Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Tips › Kewangan › Kenapa Langgan Chart Tradingview Berbayar

Kenapa Langgan Chart Tradingview Berbayar

Review By admin / 2 months ago — Kewangan, Pelaburan, Saham, Servis/Perkhidmatan, Tips

Kalau anda adalah seorang pelabur saham jangka panjang (investor) atau seorang pelabur saham jenis jangka pendek (trader) sekurang kurang selama 1 tahun. Anda pasti akan perasan atau sedar yang kebanyakkan platform untuk anda melihat graf saham (chart) sepertinya agak terhad. Anda tidak boleh mendapatkan indikator indikator yang lebih dari kebiasaan untuk membantu anda membuat keputusan samada pada waktu tersebut sesuai untuk membeli atau menjual saham tersebut. Jika YA, adakah anda pernah mendengar atau sudah menggunakan chart TRADINGVIEW?

Saya sendiri gunakan platform tradingview secara percuma sejak setahun lalu. Tetapi ada satu ketika mula merasa yang ianya agak melecehkan apabila terpaksa buat kerja yang sama berulang kali. Saya tahu yang platform tradingview ada menyediakan fungsi dan kelebihan jika kita menggunakan akaun yang berbayar. Cuma saya tidak pernah betul betul ambil tahu sehingga rakan saya sendiri sudah menggunakan fungsi chart saham berbayar tradingview lebih dari 2 tahun. Jadi saya sempat tanyakan kepada beliau tentang apakah kelebihan dan sebab kenapa beliau sanggup untuk membayar semata mata untuk melihat graf saham.

Pakej harga langganan chart tradingview

Pakej harga langganan chart tradingview

Subscribe Chart Tradingview 

Rupa rupanya ada satu fungsi yang sangat sangat berguna menurut beliau dan saya sendiri bersetuju. Fungsi tersebut adalah ALERT!!!. Alert adalah salah satu fungsi yang ada di dalam tradingview untuk akaun berbayar. Ada terlalu banyak fungsi dan indikator sebenarnya. Dalam artikel ini saya ingin berkongsikan salah satu kelebihan kalau anda melanggan platform berbayar Tradingview ini adalah kerana fungsi alert ini. Mari saya ceritakan sebab kenapa dan saya pasti anda juga akan faham kenapa saya ingin sangat sangat untuk menerangkan sebab utama ini. Jom baca.

Alert MA (moving average) – ada di antara kita yang suka untuk membeli saham ketika sesuatu kaunter saham menyentuh MA9, MA20, MA50 atau MA200. Tetapi untuk anda setiap hari memantau kaunter saham yang anda ingin beli ketika menyentuh MA adalah sesuatu yang memenatkan. Dengan fungsi alert ini, anda boleh memilih untuk setting kaunter saham tersebut untuk memberikan anda notifikasi ketika kaunter saham tersebut berjaya menyentuh tetapan tersebut. Jadi anda boleh membuat keputusan segera samada untuk membeli atau menjual saham tersebut dengan pantas.

Alert RSI (relative strength index) – ada di antara kita yang suka untuk membeli saham ketika sesuatu kaunter saham berada di dalam nilai RSI tertentu. Tetapi untuk anda setiap hari memantau kaunter saham yang anda ingin beli ketika menyentuh RSI tertentu adalah sesuatu yang memenatkan. Dengan fungsi alert ini, anda boleh setting kaunter saham tersebut untuk memberikan anda notifikasi ketika kaunter saham tersebut berjaya menyentuh tetapan tersebut. Jadi anda boleh membuat keputusan segera samada untuk membeli atau menjual saham tersebut dengan pantas.

Create setting ALERT untuk notifikasi kaunter saham pantas

Create setting ALERT untuk notifikasi kaunter saham pantas

Alert PRICE (harga) – kepada anda yang pandai untuk melihat dan membaca graf chart saham pasti akan tahu dimanakah support dan juga resistance. Dengan adanya fungsi alert ini, anda boleh membuat tetapan untuk platform tradingview memberitahu anda jika kaunter saham yang anda ingin lihat itu sudah mencecah harga yang sesuai untuk anda beli atau jual.

3 jenis alert di atas ini adalah contoh alert yang boleh anda gunakan dalam chart tradingview yang berbayar. Bila anda sudah lama di dalam dunia pelaburan saham atau krypto, anda pasti mahukan satu fungsi yang memudahkan urusan anda. Biasalah, masa mula mula belajar melabur saham, anda akan belajar dan gunakan pelbagai jenis indikator. Bila sudah ada pengalaman, anda pasti akan selesa untuk gunakan beberapa jenis indikator sahaja yang akan membantu anda untuk membuat keputusan ketika mahu membeli atau menjual saham tersebut. Jadi dengan adanya fungsi “Alert” di dalam chart tradingview berbayar ini, paling tidak ianya akan memudahkan anda.

Jadi berapa harga untuk melanggan platform chart tradingview ini? Jawapan yang saya boleh berikan adalah, ianya agak mahal. Anda boleh pilih untuk melanggan secara bulanan atau tahunan. Tradingview biasanya menawarkan harga langganan yang murah ketika promosi “Black Friday” yang biasanya pada hujung bulan 11. Potongan harga langganan menjadi semurah 50% dari harga biasa. Saya langgan pakej Pro+ yang berharga RM1525.76 setahun. Oleh kerana saya beli ketika hari black friday, maka harga langganan tahunan jadi serendah RM839.40.

Promosi jimat murah TradingView ketika Black Friday

Promosi jimat murah TradingView ketika Black Friday

Mahal? Ya memang mahal. Maklumlah platform chart tradingview ini adalah produk luar negara. Harga USD kepada Malaysia Ringgit menjadikan ianya terasa sedikit mahal. Namun jangan bimbang, RM839.40 yang saya bayar menjadikan harga langganan bulanan cuma serendah RM70 sahaja sebulan. Masih mampu milik. Cuma kena beli sewaktu promosi black friday lah.

Perkongsian saya di atas ini adalah berkenaan chart saham bagus dari platform TradingView ya. Ianya bagus kepada anda yang suka melihat kaunter saham dari sisi teknikal analisis. Dari chart saham kita boleh menilai dari segi teknikal akan pergerakkan harga dan apakah harga akan naik atau turun. Proses untuk melihat chart setiap kaunter saham (stock) atau krypto (crypto) agak memenatkan. Dan dengan adanya fungsi fungsi premium dari akaun berbayar di dalam platform chart tradingview seperti ini, proses menilai kaunter akan menjadi lebih mudah. Selamat mencuba. BYE!!!.

Related posts:

Paparan chart saham TradingviewChart Saham Yang Bagus Untuk Teknikal Analisis Paparan chart untuk harga Ethereum dalam TradingViewBuat Duit Crypto Mudah Dengan Chart Saham Teknik jerung adalah melihat pada bar volume warna merahCara Mudah Melabur Saham Untung Dengan Teknik JERUNG

bayar chart tradingview chart trading view chart tradingview chart tradingview berbayar kelebihan chart tradingview langgan chart tradingview

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in