50. Jadi anda tidak perlu bersusah payah hendak buat carian secara manual. Dengan fungsi alert dan setting anda, anda akan terus diberitahu kaunter saham yang menepati setting yang anda mahukan. Bukankah ini membantu anda mempercepat tindakkan anda? Lihat contoh lain iaitu teknik jerung saham di artikel ini. Baca dan fahamkan.
Biasanya orang yang bermain saham pasti paling tidak akan meluangkan masa paling sekejap 1 tahun walaupun mereka bukan pelabur yang professional. Jadi adalah terlebih baik kalau anda melanggan terus akaun tradingview berbayar dari jenis tahunan dan bukannya bulanan kerana lebih menjimatkan. Sedikit info buat anda. Sila buat bacaan tentang indikator terbaik yang ada dalam Tradingviews ini dan anda akan dapati ada sangat banyak indikator chart saham lagi lagi yang berbayar yang sangat berguna untuk menapis dan memaparkan kaunter saham yang berpotensi naik harga dengan mudah dan cepat. Tidak percaya cubalah. BYE!!!